Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 Mac 2012

Penjelasan Presiden Sebab Pas Tidak Bersama Umno

Dalam ucapannya ketika hadir majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.
 
Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

 "Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi

SHAH ALAM,17 MAC : Tindakan pimpinan Umno-BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian Umno-BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata tindakan pimpinan Umno-BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan Umno-BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri.

“Pimpinan Umno-BN sudah tiada daya upaya untuk menyakinkan rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang dilaksanakan selama ini kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka dan melihat kegagalan yang teramat sangat dalam urus tadbir negara,” tegas Mahfuz yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Mahfuz tindakan kerajaan pimpinan Umno-BN yang menggunakan khidmat perunding luar, APCO membuktikan sikap hipokrit mereka terhadap dasar luar negara khususnya berkaitan dengan kepentingan Israel.

“Sebelum itu pada zaman Tun Dr Mahathir telah menggunakan syarikat Satchi And Satchi iaitu sebuah konsultan Yahudi yang dilantik untuk membantu kempen dalam pilihanraya Umno-BN pada zaman Tun Mahathir.

” Umno-BN memberi duit termasuklah melalui hubungan dagang dengan Israel termasuk membantu dalam minyak masak dan sebagainya bermakna ia memberikan kesihatan dan makan kepada Israel termasuk tentera mereka dan kemudiannya melanyak Palestin.

“Dan pada hari ini melalui Apco dan beberapa kabel-kabel gerakan zionist antarabangsa digunakan untuk kepentingan politik mereka sampai mereka menggunakan wang negara yang merupakan wang rakyat untuk dibayar kepada konsultan daripada Zionist,” kata beliau yang juga MP Pokok Sena.

Gambar : Umno Ganggu Ceramah Pas Di Pekan

Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS
Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima
Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan

PRU 13 : Zaid Ibrahim sah bertanding di Kota Bharu

KOTA BARU: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen
Kota Baharu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Keputusan itu dibuat berdasarkan kebolehan serta peluang yang baik untuk membersihkan namanya dalam dunia politik dan bukan untuk memecahkan undi mana-mana parti yang bertanding, katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Kita di Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2004, Zaid yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Baru memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Mahmood Nik Hassan dengan majoriti 1,723 undi.

Zaid mendakwa banyak orang buat pelbagai tuduhan terhadapnya, dan “saya rasa peluang PRU ini orang Kota Baharu tentukan (sama ada saya ini) boleh pakai atau tidak pakai.”

Zaid berkata, beliau juga lebih selesa untuk tidak bertanding atas mana-mana tiket parti politik yang lebih berpengaruh dan yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.

`Sayalah Presiden’

“Saya bertanding atas diri saya. Tapi kalau ada orang nak beri ruang, kalau ada untungnya, baguslah. Itu bukan  keputusan saya dan buat masa ini saya selesa bertanding atas diri saya,” katanya.

Menyentuh mengenai parti Kita, Zaid berkata, beliau masih lagi presiden parti yang sah, dan dakwaan bekas Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim, bahawa beliau telah dipecat adalah tidak benar.

“Sebenarnya, tak ada apa pun. Mereka ini bila kena pecat, dia merungut. Kita sudah bagi amaran, tapi dia buat juga. Kalau kamu nak percaya Zamil, kamu tulislah dia Presiden Kita. (Tapi) kalau kamu tengok  daftar pertubuhan, sayalah (presiden),”  katanya.

3 Jun tarikh PRU13 ???

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan  oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....