Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 Ogos 2010

Berahim Ali Beri Amaran Pada Umno


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Ibrahim Ali memberi kata dua agar kerajaan tidak melayan tuntutan-tuntutan ‘melampau’ Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.
“Sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia tersebut, maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi retorik semata-mata.
“Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang,” kata Presiden Perkasa itu pada sidang media di sini hari ini.
Kata beliau jika ia berlaku orang-orang Melayu akan menolak kerajaan pimpinan sekarang.
“Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkara terutamanya soal ekonomi orang Melayu.
“Jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika tidak diperbetulkan tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jadi seperti kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir.”
“Dalam usaha untuk menarik bukan Melayu sokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi Melayu akan kecewa dan lari kepada parti lain.
“Ini hakikat yang akan berlaku,” katanya.
Jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu bertindak tangani perkara ini, kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum ke-12.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan.
“Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina,” katanya.
Wakil rakyat itu turut kesal dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang akhir-akhir ini banyak keluarkan kenyataan yang menyentuh hal berkaitan ekonomi termasuk orang Melayu.
“Beliau (Nazir) mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai “bastardisation”, Apa maksud “bastardisation”?
“Kalau DEB gagal itu soal pelaksanaan tetapi soal matlamat dan cara untuk mencapai tahap 30 peratus dengan mengekalkan tindakan kesungguhan itu mesti diteruskan. Adakah itu juga dianggap “bastardisation”?,” soalnya.
Semalam Nazir mengambarkan DEB sebagai sesuatu yang telah “dipernyataan-haramkan” dan menyimpang daripada tujuan asalnya.
“DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina semalam.

Terengganuku Hebat ??? Kanopi Di Bawah Kanopi !!!



Ramai dikalangan warga Jertih dan daerah Besut yang berkunjung ke Bandar Jertih disini, terkejut dengan ‘gelagat’ terbaru agensi kerajaan negeri Terengganu yang diterajui Umno dan Barisan Nasional.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang baru berakhir 9 Ogos lalu telah meluluskan bajet tambahan sebanyak RM220 juta.

Peruntukan tambahan tersebut menjadikan Terengganu sebuah negeri mempunyai bajet paling tinggi sebanyak hampir RM2.2 bilion.

Wakil-wakil rakyat daripada PAS telah mengambil bahagian dan berucap apabila usul tambahan bajet dibentangkan.

Tetapi malangnya, masa yang dipertuntukkan untuk membahaskan jumlah kewangan yang begitu besar sangat terhad, malah disekat walaupun peruntukan mengikut peraturan dewan dibacakan.

ADUN PAS juga memberi peringatan, bajet tambahan tanpa perancangan teliti dan kepentingannya untuk rakyat, bakal melihat corak perbelanjaan yang berlebih-lebihan, tidak terancang dan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sejak hari pertama Sidang, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Rhu Rendang) telah memberi amaran, ada sesuatu yang tak kena dengan peruntukan tambahan yang besar itu dan menggesa pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan.

Antara yang agak pelik, sebagaimana ditimbulkan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, kerajaan Umno/BN Terengganu mendakwa kemiskininan telah berkurang, tetapi peruntukan untuk bantuan kepada golongan tersebut meningkat.

Belum sampai seminggu Sidang DUN tamat, rakyat di kawasan Jerteh dan daerah Besut dapat melihat sesuatu yang tidak kena, betapa pengurusan agensi kerajaan membuat keputusan yang pelik dan melucukan.

Pelajar Hamil,Berkahwin Boleh Ke Sekolah Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pelajar-pelajar yang hamil masih boleh mengikuti persekolahan di sekolah kerajaan seperti normal sebagaimana dilalui pelajar lain, malah mereka mempunyai segala hak untuk akses kepada sistem pendidikan.

Seorang pegawai Kementerian Pelajaran mengesahkan, pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekali gus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian atau dihalang.

“Remaja yang hamil masih boleh ke sekolah,” kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider.

Tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka mengandung atau telah berkahwin, kata pegawai itu lagi.

“Dalam peraturan kita, kami tidak mengatakan bahawa mereka tidak boleh hamil, tetapi mereka hanya tidak boleh ponteng,” katanya lagi.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik, katanya.

“Hakikatnya mereka boleh ke sekolah. Persepsi itu adalah silap. Itu hak mereka mendapatkan pendidikan,” katanya.

Isu itu menjadi perhatian ekoran keputusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.

Malah, sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin bulan depan.

Beberapa kumpulan termasuk Puteri Umno telah melahirkan sokongan kepada idea itu dan mahu Putrajaya menubuhkan kemudahan yang sama di peringkat nasional.

Sehubungan itu, pegawai Kementerian Pendidikan menambah usaha diambil oleh Melaka tanpa melibatkan kementerian itu memandnagkan ia akan dianggap sebagai sekolah swasta.

Malah menurutnya, langkah mengadakan sekolah sedemikian akan membazirkan sumber persekutuan memandangkan kerajaan tidak pernah menghalang sesiapa daripada mengikuti persekolahan atasa alasan mereka mengandung.

Bagaimanapun beberapa pertubuhan bukan kerajaan wanita dan ahli politik lain membidas keputusan kerajaan negeri Melaka yang “menggalakkan” ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin awal walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah yang semakin berleluasa di negeri itu.

Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah berkata kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Beliau berkata berkata mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....