Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 31 Mei 2010

Konvoi Gaza: Kematian meningkat, Gaza berkabung


KUALA LUMPUR, 31 Mei: Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan kejam Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Perdana Menteri Palestin daripada Hamas, Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok beramai-ramai sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan.
Di antaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Palestin, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal Freedom Flotilla.
Ismail Haniyah juga berkata dalam kenyataannya kepada media bahawa mereka yang bersama konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestin, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan Gaza.
“Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza,” kata Ismail lagi.

Kapal Misi Kemanusiaan Gaza Di Serang Israel,16 Mati 30 Cedera(Video Inside)







KUALA LUMPUR : Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza.
Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan cedera. Namun tidak dilaporkan sejauhmana serius kecederaan pejuang Palestin tersebut.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Gambar : Rumah Pak Lah Yang Dikatakan Bernilai RM 12 Juta





‘Ezam orang tidak lengkap tarbiyah’- Azmin Ali


KOTA BARU, 30 Mei — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”
Ahli Parlimen Gombak ini melabelkan Ezam “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.
Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR, kata Azmin.Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.
Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini petang ini.
Dalam ucapannya Azmin tidak menyebut nama Ezam secara langsung, yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan.

Ahad, 30 Mei 2010

Gambar : 10,000 Penyokong MIC Hadiri Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu






Selepas P. Pinang,Selangor Pula Haramkan Judi Bolasepak


KUALA LUMPUR, 30 Mei — Kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.
Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.
Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.
“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Chegubard cabar Shamsul jawatan ketua pemuda PKR?

Ada kemungkinan Shamsul akan dicabar untuk jawatan ketua pemuda PKR di hujung tahun ini. — Gambar oleh Jack Ooi

KOTA BARU, 30 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin (gambar kiri) disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.
“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai “Chegubard” kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.
Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”
Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.
Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.
Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan:

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Pakatan Di Padang Perdana Kota Bharu

Penceramah pertama Ahli Parlimen Machang,YB Saifuddin Nasution
MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,menjelaskan tentang penyelewengan Umno di Selangor
KM Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng,kami tetap haramkan judi bola di P. Pinang...
Exco Kerajaan Kelantan YB Datuk Husam menggantikan Tok Guru Nik Aziz yang uzur
Ceramah Ketua Pembangkang YB Datuk Sri Anwar sememangnya ditunggu tunggu semua hadirin

Sabtu, 29 Mei 2010

PKR perketat pilih calon, elak lompat


KOTA BHARU, 29 Mei: Ekoran beberapa episod melompat parti oleh wakil rakyat PKR, pemilihan calon bagi pilihan raya umum ke-13 akan diperketatkan.

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kriteria pemilihan diperketatkan bagi mengelak berlakunya lompat parti setelah memenangi pilihan raya.

“Mereka yang mempunyai hasrat untuk melompat parti seharusnya dipecat atau disingkirkan sekiranya dapat dikesan lebih awal.

"Jika demikian watak wakil rakyat, bukankah lebih baik mereka disingkir.

Langkah itu akan diambil bagi memperkukuhkan lagi parti,” katanya pada ucapan dasar Kongres Nasional PKR Tahunan ke-6 2009 di Dewan Konvensyen KTC hari ini.

Ucapan dasar itu bertema Harapan Baru Selamatkan Malaysia mengambil masa lebih sejam.

Dewan Konvesnyen penuh sesak dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati.

Anwar cabar MP keluar PKR buktikan tidak terima habuan

Anwar Ibrahim ketika berucap pada ceramah dengan lautan manusia di Tanah Merah malam tadi. - Jack Ooi
Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada ceramah dengan lautan manusia di Tanah Merah malam tadi. - Jack Ooi

TANAH MERAH, 29 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli-ahli Parlimen yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menafikan yang mereka tidak menerima sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang ataupun kontrak kerajaan.
Anwar membuat cabaran itu beberapa jam selepas mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara bahawa pihaknya ada bukti wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sejak setahun lalu ada menerima RM2 juta dan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit.

Lompat Parti : Exco Selangor Di Tawar RM 13 Juta

Tim.YDP Kawasan Hj Hasan Salleh Sedang menyampaikan ucapan.Ucapan beliau boleh di ikuti DISINI.Gambar Ehsan Buletinonline
Ucapan Elizabeth Wong boleh diikuti DISINI
Selain Ellie(2 dari kiri) dan Tim. YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh(kanan sekali) turut serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman(3 dari kanan)
Sebahagian yang hadir

Jumaat, 28 Mei 2010

Gambar : Suasana Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz Di Medan Ilmu Kota Bharu

Tok Guru sedang menyampaikan Kuliah Jumaatnya
Tidak jemu2 mendidik rakyat sejak 20 tahun lalu
Pentas yang di gunakan Tok Guru
Kat atas pentas pun boleh duduk,dekatnya Tok Guru dengan rakyat
Mendapat sambutan hangat sejak 20 tahun lalu
Ramai,sebahagian yang hadir

Gambar : Lesen Judi,Penduduk Bachok Bantah Awang Adek


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Kelantan adalah kemuncak siri demonstrasi aman hari ini, yang diadakan bagi membantah langkah kerajaan meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.
Selain Kelantan, empat negeri Melaka, Kedah, Perlis dan Selangor juga akan mengadakan demonstrasi seumpama itu hari ini.
“Kita memilih Kelantan sebagai kemuncak kerana kita akan mengadakan demonstrasi tersebut di pekarangan Masjid Repek, Bachok dalam kawasan Datuk Dr Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan).
“Kita mahu beliau bertanggungjawab dalam perkara ini dan pada masa sama mahu beliau meletakkan jawatan.
“Ini kerana beliau gagal memahami sensitiviti orang Islam dan rakyat yang mahu kelulusan lesen perjudian tersebut ditarik balik,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Demonstrasi akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Jawapan Untuk Perkasa & Khir Toyo,Semua PBT Di Selangor Tidak Benarkan Terus Operasi Judi


SUBANG, 28 Mei: Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.
Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp.

Khamis, 27 Mei 2010

Gambar : Senarai 10 orang Terkaya Di Malaysia Untuk 2010 - Forbes Asia

BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:
1) Robert Kuok AS$ 12 bilion, 86, berkahwin, 8 orang anak. Pelbagai.
2) T. Ananda Krishnan AS$ 8.1 bilion, 72, berkahwin, 3 orang anak. Telekomunikasi.
3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$ 4.6 bilion, 71, berkahwin, 6 orang anak. Kelapa sawit.
4) Puan Sri Lee Kim Hua & keluarga AS$ 3.9 bilion, 81, janda, 6 orang anak. Perjudian.
5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$ 3.85 bilion, 69, berkahwin, 3 orang anak. Pelbagai.
6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$ 3.8 bilion, 80, berkahwin, 4 orang anak. Perbankan.

Ezam Buat Tuduhan Jahat-Nurul Izzah

SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor(gambar kanan) yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah(gambar kiri).

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

SIASAT PERCUBAAN RASUAH SAMY VELLU OLEH PM

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menuntut satu siasatan telus dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap satu pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Anak Presiden MIC S.Samy Vellu, S.Vell Paari sebelum ini mendedahkan seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran dari Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.
Menurut Mahfuz, pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor.
Dakwaan S.Vell Paari itu juga menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Khalid didesak lepaskan jawatan pengerusi PKR Selangor?

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.
Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.

Rabu, 26 Mei 2010

Video : Khalid Samad cabar Ezam bertanding kerusinya





Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang. Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara. Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu Imbang Penuhdalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.
"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator). "Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN. "(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.
Ezam pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas. Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.
"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar. Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.
Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi. "Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini "Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.
"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.Malaysiakini

Pas sedia letak calon bukan Islam di Sarawak

SHAH ALAM – Pas bersedia meletakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang baru diiktiraf secara rasmi minggu lalu sebagai calon untuk mewakili Pas dalam pilihan raya Sarawak.

Bagaimanapun, ia bergantung pada calon pihak lawan meletakkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandingi , kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya, Pas melalui perlembagaan yang akan dipinda akan memberi peluang kepada bukan Islam menjadi calon bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

“Pada pilihan raya umum 2008 lalu, ahli Kelab Penyokong Pas yang bertanding tidak boleh menggunakan lambang bas dan bertanding atas tiket bebas.

“Selepas ini, melalui perlembagaan yang dipinda, mereka boleh bertanding dan menggunakan bendera Pas ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tanah KTMB: Kenapa tidak serah royalti pada Kelantan


KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya.Hrkh

Di label biadab,anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap Umno

Vell Paari masih yakin yang Umno dibelakang rancangan untuk menepikan ayahnya dari MIC. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.TMI

Raja-Raja Perlu Peka Terhadap Isu-isu Melibatkan Melayu dan Agama


Oleh Mohd Sayuti Omar
PENGHARAPAN dan pergantungan orang Melayu dan umat Islam negara ini kepada Raja-Raja Melayu begitu besar sekali. Raja-Raja menjadi tempat mengadu dan meminta sesuatu. Institusi raja telah menjadi ibu dan ayah kepada orang Melayu dan mereka beragama Islam.

Semua ini kerana kegahan dan kuasa yang diberikan kepada institusi itu dalam konteks sejarah dan perlembagaan negara ini cukup tinggi sekali. Terutamanya mengenai hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan juga berhubung kedudukan agama Islam. Raja-Raja adalah menjadi tonggak dan kepala kepada agama Islam di negara ini.
Jadi tidak hairanlah bila orang Melayu menghadapi apa-apa masalah mereka mengadu atau menyampaikan kepada Raja-Raja mereka dengan harapan Raja-Raja memberi pandangan, buah fikiran atau memutuskan atas kebaikan bersama. Bila timbul saja isu-isu yang sukar untuk diselesaikan dan memerlukan pandangan Raja-Raja maka orang Melayu dan orang Islam akan berarak ke istana, ataupun membuat himpunan simbolik bagi menyatakan perasaan mereka terhadap sesuatu itu kepada raja-raja.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....