Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 April 2011

Sidang Media DS Anwar : Wartawan Sarawak Tegur Sikap Pemberita 8TV

Sidang akhbar Anwar mengenai prospek kemenangan PR di Sarawak diganggu soalan tak masuk akal

KUCHING: Gelagat seorang pemberita wanita( gambar kiri ) dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?

“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.Keadilandaily

Polis Siasat Kandungan Telefon Bimbit Sarbani

KUALA LUMPUR 10 APRIL : Kandungan maklumat dalam telefon bimbit penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Rabu lalu, kini dalam siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbani antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian.

"Unit Forensik akan mencari bukti-bukti penting bagi melengkapkan laporan tersebut termasuk dari telefon bimbit, CCTV mahupun di tempat kejadian,"katanya.

Menurut Ku Chin Wah, akan ada petunjuk baru setiap hari, namun ia tidak boleh didedahkan kerana boleh menganggu siasatan.

Katanya, sejak kes itu dilaporkan, pihaknya telah menjalankan sisatan terperinci serta memanggil beberapa individu baru untuk diambil keteranganya bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan.TVS

Tipu PM : Sultan Selangor ' Gantung ' Gelaran Datuk Bekas Menteri

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy( gambar ) sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya.
Istana Selangor turut menarik semula gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara pada 29 Oktober tahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tuduhan yang dihadapi oleh Kong Choy adalah berat kerana ia melibatkan kepentingan awam dan negara.
Gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Kong Choy akan ditarik balik sekiranya beliau didapati bersalah atau sebaliknya.
Kong Choy dikurniakan gelaran tersebut daripada Sultan Selangor pada 2003.
Pada 28 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.
Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Lagu Lama BN Di Sarawak Makin Sumbang Pada Telinga Pengundi

SHAH ALAM 10 APRIL : “Apa yang pembangkang boleh buat? Mereka hanya bercakap tetapi hanya kita boleh lakukan,” itulah lebih kurang tema yang dibawa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan pemimpin BN yang lain ke seluruh pelosok Sarawak untuk pilihanraya negeri ke- 10.

Namun masa sudah berubah, slogan seumpama itu menjadi usang kali ini kerana BN Sarawak berdepan dengan Pakatan Rakyat yang mentadbir dua daripada negeri paling maju di Malaysia - Selangor dan Pulau Pinang.

Dan biar apapun yang cuba digambarkan oleh media arus perdana, hakikatnya ialah, pembangkang kali ini mempunyai rekod cemerlang mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sebagai tonggak ekonomi negara di samping melaksanakan program-program membela golongan terpinggir.

Oleh kerana itu, mesej yang cuba dibawa sekali lagi oleh Taib dan BN bahawa pembangkang kononnya tidak layak menguruskan Sarawak agak hambar dan menerima sambutan dingin kali ini.

Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kuching, Sibu dan kawasan bandar lain serta di rumah-rumah panjang adalah untuk membawa mesej yang tegas dan lantang bahawa Pakatan Rakyat mempunyai kebolehan dan kewibawaan untuk mentadbir secara telus dan dinamis.

Sejak penamaan calon Rabu lalu, Taib dan menteri-menterinya cuba meyakinkan pengundi bahawa masa depan mereka terletak dengan BN dan Pakatan tidak lebih daripada sebuah entiti pembangkang yang hanya boleh “membuat bising.”

Namun Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS tidak datang ke Sarawak kali ini dengan tangan kosong tetapi berbekalkan segala data (termasuk video) untuk membuktikan mereka adalah gabungan yang boleh mengotakan janji atau “walk the talk.”

Video : Taib Mahmud Buat Pembangunan Rupanya ' Ada Udang Sebalik Batu '




KOTA SAMARAHAN - Sekiranya Taib Mahmud membuat jalan raya dengan baik di sesuatu kawasan, yakinlah, ada sesuatu perkara yang akan diambilnya dari rakyat.

Demikian dimaklumankan oleg seorang penyokong Pakatan Rakyat dari kaum Iban, Munan anak Sigan, 47, yang tinggal di Kampung Merang Lama, dalam daerah mengundi Semarang, DUN Muara Tuang di sini, 9 April.

Beliau berkata demikian kerana sebatang jalan baru yang dibina oleh Ketua Menteri Sarawak palig lama itu sebenarnya bertujuan untuk mengambil tanah adat (NCR) kaum Iban dekat dengan kampungnya.

(Gambar - Kaum Iban penduduk di beberapa rumah panjang meyambut baik kehadiran PAS dlam kempen PRN Sarawak kali ini)

Rakannya, Che Bawi mendakwa, beribu-ribu hektar akan diambil oleh kerajaan BN Sarawak untuk dijadikan pelupusan sampah.

Menurutnya, Taib Mahmud hanya membayar wang pampasan sebanyak RM250 bagi setiap hektar tanah.

"Belah ini semuanya kena ambil ini, untuk dijadikan tempat buang sampah,"kata Che Bawi sambil menunjuk kawasan sekeliling rumah panjang Kampung Raeh.

"Tanah itu adalah tanah NCR tapi belum ada kepala (belum ada hak milik), dia bayar murah satu hektar baru RM250, (nilainya) tak sampai RM100 bagi satu ekar,"jelas Che Bawi yang juga bekas Ketua Pemuda PBB.

Che Bawi telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti komponen Baroisan Nasional itu kerana tindakan-tindakan zalim yang telah dilakukan oleh kerajaan BN Srawak keatas penduduk dan rakyat Sarawak.

Sehubungan itu, Munan yang telah bergiat aktif menentang Taib Mahmud sejak pilihanraya umum tahun 2008 adalah kerana menentang kerajaan Taib Mahmud yang tidak mempedulikan kehidupan rakyat, terutamanya kaum Iban disitu.

Menurutnya selain masalah tanah, Kampung Merang Lama dan Merang Baru tidak mempunyai bekalan air, walau ada paip air.

"Tiap-tiap bulan kena bayar bil air, tapi bukan air yang datang, cuma angin,"jelasnya.

Katanya, penduduk di dua kampung terbabit bergantung kepada air hujan dan dari anak air di lemabh kampung tersebut untuk kegunaan harian, makan minum, mandi serta mencuci pakaian.

Tinjauan Buletinonline yang mengikuti rombongan kempen Kontingen PAS Terengganu menerima aduan dari 20 orang kampung Betong Kanawit yang masih belum dinekalkan dengan elektrik.

Manakala lebih dari lima orang penduduk dari rumah panjang Kampung Terong, tidak boleh mengundi kerana mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Mereka tidak layak mendaftar sebagai pengundi kerana masih belum memiliki kad pengenalan.BO

Pilihanraya Sarawak : BN Tunjuk Samseng Ahli Pas Diserang !!! , Petugas Pas Dihalau Dan Diugut !!!

                 KES 1





Seorang Ahli PAS telah membuat laporan polis petang semalam selepas mendakwa diserang dan dipukul oleh penghulu kampung.
Abdul Rani yang juga anak jadi Kota Samarahan telah diserang semasa mengedar risalah kempen Parti PAS bersama 7 orang yang lain di Kg Pengkalan Kuap di dalam dun Muara Tuang. Penghulu Kg Kuap bernama Hj Seli Bin Hassan telah menerang dan mencekik leher Abdul Rani dan penghulu memberi amaran supaya keluar dari kampung dan tidak membenarkan Abdul Rani serta rakan-rakan berkempen di kawasana kampung tersebut.
 Beliau yang cedera di leher telah membuat laporan polis di Balai Polis IPD Kota Samarahan. 

KES 2


BN mula berlagak samseng pada kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Petugas PAS dari Johor dihalau 2 kali dari rumah yang mereka sewa. (Gambar kiri).

Seorang petugas PAS Johor, Hod Abu Siraj berkata BN Dun Tanjung Datu mula tergugat dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat apabila ceramah PAS mendapat sambutan yang hebat.

"Pada malam hari penamaan calon petugas Unit Peti Undi Kampung Tanah Hitam menganjurkan ceramah kelompak dirumah sewa petugas Johor."
"Ceramah yang disampaikan Dr Hata Ramli dan calon sendiri mendapat sambutan dari penduduk kampung, mereka ingin mendengar penerangan daripada pemimpin Pas." kata Hod
Hod berkata keesokan harinya azab bermula dimana petugas Johor dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beliau mendapat ugutan melampau daripada pihak tetentu membuatkan beliau terpaksa meminta kami berpindah pada petang itu juga.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....