Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 September 2009

Zamri lawan Nizar:Rakyat Kelantan patut dicontohi




Rakyat Kelantan begitu komited dengan perjuangan PAS

Hidup di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang bukan sekapal dengan kerajaan pusat banyak cabarannya. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Mereka yang tidak beriman pasti tertewas dan hanyut oleh dugaan dan cabaran tersebut. Dugaan dan cabaran ini datang daripada “orang-orang” yang kehilangan kuasa, tetapi masih gila kuasa dan dahagakan kuasa.

Puncanya mudah difahami. “Orang-orang” ini sangat berkuasa. Mereka menguasai bidang politik, ekonomi dan sosial. Banyak kontrak kerajaan berada di tangan mereka. Selepas kerajaan baru berkuasa, “orang-oran

g” yang berkusa telah hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang sumber ekonomi dan poket pun kering. Orang yang poket kering sanggup melakukan apa-apa sahaja. “Orang-orang” ini tidak sama dengan “orang-orang” di sawah bendang. Mereka pernah hidup mewah, oleh itu tidak boleh hidup dalam serba kekurangan. Mereka pernah hidup “di atas kepala orang lain” mana boleh tiba-

tiba terpaksa hidup “sama taraf” dengan orang jelata.

Sewaktu Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, ribuan dugaan datang silih berganti tanpa henti-henti. “Orang-orang” yang pernah hidup seperti raja tiba-tiba hilang kuasa. Maka mengamuklah satu negeri “orang-orang” ini

laksana Jebat derhaka. Ramai rakyat dilontari fitnah dan tohmah agar membenci Kerajaan Negeri yang baru. Nasib baik rakyat Kelantan tidak bodoh dan tidak mudah termakan hasutan “orang-orang” yang gila kuasa. Hasilnya, Kelantan berjaya dipertahankan daripada jatuh balik ke tangan “orang-orang” sehingga hari

ini. Kelantan beruntung kerana ada pemimpin negeri yang berwibawa.

Sekarang, “orang-orang” sedang menyerang negeri yang ditadbir kuasa baru, terutamanya Selangor selepas berjaya mengambil balik Perak. Isu ketuanan, agama, kaum dan kedudukan istimewa merupakan isu yang sensitif dan mudah dipergunakan untuk memecah-belahkan rakyat. Isu-isu tersebut sedang didendangkan di Selangor agar rakyat negeri terkaya itu berpecah belah. Sekiranya rakyat Selangor berpecah-belah, maka mudahlah “orang-orang” mengambil alih pentadbiran.

Oleh itu, rakyat Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah harus belajar daripada rakyat Kelantan cara-cara berhadapan dengan helah “orang-orang” ini. Jangan sesekali mudah terpengaruh. “Orang-orang” ini rela membawa duit berguni-guni untuk membeli hati orang ramai. Pembangunan fizikal merupakan “janji manis” yang lazim bagi “orang-orang”. Ingat, benda manis banyak membawa penyakit berbanding dengan benda pahit, kelat atau masam. Oleh sebab itulah rakyat Kelantan menolak “janji manis”. Hasilnya, Kelantan kekal sebagai serambi Mekah sehingga sekarang setelah sekian lama menjadi serambi Golok di bawah pentadbiran “orang-orang”.

Seandainya rakyat Selangor, Pulau Pinang atau Kedah (termasuk Perak) lalai, terpengaruh dengan helah, dan termakan hasutan, maka kuasa kemungkaran akan kembali bermaharajalela. Kezaliman berulang balik. Perjuangan melawan kemungkaran dan kezaliman selama ini menjadi sia-sia.

Bagi rakyat Kelantan, segala yang terjadi ialah ujian Allah untuk memantapkan iman. Jadi, mereka bertawakal dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”

(Surah al-Baqarah: 155-156)

Sumber:kerabubersuara

Zamri lawan Nizar:Johor,sasaran PAKATAN pada PRU 13-Anwar



Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah."

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin."

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil."

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan."

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati."

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.TVA

Zamri lawan Nizar:Musim pimpinan Pas menang saman,kini Mustaffa Ali





KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis. _ harakahdaily

Zamri Lawan Nizar:Kerajaan Pulau Pinang masih dapat sokongan rakyat-Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng


PULAU PINANG- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pentadbiran pembangkang di negeri ini masih mendapat sokongan rakyat dan berjaya dalam mengurus tadbir negeri.

"Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah tunaikan janji, mungkin hanya satu atau dua isu sahaja, tetapi kita telah mencuba sedaya upaya dan masih mendapat sokongan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa rakyat mula meragui kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kerana gagal menunaikan janji dan memenuhi hasrat rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya.

Lim sebelum itu melancarkan pertandingan 'Idea Menandakan Tapak Warisan Georgetown' anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000.

-- BERNAMA

Zamri lawan Nizar: Hari mengundi Bagan Pinang diketahui Isnin ini




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Isnin depan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang pada hari yang sama.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau kini masih menunggu surat memaklumkan tentang kekosongan kerusi DUN itu daripada Speaker DUN Negeri Sembilan.

"Saya menjangkakan surat itu dihantar pada hari ini tapi setakat pagi ini, saya belum lagi menerima apa-apa surat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman, 54, yang mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil itu diadakan selepas perhimpunan agung khas Umno pada 13 hingga 16 Okt ini, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan.

"Memandangkan banyak peristiwa penting berlaku bulan depan, jadi perkara itu akan menjadi agenda utama yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti", kata Abdul Aziz.Bernama

Zamri lawan Nizar:Sultan Selangor restui tindakan Hassan Ali


Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“ Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu menambahbaik dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....