
tkan” kedudukannya.“Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu.
“Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar kiri) bukan lagi Ahli Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini.
Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000.


KUALA LUMPUR, 18 Jun — Nasib Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat untuk ditentukan - mirip kes yang pernah disaksikan di Parlimen empat dekad yang lalu. 