Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Ogos 2012

Senator Sabah keluar BN, sokong Pakatan Rakyat

Barisan pembangkang baru Sabah menunjukkan solidariti, selepas majlis pengumuman Senator Datuk Maijol Mahap untuk keluar parti BN pada 12 Ogos, 2012.(Dari kiri ke kanan) Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, Senator Datuk Maijol Mahap, ketua de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan pengerusi PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini. — Gambar oleh Clara Chooi

KOTA MARUDU, 12 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.

Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.

Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.ucapannya, Maijol berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.

Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

"Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPN Perlu Tegur Regim Umno-BN Dahulu

SHAH ALAM 12 OGOS: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar disaran menegur kerajaan Umno-BN terlebih dahulu kerana menggunakan hari kemerdekaan untuk kepentingan politik mereka.

Saranan tersebut dibuat oleh pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan balas terhadap gesaan Ismail agar tidak mengadakan ‘Himpunan Janji BERSIH’ di malam ambang merdeka 30 Ogos akan datang.

Beliau yang lebih popular dengan gelaran Chegu Bard mendakwa Umno-BN telah mengambil kesempatan sempena sambutan hari kemerdekaan di negara ini bermula pada tahun 1957 lagi, tetapi tidak pernah ditegur oleh mana-mana KPN.

“Sambutan ulang tahun kemerdekaan sudah lama ditunggang oleh Umno-BN demi kepentingan politik mereka, tetapi tahun ini terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal dari tema yang digunakan dalam jelajah BN iaitu Janji Ditepati.

“Lagu yang digunakan pula jelas digunakan dalam program BN bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja liriknya.

“lebih parah lagi dengan kemunculan logo kemerdekaan yang ‘buruk’ dan kemudian ditarik balik oleh menteri dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi,” kata beliau.

Chegu Bard turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang hanya menonjolkan beberapa tokoh sahaja termasuk bekas-bekas Presiden Umno sebagai pejuang kemerdekaan.

Gambar : Ust Azhar Idrus Dan Abby Abady Di Dataran Shah Alam



Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din

SHAH ALAM 12 OGOS : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

“Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.TVS

Sah !!! Tamrin Ghafar Keluar Umno Sertai Pas

KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar ( gambar )akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubradi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir."Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama'. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama'," katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....