Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 Mac 2010

Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Sepanjang 2 Tahun Memerintah

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat, sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh.
Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/3725949998_21c02b85a9.jpgSelangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Sedia Berundur

SHAH ALAM – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut kerana jumlah kerusi PKR kini sudah berkurangan namun tiada pemimpin yang mahu beliau berundur dari jawatan tersebut.

Menurutnya, sikap keterbukaan ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan toleransi dalam gabungan tersebut.

“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (Penasihat DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“Saya lebih pengalaman sebagai menteri, tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu dan beliau awal-awal lagi telah berikan kenyataan bahawa DAP tetap menyokong Anwar,” katanya ketika menghadiri Konvensyen PR Selangor semalam.

Mahkamah Persekutuan Sahkan Pemecatan DS Anwar Ibrahim



PUTRAJAYA, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang mempertikaikan pemecatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasitinya sebagai perdana menteri pada September 1998.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga anggota memutuskan keputusan diambil oleh dua mahkamah rendah sebelum ini adalah betul.
Dua hakim yang turut mendengar rayuan Anwar, yang kini merupakanKetua Umum Pakatan Rakyat ialah Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof.
“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong merupakan raja berperlembagaan... sebagai raja berperlembagaan baginda mempunyai kuasa yang terhad dalam pelantikan menteri, yang diputuskan oleh perdana menteri.
“Jika perdana menteri memutuskan bahawa seseorang menteri harus melepaskan jawatannya, Agong tidak boleh berbuat sebaliknya,” kata Alauddin yang turut menjelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pelantikan dan pemecatan hanyalah bersifat “formaliti” sahaja.
Kes itu difailkan oleh Anwar pada 13 Nov 1998 susulan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.TMI

Video&Gambar : Polis Gempur Konvesyen 2 Tahun Pakatan Rakyat












GAMBAR DARI PELBAGAI SUMBER

Artikel Berkaitan Baca Di Sini

Pemimpin keluar parti uji setiakawan dalam Pakatan Rakyat

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Dalam sesi pertemuan ringkas dengan sekumpulan tonggak utama PAS Kawasan Besut pada Isnin (1 Mac) lalu, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar diterjah soalan berhubung kecenderungan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) meninggalkan parti itu mutakhir ini.
Kebetulan pula beberapa jam sebelum pertemuan tertutup itu, tersebar berita Ahli Parlimen Keadilan Nibong Tebal, Tan Tee Beng, mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Dalam sidang medianya beliau menyenaraikan empat sebab utama berbuat demikian. Antaranya ialah kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti
Bekas Setiausaha Agung Keadilan, Dato’ Salehuddin Hashim, yang turut hadir pada sidang media tersebut pula mengesahkan telah terlebih dahulu mengambil tindakan demikian. Beliau mendakwa keluar parti dua minggu selepas melepaskan jawatannya pada 7 Januari lalu.
Perisytiharan itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, mengumumkan keluar Keadilan dan menyertai Umno. Beliau yang sebelum ini mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti disandangnya berbuat demikian di hadapan Perdana Menteri pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi sebuah pertubuhan silat di ibu negara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....