Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 Mac 2012

Mungkin ada rombakan Exco Kedah - MB


ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan untuk melantik semula Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri, namun tarikh mengangkat sumpah belum ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berikutan itu kemungkinan rombakan dalam portfolio lapan Exco yang mengangkat sumpah 28 Februari lalu akan dirombak semula.

"Kita kena tengok semula, ada yang tak rombak, ada yang perlu rombak sedikit. Setakat ini, saya sendiri belum jumpa Phahrolrazi atau Ismail bincang perkara ini," katanya pada sidang media di kediaman beliau selepas menerima lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.SH

Pakatan Rakyat kuat, rakyat dapat nikmat

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Selama ini, katanya pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.

Di samping itu, tambahnya berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat  supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.

Menurutnya, antara faedah yang rakyat perolehi, terbaru kerajaan  memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang selain memansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.

Di samping itu, katanya GST, saman ekor, cukai 6%  pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.

Begitu juga, ujarnya kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.


“Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion,” ujarnya.

Menurutnya lagi, begitu juga RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200 untuk pelajar universiti.

“Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....