Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 31 Oktober 2009

10 resolusi perkukuh Pakatan di Perak

IPOH, 31 Okt: Kepimpinan PAS, DAP dan PKR peringkat negeri sebulat suara bertekad memperkukuhkan Pakatan Rakyat melalui 10 resolusi bersama demi menumbangkan Barisan Nasional melalui pilihanraya akan datang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat itu termasuk menghapuskan segala prasangka dan prejudis sesama rakan-rakan parti dalam Pakatan.

"Kita juga akan terus mengamalkan prinsip membuat keputusan secara kolektif melalui meja rundingan untuk menyelesaikan apa juga cabaran, kerana Umno senantiasa mengintai peluang untuk memecahkan Pakatan yang mendapatkan mandat rakyat," jelasnya.

Ujarnya lagi, semua parti dalam Pakatan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan di setiap peringkat.

"Kita (Pakatan) kalau boleh disetiap ranting, ditubuhkan jawatankuasa...di setiap cawangan dan kawasan ditubuhkan sekretariat untuk semua pemimpin setiap peringkat berusaha bergerak dengan Majlis Muafakat Pakatan," tegas Nizar lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menegaskan bahawa Majlis Pakatan yang dibentuk itu mesti sedaya upaya menghapuskan doktrin perkauman sempit (oleh) Umno dengan meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana sendiri.

ImageKetiga-tiga parti juga diminta fokus memilih calon yang lebih berwibawa dan berintegriti demi memastikan calon-calon tersebut kelak mampu menang majoriti di peringkat Dun dan Parlimen.

Pakatan Rakyat Perak juga bersetuju menjadikan prinsip 5K - Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan amalan sekiranya diberi peluang memerintah kerajaan Perak kelak.

Untuk memenangi pilihanraya peringkat negeri kelak, Majlis Muafakat Pakatan juga bertekad turut menjelajah ke seluruh kawasan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, di mana usaha mengadakan program penerangan secara bersama dipertingkatkan.

Jelas Nizar lagi, Pakatan Rakyat Perak mencadangkan gagasan Pakatan Rakyat segera didaftarkan di peringkat nasional dengan menggunakan suatu logo.

Bercakap dalam kenyataan media itu, Pengerusi DAP Negeri Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub.

Dipercayai 10 resolusi tersebut dibuat sebagai persiapan awal Pakatan Rakyat untuk menempuhi pilihanraya kecil yang boleh berlaku bila-bila masa.

Gagasan 10 resolusi itu juga menjadikan Pakatan Rakyat Perak sebagai model pada Pakatan de negeri-negeri lain dan nasional kelak. _harakahdaily

Isu PAS Selangor: Jawatankuasa disiplin kenal pasti pihak perlu beri keterangan

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS yang bermesyuarat kali pertama hari ini bagi menyiasat isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor telah mengenal pasti beberapa pihak yang terlibat untuk memberikan keterangan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak-pihak berkenaan akan dihubungi dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kita dah kenal pasti beberapa pihak yang akan dipanggil untuk berikan keterangan.

"Kita perlu berikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk beri penjelasan berhubung beberapa perkara," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali termasuk dalam senarai pihak-pihak yang akan dipanggil memberi keterangan itu, Tuan Ibrahim enggan mendedahkannya.

"Saya tak boleh komen lebih, perkara ini masih diperingkat siasatan," katanya.

Pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu supaya menyiasat mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor.

Bagaimanapun Abdul Hadi menafikan siasatan yang dijalankan itu memfokuskan kepada Hassan sebaliknya menegaskan ia akan dijalankan terhadap PAS Selangor secara keseluruhannya.

Isu ini timbul ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan nama Hassan sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan pro-kerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata pada mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 10.30 pagi tadi telah meneliti beberapa dokumen yang berkaitan.

"Pihak jawatankuasa disiplin telah meneliti beberapa dokumen, dari situ baru kita kenal pasti pihak-pihak yang berkaitan itu," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan parti akan mengeluarkan surat kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi jawapan dalam tempoh 14 hari.

"Kita akan berikan surat kepada mereka dalam masa terdekat, mereka perlu jawab dalam masa 14 hari.

"Mereka ada peluang untuk jelaskan kepada kita sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya.mstar

Penyelewengan tidak kira parti, ini masalah negara





Penyelewengan tidak kira parti, ini masalah negara - MP PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mencelah ucapan MP BN Putatan membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat.jiwokelate 2009

Selamat Pengantin Baru Hakilam dan Rokiah




Pengantin lelaki Hakilam bersama adik adik.Dari kiri,Harun,Hanusi,Hanasrah dan Osman
Pengantin lelaki bersama kedua ibubapa,adik2, anak2 saudara dan ipar bergambar sebelum perarakan
Sebelum perarakan
Perarakan mengiringi Pengantin Lelaki

Tetamu sedang menjamu selera
Layan diri ye,he..he..
Selamat Pengantin Baru,Hakilam dan Rokiah
Sama cantik,sama padan.Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
Bagai Pinang di Belah Dua

Majlis Perkahwinan abang ipar ambo ini diadakan di rumah Pengantin Perempuan di Kg Payong langkap Setiu Terengganu.Kehadiran Pengantin Lelaki di iringi oleh lebih kurang 100 tetamu.Pengantin lelaki merupakan anak sulung kepada Hj Hashim Sulong dan Hjh Hasmah Hassan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Pemuda Pas perlu berjihad menentang musuh Allah SWT-Nasaruddin Tantawi


KEMAMAN - Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri untuk keluar ke tengah medan meneruskan jihad menegakkan Islam di bumi Allah SWT.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata persiapan jentera Pemuda memerlukan perancangan teliti dan menyusun gerak kerja ke arah lebih mantap dan berkesan.

Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.

“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 di Dataran Tok Guru di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, semalam.

Katanya, ‘Himpit 10K’ yang diadakan ini menjadi medan kepada generasi muda menyahut seruan ‘Pemuda adalah obor perjuangan’.

Ustaz Nasruddin mengingatkan Pemuda PAS agar tidak lalai dan terpesona dengan kemenangan selesa pasca pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

“Mudah-mudahan dalam suasana PAS berada ditahap selesa pada pasca PRU ke-12 lalu, Kita (PAS) tidak terpesona dengan kemenangan yang ada sehingga ia melalai dan melupakan kita (PAS) dari tugas dan tanggungjawab besar yang berada dihadapan kita,” ujarnya di hadapan hampir 10,000 Pemuda PAS dari seluruh negeri.

Menurutnya, cabaran lebih besar kini berada di hadapan yang bakal ditempohi oleh setiap ahli perjuangan parti.

Katanya, Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.BO

Jumaat, 30 Oktober 2009

Sidang Parlimen | MP PAS Parit Buntar vs BN Arau





MP PAS Parit Buntar vs BN Arau - Dr Mujahid Yusof Rawa mencelah ucapan MP BN Arau membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat, 28 Oktober 2009.jiwokelate 2009

(Video)Penduduk Pelabuhan Klang Gesa Badrul Hisham Letak Jawatan



Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Kelang terhadap Badrul Hisham Abdullah, adun kawasan itu yang bertindak keluar dari parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada Umno untuk melanjutkan karier politiknya.

Semua akhbar dan media eletronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama.

Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak.
Media kawalan umno-BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN pelabuhan Kelang.

Malah mereka memperkecilkan rasional Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan.

Tindakan berani itu diambil kerana penduduk pelabuhan Kelang hilang kepercayaan terhadap adun yang dipilih mereka pada pilihanraya umum 2008.

Susulan keluhan penduduk Pelabuhan Kelang, Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian tidak akan melindungi Adun yang gagal membela rakyat
Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya.

Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela penduduk Pelabuhan Kelang.TVS

Dr Asri akan sertai Parti Politik???

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.

PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.mstar

Tok Guru Nik Aziz saksikan Kelantan lawan Perlis





Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Sikap terpuji Tok Guru Nik Aziz,beliau berpuas hati perjalanan Mesyuarat Khas Pas


BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas kelmarin walaupun jawatankuasa memutuskan tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan beliau baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan luahan pendapatnya serta dengan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pas Pusat itu, segala gangguan fikiran dan masalah ditimbulkan dari artikel Profesor Dr Abdul Aziz Bari dapat diselesaikan dengan baik.

“Puas hati dah... Mana ada pandangan semua orang terima, ada masa orang terima, ada masa orang tolak, sebab itu dalam artikel saya sebut Nabi Muhammad ditegur oleh Allah.

“Kalau Nabi ditegur jadi pelik apa orang tolak EGM tetapi tukar alternatif dengan menganjurkan seminar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bakti Siswa Mesir 2009 di Masjid Kampung Bakong di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Khas Pas yang turut dihadirinya kelmarin yang mengambil ketetapan tidak akan mengadakan Muktamar Khas EGM) sebaliknya mengadakan seminar politik pada 7 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam keadaan kini, dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ yang menyebabkan timbulnya konflik dalaman parti perlu insaf dan sedar bahawa perbuatan mereka itu boleh merosakkan parti.

“Dr Aziz Bari menggunakan perkataan `kapten` (ketua) kepada ketiga-tiganya, saya guna perkataan sama. Insya-Allah, orang itu akan terasa, benda apa yang dibuat sehingga ditegur, kita nak muhasabah benda ni,” katanya.

Mengulas mengenai siasatan jawatankuasa disiplin yang akan dilakukan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan berkenaan.

“Dia (Dr Hasan) bukan tajuk (perbincangan) saya, tetapi dia memang ditegur. Macam saya juga ditegur, tetapi saya tidak mahu cakap hal peribadi orang lain,” katanya.:

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, tindakan beliau keluar awal dari mesyuarat tersebut tiada kaitan dengan ketidakpuasaan beliau dengan sesi perjalanan mesyuarat sebaliknya kerana faktor kesihatan.SH

BERSIH Fokus Hapus Undi Pos Menjelang PRU 13





KEMAMAN – Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) Haji Mohamad Sabu berkata gabungan NGO tersebut akan terus bergerak dan menumpukan usaha dalam menghapuskan undi pos menjelang pilihanraya akan datang.

”Kita akan terus bersama NGO akan terus berbincang diantaranya (terutama) masaah undi pos, ia (undi pos) jadi talian hayat kepada parti pemerintah, undi pos patut dihapuskan,”katanya ketika ditemui selepas ceramah sempena permulaan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) disini semalam.

Menurutnya dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, sepatutnya undi pos hanyalah untuk anggota tentera yang bertugas di luar, bukan kepada isteri-isteri merka yang tinggal di dalam kem.

Katanya, samada BERSIH akan turun atau tidak ke jalan raya bagi menuntut pihak berkenaan menghapuskan undi pos, adalah bergantung kepada keputusan perbincangan dengan semua NGO yang bergabung dalam BERSIH.BO

Khamis, 29 Oktober 2009

Ekoran keputusan Mesyuarat Khas Pas,apa kata Pas Selangor


PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.
PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Seekor lagi spesis katak muncul di Selangor,lagi Adun PKR tinggalkan Parti


SHAH ALAM, 29 Okt:
Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.
Beliau membImageuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.

Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.

Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.harakahdaily

MB Selangor minta Adun Pelabuhan Kelang letak jawatan



Menteri Besar Tan SriAbdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan. Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi NikAhmad berkatausul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham. Walaupun diberikan surat tnjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat. Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi. “Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini. “Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi. “Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor.TVS

Sidang Dun Perak | Kenyataan Media Datuk Sri Nizar


Sidang media oleh YAB Datuk Sri Nizar sempena sidang Dun perak pada 28/10/2009.

Ceramah Zulkifli Mohd Omar dan Che'gu Bard di Beris Pak Abu

Bacaan ayat2 suci Al Quran oleh Ust Mohd Amin
Majlis di pengerusikan oleh Ust Zulkifli Kadir,Ketua Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut
Ucapan alu aluan oleh Tim. YDP Pas Kaw. Besut,Hj Hassan Salleh
Ucapan berapi dari Che'gu Bard
Ucapan Zulkifli menarik perhatian para hadirin
Sebahagian daripada hadirin
Kusyuk,atas jalanpun demo duduk sapa sapa tokleh lalu he..he..



Ceramah Umum oleh Zulkifli Mohd Omar dan Che'gu Bard anjuran Pas Kaw. Besut dengan kerjasama Pas Cawangan Beris Pak Abu ini di adakan di Madrasah Hj Husin Beris Pak Abu.Dalam Ceramahnya Zulkifli banyak menyentuh tentang perjalanan PRK Bagan Pinang yang penuh dengan penyelewengan oleh Umno dan tindakan ganas mereka dalam usaha menakutkan pengundi.Sementara Che'gu Bard lebih memberi tumpuan pada isu nasional yang berlaku mutakhir ini.Beliau juga antara lain menyebut bagaimana setiap kali PM baru di lantik maka akan timbul pula Slogan yang baru dan slogan lama akan di lupakan.Ini semua untuk mengaburi mata rakyat supaya terus menyokong BN.Contohnya Wawasan 2020,Islam Hadhari dan terbaru 1 Malaysia.Turut berucap dalam majlis yang di pengerusikan Ketua Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut Ust Zulkifli Kadir ialah Tim. Ketua Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh yang mengalu alukan kehadiran penceramah dan para hadirin.Sementara Ust Mohd Amin memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: YB HJ NIZAR MENGIRINGI TUANKU RAJA MUDA MELAWAT JAMBATAN RUNTUH



http://misabah.blogspot.com/

Kebetulan atau bagaikan di janji, YB Dato' Seri Hj Nizar telah mengiringi Tuanku Raja Muda Perak melawat tapak berlakunya jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam.

YB Hj Nizar telah berada di tapak jambatan gantung runtuh 2 jam sebelum ketibaan Tuanku. Sambil menunggu ketibaan Tuanku, beliau berjumpa dan bersalaman dengan pihak polis, bomba, pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan Pendidikan serta Adun-adun BN yang turut berada di situ.

Beliau sempat memberi pandangan kepada wartawan, polis, bomba, pegawai kerajaan dan yang lain-lain sebagai seorang jurutera profesional betapa silap dan salahnya kontraktor binaan tersebut yang membuat jambatan tanpa menggunakan plan asal yang mesti mempunyai spesikasinya. Beliau percaya kontraktor tidak ikut spesikasi yang sebenar.

Sehinggalah Tuanku tiba, YB Hj Nizar turut menyambut dan mengiringi tuanku sehingga tuanku berangkat pulang. Sepanjang mengiringi tuanku, orang ramai menyaksikan sendiri betapa akrabnya tuanku dengan YB Hj Nizar. Tertolaklah segala tohmahan UMNO BN kononnya Hj Nizar derhaka pada tuanku, mana mungkin orang yang derhaka pada tuanku, boleh bersama tuanku tanpa sedikitpun rasa bersalah atau malu.

Bukan sekali ini, YB Hj Nizar bersama dalam majlis bersama tuanku, sebelum inipun selepas UMNO BN tuduh Hj Nizar derhaka pada tuanku, Hj Nizar tetap menghadiri majlis bersama tuanku apabila dapat jemputan, dan ternyata hubungan tetap akrab dan mesra.

Mesyuarat Khas Pas,tiada EGM hanya Seminar Khas







KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.harakahdaily

Rabu, 28 Oktober 2009

Sekitar Mesyuarat Khas Pas,apa kesudahannya?





Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.harakahdaily

Dewan tolak usul bahas jambatan runtuh


DEWAN Rakyat Rabu menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.

"Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.

"Kita terikat dengan peraturan bahawa ia tidak akan dibaca dalam dewan. Saya tidak akan ulang lagi dan saya harap tiada lagi perbincangan lanjut mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun, Ronald berkata usul itu masih boleh dimasukkan sebagai isu untuk dibahaskan di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang sedang berlangsung.

Seorang murid sekolah rendah lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam.suaramalaysia

VIdeo di sekitar Sidang Dun Perak








Sumber:Malaysiakini

Bekas KSU Mosti mengaku tidak bersalah 10 pertuduhan rasuah





Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Abdul Hanan Alang Endut mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapan-suapan itu di alamat No 25 Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd. Abdul Hanan di dakwa dibawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.-Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini.

Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapansuapan itu di alamat No 25, Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cekcek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan Techno-Fund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cekcek kosong yang diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya untuk pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Abdul Hanan didakwa di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut manamana yang lebih tinggi.

Beliau juga tidak mengaku salah terhadap 10 tuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Abdul Hanan selaku Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Dana dituduh telah menerima cekcek kosong milik Adam, pemilik Global Goodway (M) Sdn Bhd, dari 1 hingga 15 Disember 2008 di alamat dan tempoh yang sama sebagai balasan kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada syarikat itu.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cekcek kosong yang diterimanya dari 15 Dis tahun lepas sehingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya bagi pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan beliau boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau didenda atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais meminta supaya kesemua pertuduhan dibicarakan serentak dengan jaminan RM10,000.

Syafeera kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 2 Disember ini.

Abdul Hanan yang dilaporkan bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada April lepas diwakili oleh peguambela Badrul Munir.BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Gambar sekitar Sidang DUN Perak






Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.
Pemeriksaan ketat sebelum masuk.

Suasana kecoh dan pergelutan semasa polis telah berjaya merampas jubah YB Sivakumar dikawasan letak kereta.

Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am berhak bersuara-Presiden Pas


Video oleh: Greenboc

Sidang Dun Perak | Adun Pakatan di halang,jubah Speaker di rampas


10.09 pagi: Nizar dan Adun Pakatan Rakyat cuba masuk sekali lagi ke dalam dewan persidangan.Sivakumar kelihatan tanpa jubah Speakernya.

10.05 pagi: Dalam dewan kelihatan pengawal (betara) seramai 20 orang mengawal sekitar 'Speaker' Ganesan.

10.04 pagi: Persidangan bermula di dalam dewan dengan bacaan doa tanpa kehadiran adun Pakatan Rakyat.

10.00 pagi: Adun Pakatan beredar keluar daripada SUK. Beberapa adun dan Nizar kelihatan di lluar SUK. Nizar mendakwa mereka dihalang masuk ke dalam dewan.

9.57 pagi: Polis kelihatan menyerbu ke arah Sivakumar. Beberapa adun Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada serbuan polis. Seorang SB dilihat merampas songkok Speaker. Jubah yang dipakai oleh Sivakumar juga cuba ditarik.

9.55 pagi: Keadaan di luar, adun pakatan rakyat dihalang dan dilambatkan oleh kawalan pihak polis.

9.55 pagi: Keadaan dalam dewan, Speaker BN Ganesan kelihatan sudah mengambil tempatnya begitu juga adun-adun BN.

9.50 pagi: Adun Pakatan diketuai Nizar terus bergerak ke arah pintu SUK.Sivakumar kelihatan memakai pakaian rasmi speaker.

9.45 pagi: Adun BN bersama Zambry Abdul Kadir telah berada dalam SUK.

9.40 pagi: Adun Pakatan Rakyat mula berarak menuju ke arah SUK bersama sekumpulan penyokong PAKATAN RAKYAT. Sivakumar dilindungi dan dikawal oleh para penyokong. Mereka kelihatan menuju ke arah 'Pokok Demokrasi' dan cuba masuk melalui kawasan tersebut. Polis hanya benarkan Adun-adun masuk.

9.35 pagi: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar kelihatan di Wisma DAP. 9.25 pagi: Kawasan koridor bangunan SUK dipenuhi polis dan media hanya dibenarkan masuk setelah diperiksa dengan ketat dan disahkan pas mereka.

9.15 pagi: Adun Ngeh, Thomas, L P Seah, B P Ong, Sivanesan, Idham, Ramli, M M Leong and K W Wong adalah antara Adun Pakatan Rakyat yang kelihatan berada di Wisma DAP.

9.05 pagi: Anggota polis (SB) kelihatan mengambil gambar secara rambang kawasan sekitar.

9.00 pagi: Helikopter polis kelihatan berlegar di atas bangunan dan kawasan SUK.

8.50 pagi:Ngeh dan Thomas kelihatan terpaksa bertikam lidah dengan polis kerana dihalang daripada memasuki kawasan yang telah dikepung (dihalang) polis. Namun akhirnya mereka dibenrakan masuk.

8.45 pagi: Kelihatan Adun Ngeh dan Thomas Su berada di luar bangunan. Wartawan mula kerumuni mereka untuk mendapatkan maklumat.

8.30 pagi:Bilangan anggota polis dikatakan lebih 400 orang kini.

8.20 pagi: Pagar kawat berduri makin banyak dipasang. Antaranya bangunan ibu pejabat DAP juga kelihatan dikawal ketat. Orang ramai (awam) dihalang daripada masuk kawasan sekitar.

7.55 pagi: Semakin banyak kenderaan polis kelihatan. Trak FRU mula kelihatan. Trak meriam air juga kelihatan di sekitar bangunan SUK.

7.52 pagi: Keseluruhan kawasan SUK dikawal dengan ketat. Lebih 40 anggota keselamatan berkawal di hadapan SUK dengan memakai vest hijau dan diapit 2 buah trak merah dan beberapa kenderaan serta van polis. Kumpulan wartawan berada di hadapan hadangan berkawat berduri.

7.15 pagi: 6 buah kenderaan polis termasuk 'Black Maria' digunakan sebagai perisai di hadapan pagar dan pusat 'check point'. Anggota polis berpakaian biasa (SB) kelihatan mula penuhi kawasan sekitar. Keadaan mula sibuk.

7.00 pagi: Lingkaran dawai berkawat telah dipasang di sekeliling Bangunan SUK Perak. _harakahdaily

Sidang Parlimen | Perbahasan Presiden Pas








Bajet 2010: Penyelesaian Islam? (1) - MP PAS Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2009.jiwokelate 2009

Tidak ada apa yang perlu di risaukan dalam Pas


Oleh smartlife

Tetapi sama ada mahu terima atau tidak, kedua-dua tokoh ini merupakan kayu pengukur atau lebih mudah lagi sebagai "benchmarking" dalam PAS. Kedua-dua ini telah menjadikan PAS disegani dan ada juga yang masuk PAS kerana kedua-dua mereka ini. "Bermacam tohmahan dilemparkan kepada TGNA sama ada dari UMNO malah daripada penulis yang pro PAS kononnya. Peliknya, pihak UMNO tidak pun menyentuh Presiden apatah lagi Timbalan Presiden.Memang telah dipersetujui ramai bahawa PAS bukan milik individu tetapi ia adalah milik awam. Apatah lagi, ia juga bukan milik TGNA atau TGNA.

Malang, ada yang cuba menjadikan PAS ini sebagai satu komuniti. Komuniti ini konon bahawa merekalah yang layak menentukan hala tuju PAS. Hal ini telah menjadi bahan bualan sisipan selepas perginya Ustaz Fadhil Nor. Mereka mengerumuni TGHA hinggakan TGHA pergi ke England bagi menjelaskan pendiriannya tentang UG.

Amat mendukacitakan bagi PAS, ketua komuniti ini telah belajar daripada kesilapan Nakhaie. Kali ini, ketua komuniti ini merasakan adalah tidak bijak jika pergi bersendirian. Dengan itu, tindakan untuk keluar seperti ahli PKR dan DAP itu adalah tidak memberi apa-apa keuntungan malah membahayakan.

Dalam masa yang sama, pelbagai teori telah dikemukakan tentang Anuar Ibrahim. Khairy (UMNO-BN) menyerang dari luar dan kumpulan komuniti ini menggoncang dari dalam. Tindakan TGNA membidas kenyataan Khairy menyebabkan kumpulan komuniti mulalah mencari pasal dengan puak yang kononnya menyokong Anuar Ibrahim.

Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Pertama tidak ada keyakinan dan kedua didorong oleh nafsu besar. Saya berani bahawa Timbalan Presiden PAS tidak ada keyakinan diri dalam memimpin parti ini. Ketidakmampuannya bertanding di tempat sendiri menunjukkan dia sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa untuk PAS. Apatah lagi dalam PRU 13 nanti. Mengikut sejarah, sokongan pengundi ada pasang surut. Kemungkinan besar, beliau tidak ada peluang pada waktu itu nanti.

Keadaan ini dikeruhkan lagi oleh nafsu besar komuniti ini. Maka bermacam-macam teorilah dikemukakan tentang UG. Bagi mempastikan kedudukannya dalam PAS bermacam kenyataan dikeluarkannhya semasa muktamar PAS. Kalau dulu Ulamak dengan Tin Kosongnya baru-baru ini pula Pucuk Pimpinan Mesti Ulamak.

TGNA bukannya calang-calang orang. Beliau telah lama terbau hal ini. Cuma beliau hanya pandang dan lihat. Namun, usianya semakin tua. Adalah menjadi kewajipan beliau membuat teguran sebelum pergi. Apa pun tanggapan orang lain terhadap beliau, beliau teguh pada pendirian. Calon PAS di Bagan Pinang membuka pekong di dada. Oleh itu, beliau terpaksa bertindak.

Insyaallah tindakan beliau demi untuk masa depan perjuangan Islam.detikdaily

Selasa, 27 Oktober 2009

Tok Guru Nik Aziz akan sertai Mesyuarat Khas Pas



KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _harakahdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....