Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Negeri yang rakyatnya tahu bersyukur





Malam itu saya diajak seorang kawan, Qosim, untuk ikut bersama dengannya berjumpa kawan lamanya sambil makan malam di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu. Saya ikut saja tanpa bertanya latar belakang siapakah kawannya itu, selain diberitahu dia seorang ketua jabatan kerajaan persekutuan di Kelantan.Rupa-rupanya mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Bukan sahaja pernah bekerja dalam satu jabatan di luar Kelantan, malah kenal baik pula dengan isteri dan anak masing-masing. Kawannya itu pun turut membawa isteri dan seorang anak perempuannya bersama.Maka rancaklah mereka berbual, kerana lama tak berjumpa. Bercakap mengenai kawan-kawan yang pernah bekerja dalam jabatan yang sama, yang rupa-rupanya dikenali juga oleh isterinya. Mungkin isterinya juga pernah bekerja di jabatan yang sama, tak tahulah. Dan berdasarkan perbualan mereka, tahulah saya yang mereka pernah bekerja di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.Dan akhirnya, seperti lazimnya, tentulah kawan saya ini akan bertanya - bagaimana kerja di sini, seronokkah atau tidak (berbanding dengan di negeri-negeri lain)? Ya, inilah yang menarik perhatian saya. Tanpa dijangka sama sekali. Kerana percakapan kami strictly mengenai hubungan persahabatan, tanpa sedikit pun menyentuh soal politik atau isu-isu semasa, hingga saya diam-diam membuat rumusan di dalam diri bahawa orang ini betul-betul profesional dan teknikal.Memang pun dia seorang profesional yang bertugas dalam lapangan dan jabatan yang melibatkan hal-hal teknikal. Namun khidmat mereka adalah khidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum atau golongan. Makanya apabila dia menjawab soalan Qosim tadi, dan jawapannya begitu spontan dan selamba, saya amat tertarik dengan jawapannya."Seronok kerja di sini. Tak ada masalah. Senang banyak berbanding dengan kerja di tempat-tempat lain sebelum ni."Itu mukadimahnya, yang menarik perhatian saya. Dan tentulah saya seperti tak sabar-sabar menantikan penjelasannya, tetapi segan hendak bertanya. Namun dengan spontan dan selamba juga dia meneruskan jawapannya, tanpa menunjukkan apa-apa kecenderungan politik. Strictly professional nampaknya."Memanglah, kalau dari segi peruntukan tu memang ada masalah. Abang pun tahu, kerajaan pusat banyak menyekat peruntukan untuk negeri Kelantan. Tetapi itu tak bagi masalah kepada saya," katanya, dengan membahasakan ‘abang’ kepada Qosim.Dan dia terus bercerita, selamba dan spontan: "Orang-orang di sini faham. Mereka ini masyarakat yang bersyukur. Kalau ada projek yang tak dapat dibuat pun, mereka terima, dan mereka ajak pula kita berdoa. 'Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah membukakan rezeki kita.' Selalu mereka cakap begitu."Itu yang menarik perhatian saya - ungkapan bahawa "mereka ini masyarakat yang bersyukur". Seingat saya inilah pertama kali saya mendengar orang menyifatkan atau melabelkan masyarakat Kelantan sebagai "masyarakat yang bersyukur".Ah, waktu itu saya pun melimpah-limpah rasa bersyukur di dalam diri. Biarlah apa pun perbalahan yang sedang berlaku di luar sana, khasnya di kawasan pilihan raya kecil Permatang Pasir, dengan segala tuduhan-tuduhan liar terhadap Tok Guru Nik Aziz, mengatakan dia ekstrim dan menyelewengkan fahaman agama dan sebagainya, namun di sini sekarang saya sedang mendengar satu ungkapan yang sangat tinggi nilainya.Ungkapan itu bukan diucapkan oleh orang politik atau orang berkepentingan politik, atau orang yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu, tetapi diucapkan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan persekutuan, kepada seorang kawan lamanya, yang sekadar berceritakan hal dirinya dan suasana kerjanya."Dan yang paling pentingnya," katanya lagi, bercerita kepada Qosim, "kerja di sini paling tak ada stress. Kalau di negeri lain, bila ada menteri nak datang, atau exco nak datang, kita kena pastikan orang ramai akan hadir. Kalau tak, kita kena marah. Di sini tak ada itu semua. Exco hadirkah, atau Menteri Besar hadirkah, macam itu saja. Tak ada tekanan langsung. Kita buat kerja kita macam biasa."Katanya lagi, "Campur tangan politik tak ada di sini. Exco nak melobi, nak minta itu ini, tak ada. Kita buat kerja kita betul-betul cara profesional."Dan ini disokong pula oleh isterinya, yang menceritakan perihal perubahan pada diri suaminya. "Nampak dia kerja lebih releks dan enjoy di sini," katanya.Hanya kemudian baru saya tahu rupa-rupanya mereka suami isteri itu bukan orang Kelantan. Sekarang mereka tinggal di Kelantan ialah kerana kerja. Beberapa tahun lagi akan pencen. Maka mereka sedang berfikir sama ada hendak terus menetap di Kelantan atau balik ke Perak, atau ke Kedah, kampung asal mereka."Sesekali terfikir untuk terus menetap di sini," kata si suami. "Menjadi sebahagian daripada masyarakat yang bersyukur."Ya, masyarakat yang bersyukur, atau umat yang bersyukur, adalah suatu keadaan masyarakat atau umat yang hampir kepada yang sempurna, atau yang ideal. Seperti sebuah Utopia. Sesuatu yang hanya diimpikan kewujudannya. Tetapi baru malam tadi saya mendengarnya diucapkan secara real oleh seorang pegawai tadbir kerajaan yang berpengalaman.Tidakkah ini suatu berita yang sangat menggembirakan? Dan ini bukannya suatu yang terjadi dengan sendirinya, atau terjadi secara kebetulan. Ini adalah suatu pencapaian, hasil daripada kepimpinan dan suatu sistem pentadbiran yang lain, bukan sistem pentadbiran arus perdana yang banyak dikenali umum itu.Memang ini bukan suatu pengiktirafan yang dibuat sebagai hasil suatu kajian terhadap masyarakat Kelantan baru di bawah kepimpinan ulamak Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu cetusan pemikiran atau tanggapan yang genuine, dan bukan yang direka-reka atau diada-adakan kerana tujuan tertentu.-------Oleh DINSMANPenulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau SMS 0136362408

Zamri lawan Nizar:Exco Kedah-Radzhi gugur Soo Nee ganti


ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
d Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk mem

aklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM._harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Analisis PRK Permatang Pasir



Malam tadi saya di Analisis Awani (Astro Awani), berbicara mengenai pilihanraya kecil Permatang Pasir. Bersama-sama saya ialah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Abdul Aziz. Hos Suhaimi Sulaiman, Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar seperti biasa mewawancara kami bertiga.

Bagi yang tidak sempat menonton rancangan tersebut, saya catatkan beberapa komentar tadi:

1. Sementara saya menerima hakikat bahawa Barisan Nasional berjaya mengurangkan majoriti PAS, namun dilihat dari sudut ratio undi yang diterima oleh kedua-dua parti, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Pada tahun 2008, PAS mendapat 11,004 undi berbanding Barisan Nasional sebanyak 5,571. Ini bermaksud untuk setiap satu undi untuk Barisan Nasional, 1.9 undi pergi kepada PAS. Dalam pilihanraya 2009, PAS mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional meraih 5,067 undi; iaitu ratio yang sama (1:1.9) seperti pilihanraya sebelumnya.

2. Dari perspektif pemasaran politik, saya melihat ia boleh mengambil tiga bentuk iaitu (a) product-oriented -- sesuatu kempen merasakan ia mempunyai produk (calon, parti dan idealisme) yang baik dan berusaha memasarkan produk tersebut kepada pengundi; (b) sales-oriented -- menganggap bahawa apa produk pun boleh dijual dengan syarat kaedah pemasarannya betul; dan (c) market-oriented -- bersikap reponsif kepada kehendak pasaran / pengguna.

3. Apa yang saya lihat di Permatang Pasir ialah Barisan Nasional masih lagi menggunakan pemasaran berasaskan produk (product-oriented). Ia cuba memasarkan calonnya walaupun berhadapan dengan beberapa isu yang tidak disenangi oleh pengundi (isu pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua). Nampaknya Barisan Nasional masih belum bersedia untuk menggunakan kaedah pemasaran berasaskan pasaran (market-oriented), iaitu menjual sesuatu yang diperlukan oleh pengundi. Sepatutnya apabila pengundi memberikan isyarat penolakan kepada calon, maka Barisan Nasional harus mengubah strateginya.

4. Saya bertanya apakah mesej teras (core message) yang ingin disampaikan oleh kempen Barisan Nasional kepada pengundi. Apa yang saya lihat ialah ketiadaan mesej teras. Kalau ada, kempen Barisan Nasional gagal berkomunikasi dengan baik mesej ini secara yang mudah dan boleh difahami oleh mereka.

5. Dalam pemasaran politik, seseorang pemimpin adalah jenama. Di Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah jenama politik. Dia sudah lama di situ dan sebati dengan pengundi Permatang Pasir. Apabila bertarung dalam kawasan tersebut, apakah jenama Barisan Nasional yang boleh menyaingi populariti jenama tersebut di situ?

6. Saya juga melihat kegagalan pengurusan krisis. Apabila calon Barisan Nasional dihadapkan dengan dua dakwaan iaitu yang berhubung dengan pengguguran pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua, sebaik-baiknya dia mengamalkan "Principle of Honesty". Ia adalah konsep asas dalam perhubungan awam. Pertama, akui kesalahan dan terangkan sepenuhnya apa yang berlaku. Usah berselindung dan membiarkan lawan mengorek rahsia, apatah lagi menafikannya. Kedua, nyatakan kekesalan dan sebutkan apakah yang telah dilakukan bagi membetulkan kesalahan tersebut. Dan, ketiga, mohon kemaafan kepada semua pihak terlibat. Sekiranya ini dilakukan, pengundi akan melihat calon sebagai seorang yang jujur dan berintegriti.

7. Saya melihat pendekatan Pakatan Rakyat sebelum dan selepas PRU12 ialah pertentangan kelas. Rentetan strategi pakatan tersebut menjurus ke arah itu. Dalam politik pertentangan kelas, golongan bawahan akan sentiasa menang kerana mereka adalah kelompok majoriti. Saya fikir Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memahami perkara ini dan sebab itulah beliau memperkenalkan pendekatan "Rakyat Diutamakan." Malangnya, saya tidak fikir ia telah diterjemahkan dalam bentuk pendekatan strategik bagi menghadapi kempen Pakatan Rakyat. Itu adalah antara punca kekalahan Barisan Nasional.

8. Dalam Analisis Awani juga saya menyebut pengundi memilih calon PAS yang tidak berpeluang menjalani proses saringan awam. Oleh kerana tumpuan hanya kepada calon Barisan Nasional, maka calon PAS tidak menjadi fokus. Pengundi tidak berpeluang melihat baik-buruk calon PAS secara mendalam, seperti mana mereka menilai calon Barisan Nasional. Saya sebutkan bahawa dalam pilihanraya ini, proses membuat keputusan ialah melalui kaedah penolakan di mana pengundi menolak calon Barisan Nasional yang dilihat sebagai bermasalah.

Itulah antara perkara-perkara yang sebutkan dalam Analisis Awani tadi.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB Salleh Man. Selepas enam kali mencuba, beliau terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Manfaatkanlah kesempatan ini untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya dalam pilihanraya tersebut.

Bagi Barisan Nasional, saya sarankan agar melihat semula kepada kekuatan dan kekurangan parti itu. Reformasi dalam Barisan Nasional dan UMNO bukan saja hendaklah disegerakan, namun yang lebih penting ialah menentukan rakyat dapat melihat dan merasai perubahan itu.

Selain itu, Barisan Nasional hendaklah juga menilai kembali jentera kempennya, khusus proses komunikasi dengan pengundi. Manfaatkanlah data dan ilmu bagi memahami apakah yang dikehendaki oleh pasaran (pengundi). Walaupun Barisan Nasional dan UMNO sering merasakan ia mempunyai produk yang baik, apa yang penting sekarang ialah menyesuaikan produk tersebut dengan kehendak pasaran.

Oh ya, bila nak mulakan? Sekarang, besar kemungkinan selepas ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan berkampung di DUN Kota Siputeh pula! OLEH:Nobisha

Zamri lawan Nizar:DAP tidak rebut jawatan Exco di Kedah


DAP tidak rebut jawatan Exco, serah pada Azizan :ALOR SETAR -: DAP Kedah menyerahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk memilih calon bagi mengisi jawatan Exco sekiranya Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah berkenan melucutkan jawatan Mohd Radzhi Salleh yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). :Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, parti itu enggan merebut jawatan sekalipun tiada wakilnya dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kerana lebih mementingkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang. :“Sama ada berharap atau tidak (DAP diberi jawatan Exco) itu bergantung kepada Azizan untuk memutuskannya. Kita tidak akan berebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. :Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang kelmarin mencadangkan supaya kerajaan Pas memberi peluang kepada DAP mengisi tempat Mohd Radzhi sekiranya Sultan Kedah berkenan menggugurkan beliau sebagai Exco. :Kelmarin, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Abdul Halim memohon supaya Mohd Radzhi digugurkan sebagai Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PKR selepas mengistiharkan keluar parti dua hari lepas untuk menjadi wakil rakyat Bebas. :Thomas juga menafikan dakwaan wujudnya persefahaman dalam pakatan bahawa partinya akan diberi satu kerusi Exco di Kedah dengan syarat satu jawatan Exco turut diberi kepada Pas di Pulau Pinang. :Menurutnya, kenyataan mengenai perkara itu yang dibuat oleh ADUN Sidam dan disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina hari ini tidak tepat kerana tiada perbincangan mengenainya pernah dibuat. - Bernama

Zamri lawan Nizar:Pas tebus maruah MU di PP


Oleh ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Kemenangan PAS mengekalkan kerusi Permatang Pasir melalui calonnya, Ustaz Mohd Saleh Man diibaratkan sebagai menebus maruah kemenangan tipis parti itu di Manek Urai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata PAS Pulau Pinang berbangga dengan kejayaan yang diperolehi parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini yang menunjukkan para pengundi tidak termakan dengan segala propaganda media dimainkan BN.

"Biarpun Pakatan Rakyat berhadapan dengan pelbagai serangan seperti isu Melayu, DAP dan sebagainya, Alhamdulillah nampaknya ia tidak membuahkan kejayaan kepada BN untuk mendapatkan sokongan," tambah beliau.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, berkata antara faktor kemenangan PAS di Permatang Pasir juga terletak kepada sistem jentera pilihan raya di peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir, yang dianggapnya terbaik di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya faktor calon BN, Rohaizat Othman itu sendiri menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil ini.

Katanya, sejak nama Rohaizat dicalonkan, sudah pelbagai skandal terdedah berkenaan peribadinya yang mengakibatkan para pengundi hilang keyakinan terhadap beliau.

"Rohaizat terlibat dengan kes pecah amanah, skandal rumahtangga dan sebagainya. Dan semua ini bukan fitnah, kerana ada bukti-bukti jelas mengenainya. Justeru, sudah tentu pengundi Permatang Pasir tidak mahu tokoh yang mewakili mereka adalah dari kalangan yang bermasalah seperti beliau," tegas beliau lagi.

Mujahid turut mengatakan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman cukup memberikan kesan kepada pengundi di Dun berkenaan.

Beliau menegaskan persepsi pengundi terhadap Allahyarham begitu baik, menyebabkan mereka tidak melihat kepada individu, tetapi lebih kepada PAS itu sendiri yang dilihat selama ini membela segala kebajikan mereka.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang bergerak penuh kerjasama dan bersemangat sepanjang kempen pilihan raya kecil berlangsung.

"Biarpun kempen berlangsung selama tiga hari berpuasa, ia tidak melemahkan semangat jentera parti untuk turun membantu memenangkan calon PAS. Begitu juga kepada jentera KeADILan dan DAP yang bekerja keras memastikan kemenangan ini," kata beliau.detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....