, 26 Jun – Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor tidak memperlihatkan perubahan meskipun telah ditegur secara terbuka ketika Kongres Nasional PKR Keenam akhir bulan lalu, dakwa Naib Presidennya Azmin Ali hari ini.Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, beliau tidak pernah mendesak Khalid akan diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.
“Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.
“Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat,” kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.
Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.
“Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.
Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, walaupun ada segelintir pihak menganggap saranan itu sebagai sesuatu yang janggal, namun ianya amat relevan pada masa kini dan apa yang lebih penting, Islam sendiri tidak menegah wanita daripada berbuat demikian.
