Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 21 Januari 2011

DUN Pel. Klang Kosong : Badrul Hisham Didakwa Berbohong !!!

Senarai kehadiran sidang DUN Selangor, antara dokumen yang diedarkan kepada media oleh Speaker Teng Chang Khim yang menunjukkan Bandrul Hisham tidak menandatangani borang kehadiran

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim(gambar kiri) telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Pada Jumaat, Teng berkata beliau difahamkan SPR telah menerima surat tersebut.

Beliau juga mengecam kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah kerana ‘berbohong’ apabila mengatakan beliau menghadiri pembukaan sidang dewan pada November.

Teng menambah, satu-satunya pembukaan sidang dewan telah diadakan pada April dan bukannya pada November, seperti yang didakwa oleh Badrul Hisham.

Beliau turut mengedarkan minit mesyuarat yang menunjukkan Bandrul Hisham tidak menandatangani borang kehadiran.

Beliau juga menafikan kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Wan Ahmad bahawa kekosongan itu mesti diisytiharkan secara konsensus oleh dewan dan bukannya hanya oleh speaker.

Teng berkata, perkara itu tidak termasuk di bawah Perlembagaan Selangor.Mstar

Ketua kampung seluruh Selangor serah memo taat pada Sultan


KLANG, 21 Jan: Sekitar 600 mewakili ketua kampung seluruh Selangor berhimpun di Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Kampung Jawa seusai menunaikan solat Jumaat tadi bagi menyatakan sokongan padu Kebawah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat itu kemudiannya bergerak ke Istana Alam Shah untuk menyerahkan memorandum taat setia dan menjunjung kasih dalam usaha memertabatkan institusi raja berperlembagaan.

Menurut Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, memorandum kepada pihak istana tadi telah diterima oleh salah seorang pegawai peribadi Sultan, Mejar Ramli yang menyambut kehadiran peserta himpunan dengan girang (gambar atas).

Turut berada di lstana Alam Shah ketika penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Wakil Ketua Kampung Seluruh Selangor yang juga Ketua Kampung Bukit Kapar, Haji Shafie Sulaiman.

Difahamkan himpunan itu diadakan ekoran sidang Dun Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini dalam usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai kanan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, para ADUN Umno dan BN akan menyertai sidang DUN esok tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan yang memberikan kembali kuasa Sultan untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Kuasa Sultan telah diambil alih oleh kerajaan pusat dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu ketika krisis perlembagaan berlaku. Selepas itu, semua kuasa untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan itu adalah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dikuasai oleh kerajaan pusat.Hrkh

Video : Wawancara Calon Pas Dun Tenang Cikgu Mala Dengan Astro



Selesa dengan kekurangan


FELDA CEMPELAK, 20 Jan : "Sebenarnya mereka tidak tahu masih banyak lagi hak mereka yang tidak terbela. Walaupun generasi pertama felda merasakan mereka selama ini berada di zon selesa, namun terfikirkah mereka bagaimana nasib dan masa depan generasi kedua iaitu generasi muda di kalangan anak-anak mereka," demikian ujar cikgu Mala kepada wartawan Astro pada sesi lawatan kebajikan petang tadi.

Beliau turut menyifatkan bahawa kurangnya pendedahan masyarakat felda kepada sumber media baru seperti internet dan blog menyebabkan mereka begitu setia menyokong BN. Ini kerana mereka kurang mendapat maklumat yang benar untuk memperjuangankan nasib mereka.

Apabila ditanya mengenai calon bn, cikgu mala dengan yakinnya menyatakan beliau tidak takut atau gentar. Pengundi sepatutnya melihat kepada kredibiliti calon itu sendiri bukannya kepada latar belakang keluarga sepenuhnya. Cikgu Mala menyatakan bahawa beliau sebelum ini berkhidmat kepada masyarakat melalui Pusat Aduan Rakyat yang dikendalikannya selaku Ketua Muslimat Labis.

Seterusnya, Cikgu Mala menekankan beliau begitu optimis dalam memenangi hati pengundi pada 30 Januari ini dengan memfokus kepada isu memperkasakan generasi kedua sebagai peneraju masa hadapan dengan gabungan baik antara orang lama dan orang baru.

Saman Khairy: Permohonan Anwar buat pindaan didengar 27 Jan

Gambar Fail-Anwar mendakwa Khairy telah menfitnah beliau dalam satu majlis politik di Perak pada 2007.

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Januari ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda bahagian tertentu penyataan tuntutannya dalam saman fitnah beliau terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Permohonan itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fa''erah Nurul Aini Izany.
Timbalan Pendaftar menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan S.Prakash yang mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy.
Perbicaraan kes saman itu ditetapkan selama dua hari mulai 13 April di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham.
Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September, 2007, dan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnah beliau dalam satu majlis
politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Beliau berkata kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

PRK Lagi : Fakta Ringkas Dun N27 Merlimau

Peta kedudukan Dun N27 Merlimau

Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.



Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.

Lembaga disiplin PKR tentukan masa depan MP Gobalakrishnan

Gobalakrishnan berkata bahawa beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam PKR sementara lembaga disiplin dijangka bersidang dalam waktu terdekat ekoran kegagalan beliau menjawab surat tunjuk sebab berhubung tindakannnya mengecam teruk kepimpinan parti.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa langkah seterusnya ialah lembaga disiplin bersidang untuk mendengar kes Gobalakrishnan yang gagal membalas surat tunjuk sebab sebelum 17 Januari lalu.
Wakil rakyat penggal pertama itu diberi surat tunjuk sebab pada 31 Disember lalu.
“Beliau enggan memberi respons kepada surat daripada kami meskipun kami menghantar surat kedua awal bulan ini dan melanjutkan tarikh untuk beliau menjawab,” katanya.
Kepimpinan parti pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.
Ekoran aduan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawab, parti kemudian menghantar surat kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan perlu menjawab sebelum 17 Januari.
Bagaimanapun kelmarin, wakil rakyat itu mengadu bahawa Saifuddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung memandangkan surat kedua hanya diterima pada 17 Januari.
“Bagaimana mereka boleh mengharapkan saya menjawab surat pada 17 Januari sedangkan surat hanya tiba kepada saya pada 17 Januari,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran parti Kita yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.
Gobalakrishnan kemudian mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menjawab surat itu, tindakan yang dilihat akan membawa kesan ke atas beliau.
Susulan komen itu, Gobalakrishnan terus membidas kepimpinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi Twitter.
Saifuddin menafikan beliau telah gagal untuk melanjutkan tarikh bagi Gobalakrishnan menjawab surat tunjuk sebab.

Harussani Tolak Cadangan Tok Guru Nik Aziz

- Harussani kata 'tak ada faedah!'

Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.
Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat ‘kurang Islam’ sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.
“Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk
menerangkan kebaikan dalam Islam.
“Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.
Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.
Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk
mengadakan majlis tersebut.
“Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan,” cadang Asri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....