Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 Februari 2011

Mengapa Rais Yatim Tak Saman Migrant Care?



KUALA LUMPUR 9 FEB : Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat yang sedang menghadapi saman oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (gambar)mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakkan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.

Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan.

"Kenapa saya yang disaman bukan WikiLeaks atau Migrant Care, padahal WikiLeaks yang mula-mula mendedahkan isu ini dan Migrant Care pula telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa pernah menemuramah amah itu.

"Adakah ada sesuatu yang dibimbangkan oleh Rais seperti kemungkinan lebih banyak lagi pendedahahan dibuat oleh Migrant Care di mahkamah?," katanya.

"Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.

Beliau juga berkata beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat perintah dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun telah sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang telah menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini, itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseluroh.

Sementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar," kata sumber itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Khusrin angkat sumpah tapi dilarang hadir mesyuarat penting Exco

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dibenar mengangkat sumpah kerahsiaan minggu depan tetapi tidak dibenar menyertai semua mesyuarat kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khusrin yang dilantik Kerajaan Pusat sebelum ini sudah mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Sultan Selangor 7 Januari lalu. Namun, beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar Selangor seperti dikehendaki Perlembagaan Negeri.

Menurut Khalid, mesyuarat akan dibahagikan kepada dua bahagian.

“(Mesyuarat itu) kita strukturkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dia boleh hadir, satu bahagian lagi dia tak boleh hadir,” kata Khalid.

“Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” tambahnya.

Ketika ditanya, Khalid menjelaskan majlis tersebut akan dilangsungkan minggu depan.

“Ia minggu depan. Kami akan maklum kepada anda. Kita ada jadual,” kata Khalid.Keadilandaily

Ops Lalang: Kenyataan Mahathir amat memalukan

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Penjelasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersalahkan polis atas Operasi Lalang yang menyebabkan 106 ditangkap di bawah ISA pada tahun 1987 lalu, jelas merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.
Selain itu, kenyataan itu juga boleh dilihat sama ada Mahathir telah lupa dengan apa yang telah dilakukan atau mahu menutup imejnya yang buruk semasa menjadi Perdana Menteri dahulu yang amat banyak melakukan tangkapan di bawah ISA.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selaku eksekutif atau Perdana Menteri di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu, mustahil Mahathir tidak tahu dengan tangkapan ISA dan membiarkan pihak polis yang bertindak sendirian dalam hal itu.
Menurut beliau, pada hal, penggunaan ISA ke atas seseorang itu bukan berada di bawah kuasa polis, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Menteri Dalam Negeri pula ketika itu adalah Mahathir sendiri.
"Untuk menahan seseorang itu di bawah ISA, ia mestilah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir sendiri. Jadi macam mana Mahathir boleh kata dia tak tahu menahu perkara itu dan polis telah bertindak di luar perancangannya atau lain dari yang ingin dilakukannya?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Jadi, menurut beliau, kenyataan Mahathir itu tentunya tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal waras kerana semua tindakan yang dilakukan itu adalah di bawah tanggugjawab beliau sendiri selaku Perdana Menteri, apatah lagi dalam masa yang sama turut menjadi Menteri Dalam Negeri.
"Malah jika benar apa yang dikatakan oleh Mahathir itu, ia jelas merupakan sesuatu yang ganjil, memalukan dan kegagalan Mahathir sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Perdana Menteri ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.
Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.
"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

Pelajar Terbunuh Selepas Umum Mahu Bunuh Diri Di Facebook

MELAKA: Satu pengalaman dahsyat apabila seorang remaja bermasalah mati setelah terjatuh dari tingkat dua sekolahnya – beberapa hari selepas menulis di Facebooknya tentang keinginan mengambil nyawa sendiri.(Keterangan gambar - ANAK panah menunjukkan lokasi Qian Chun (gambar kecil) terjatuh sebelum maut di SMK Seri Kota, Air Leleh semalam )
Dalam tragedi 9.15 pagi Selasa, Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan Lima berjalan keluar sewaktu menghadiri kelas Kimia di makmal tingkat satu dan pergi ke bilik darjahnya di tingkat atas.
Saksi di SMK Seri Kota, Ayer Leleh terkejut mendapati Lee, 17, duduk dalam keadaan berbahaya di koridor yang menghadap bilik darjah kosongnya sebelum terjatuh ke belakang. Dia mengalami kecederaan di kepala yang membawa maut.
Seorang ahli keluarga terdekat yang enggan dikenali berkata keluarga Lee dari Taman Bukit Katil, Bukit Katil, keliru mengapa dia akan mahu ambil hidupnya sendiri.
“Dia kelihatan gembira semasa Tahun Baru Cina.
“Malah saya melihat dia pada Isnin dan dia kelihatan baik dan gembira,” katanya ketika ditemui pada bilik mayat Hospital Melaka di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun terdapat cerita lain dalam Facebook Lee. Sejak 17 Jan, dia telah menghantar beberapa komen-komen kurang menyenangkan, malah mengatakan ini akan menjadi Tahun Baru Cina terakhirnya.
Apa yang ditulis menjadi lebih teruk pada Jumaat lepas apabila dia menulis yang dia telah merancang untuk mengambil nyawanya sendiri pada bulan lepas.
Pada malam Ahad, pada sekitar 11.07 malam, Lee mengadu di Facebooknya tentang satu hubungan yang gagal dan janji-janji yang tidak dikotakan ketika mengulangi keinginannya untuk ambil hidupnya sendiri.
Komen beraninya mendapat cemuhan dari rakan-rakan dalam talian. Malah beberapa rakannya menyuruh dia bertindak seperti mana yang dia mahu lakukan.
Dalam pengeposan terakhirnya pada 3.45 petang Isnin, Lee mengingatkan rakan-rakannya supaya mengotakan janji mereka membelikan sebuah patung beruang dan keranda. Dia juga memberitahu mereka supaya tidak merinduinya apabila dia telah tiada dan menjaga diri mereka.
Lee, anak sulung dan satu-satunya gadis daripada dua adik lelaki, digambarkan guru sebagai pelajar bijak dan berkelakuan baik. Ibu bapanya masih sedih dan enggan untuk ditemubual.

Bendahari Pas Pusat Menang Kes Saman Terhadap Polis

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.

Dr Hatta, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.

Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.

Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.Hrkh

Video : Krisis Mesir,Hantu Penunggang Kuda Dekat Dataran Tahrir




SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Salam..terpulang kepada budi bicara masing masing untuk percaya atau tidak kebenaran imej diatas.Dalam dunia serba moden ini macam macam boleh berlaku.Mungkinkah imej diatas sengaja direka pihak tertentu untuk mensensasikan berita ini.

Atau mungkin juga imej tersebut ada kebenarannya kerana dalam islam sendiri pun memang mengakui akan keujudan makhluk halus.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....