Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Mac 2011

Gambar2 Penentangan Rakyat Libya Terhadap Muammar Gaddafi Yang Tidak Terdapat Dalam Media Arus Perdana







PRK Kerdau : Laporan salah guna harta awam tidak diendah

PAS mendakwa pelbagai laporan penyalahgunaan harta dan kemudahan awam oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kerdau tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Pilhan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, dua laporan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak langsung diberi perhatian dan apa-apa tindakan.

“Penggunaan secara berleluasa kemudahan premis awam seperti padang awam Teluk Sentang; masjid dan sekolah rendah Batu Sawar; dewan orang ramai Felda Jengka 23; pusat jalur lebar komuniti Jengka 25, balai raya Kuala Tekal dan pejabat Felda di Kerdau.

“Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti.

“Dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam,” katanya dalam sidang media harian PAS di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, SPR, Polis dan SPRM juga tidak mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan bantuan dan projek secara terbuka untuk mendapatkan undi kaum Cina, India dan orang Asli.

Menurutnya, Najib meluluskan peruntukan RM400,000 untuk dewan terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk bomba sukarela dan RM100,000 untuk kuil Hindu.

“Perdana Menteri menjanjikan peruntukan RM9.25 juta untuk menaikkan loji air Batu Sawar,” katanya.

Berikutan itu, kata Tuan Ibrahim SPR gagal menjamin PRK Kerdau dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan kepada pengundi.

Beliau berkata, peluang PAS menang cerah ekoran semua tempat termasuk kubu kuat Umno berjaya ditembusi. Isyarat lain kemasukan ahli Umno ke dalam PAS membabitkan 18 orang di Jengka 22 dan 30 orang dari Jengka 23.

Katanya, ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana PRK sebelum ini.FMT

Video : Panas !!! Suasana Pertembungan Ceramah DS Anwar Dan Umi Hafilda Di Dun Kerdau




Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Jengka 2, Pahang penuh dengan puji-pujian kepada Rasulullah saw manakala ceramah Ummi Hafilda, pula sarat dengan maki hamun terhadap individu tertentu.

Ummi Hafilda memulakan ceramahnya selama kira-kira 45 minit dengan memfitnah dan memaki hamun Anwar, malah abangnya sendiri, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Umno Barisan Nasional (BN) juga dikatakan cuba membuat provokasi dengan menghalakan pembesar suara ke arah ceramah Anwar yang dipisahkan dengan jarak 50 meter, namun penyokong Pakatan Rakyat mampu menahan sabar.

Bagaimanapun, ceramah Ummi Hafilda yang semata-mata serangan peribadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang dan bilangan itu termasuk beberapa anggota polis berpakaian biasa, berbanding 2,000 mendengar ceramah Anwar.

Di sebalik kata-kata kesat dan makian itu, Anwar sepanjang ceramahnya kelihatan tenang dan fokus dalam menyentuh pelbagai isu yang menzalimi rakyat, dari isu kenaikan harga barang, petrol dan rasuah.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyentuh isu kehilangan berbilion wang rakyat, selain penyelewangan proses pilihan raya, laporan media berat sebelah dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

Anwar dalam ceramahnya mengajak rakyat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad saw dalam mengajak masyarakat Arab meninggalkan amalan jahiliyah.

Hadir sama ceramah itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Hamid; Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Pusat, Abbas Awang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.Keadilandaily

PRK Kerdau Dan Merlimau : Solat Hajat Malam Ini


KUALA LUMPUR 5 MAC : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan ahli-ahli dan para penyokong parti mengadakan solat hajat pada malam ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am dan Presiden PAS berkata, solat hajat tersebut adalah untuk keselamatan dan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau dan Kerdau, esok.

Calon PAS di Kerdau ialah Hassanuddin Salim sementara Yuhaizad Abdullah di Merlimau.

Sementara itu, di Temerloh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut membuat gesaan itu berharap hari pengundian esok berlangsung dalam suasana harmoni.

Beliau yang Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan sepanjang kempen PAS.

"Saya selaku Pengarah Jentera Induk PAS di PRK Kerdau, ingin menyeru seluruh pengundi dan para penyokong supaya mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh pengundian berjalan," katanya pada sidang medai di Markas Induk PAS, Kerdau di sini hari ini.TVS

PRK Kerdau : Gambar2 Risalah Dan Banner Fitnah Yang Dsebarkan Umno/BN






Beribu-ribu risalah dan 'banner' yang dikeluarkan oleh Umno-BN telah disebarkan dan digantung merata tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang dua hari kepada hari pengundian 6 Mac ini.

Penasihat Jentera Pilihanraya PAS Terengganu disini, Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah satu provokasi dan hasutan jahat Umno-BN yang terlalu terdesak untuk memancing undi.

"Umno-BN sudah terlalu terdesak, sehingga menyebarkan fitnah, mencetak dan menaburkan risalah menggunakan lambang PAS dan menggantung kain rentang 'menghasut' pengundi untuk membenci PAS dan Pakatan Rakyat,"ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, Umno-BN sudah terlalu lemah kerana hujah-hujah pembangunan yang menjadi senjata selama ini tidak berkesan dalam kempen PRK Kerdau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....