Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 25 Ogos 2012

PAS serah Majlis Syura bincang isu Ust Nasha


KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Majlis Syura parti itu untuk membincangkan isu membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Memandangkan Nasharudin bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, maka isu berkaitan ahli parlimen Bachok itu tidak dibincangkan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu, petang ini.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Abdul Hadi berkata PAS menganggap Umno sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh daripada PAS.

"Mungkin Umno sudah kehilangan tokoh agama mereka hingga terpaksa menumpang tokoh daripada PAS. Kita anggap begitulah," tegas beliau dan disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Isu berkaitan Nasharudin itu timbul berkaitan tersebarnya gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Arab Saudi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan isu membabitkan Nasharudin tidak menjejaskan PAS memandangkan tiada sebarang aduan atau permintaan daripada akar umbi untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Nasharudin.

"PAS ada saluran tertentu. Ada peringkat cawangan, kawasan. Setakat hari ini, tidak ada sebarang aduan berkaitan beliau diterima. Jadi, PAS tidak terjejas dengan isu tersebut," tegas beliau lagi merujuk keataan Nasharudin yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP berkeras menolak hudud.Hrkh

Rakyat Diseru Turun Menuntut “Janji Demokrasi” Pada Ambang Kemerdekaan


SHAH ALAM, 24 OGOS: Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka bukan suatu demonstrasi jalanan.

Sebaliknya, ia adalah seruan kepada rakyat untuk menyertai sambutan ambang Hari Merdeka disamping mengingatkan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji bagi penambahbaikan sistem pilihanraya.

Ahli Jawatankuasa Kerja ‘Janji Demokrasi’, Maria Chin Abdullah berkata, rakyat Malaysia digesa supaya datang ke sambutan itu dengan pakaian kuning bagi menunjukkan solidariti dengan “Janji Demokrasi”.

“Kita hanya mahu menyertai sambutan malam kemerdekaan itu sahaja dengan membawa mesej yang ingin kita sampaikan,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Katanya, gabungan 47 NGO yang menyertai “Janji Demokrasi” turut membawa mesej menuntut keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk turun beramai-ramai berpakaian kuning sebagai tanda sokongan,” katanya.

Maria berkata nama inisiatif “Janji Demokrasi’ ditukar daripada “Janji Bersih” kerana bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 iaitu ‘Janji Ditepati’.

Penukaran nama itu juga kerana “Janji Demokrasi” tidak mahu dikaitkan dengan gabungan NGO di dalam gerakan BERSIH walaupun sebahagiannya merupakan anggota gabungan gerakan itu.

Beliau turut mengulas mengenai ancaman daripada kumpulan anti-BERSIH iaitu Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang sebelum ini mengugut untuk bertindak agresif terhadap perhimpunan “Janji Demokrasi”.

“Jika mereka hendak berdemonstrasi, biarkan lah mereka, polis akan sentiasa memantau keadaan.

“Saya berharap polis dapat bertindak bagi mengawal keamanan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya lagi.TVS

Hudud : Respon Tok Guru Nik Aziz Terhadap Kenyataan Dr Asri


Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini.

Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Barangkali kenyataan beliau dipetik separuh atau sebahagian kecil, wallahualam. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran.

Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan.

Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.

Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini,.

Ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman.

Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad.

Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Hudud : Umno timbulkan salah faham, bukan Pas


SHAH ALAM – Pas tidak memberi gambaran salah mengenai hukum hudud, sebaliknya Umno yang lama berbuat demikian, tegas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, tindakan Umno melalui surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kerajaan Kelantan menimbulkan kekeliruan dan impaknya salah faham dalam kalangan orang bukan Islam.

Katanya, tafsiran yang salah mengenai hudud juga timbul daripada kalangan pemimpin Umno yang menolak hukum Islam tersebut dilaksanakan dengan membayangkan pelbagai perkara tidak masuk akal.

“Pihak yang menimbulkan kekeliruan mengenai hudud bukannya Pas, tetapi pemimpin Umno. Mereka memainkan sentimen hukuman potong tangan sekiranya hudud dilaksanakan, sedangkan banyak pertimbangan yang perlu diambil kira.

“Ia akhirnya membawa kepada pandangan dan komen negatif rakyat bahawa hudud yang ingin Pas laksanakan itu hanyalah potong tangan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, Pas sentiasa memberikan penjelasan mengenai hudud dalam ceramah dan forum sebagai usaha memberi pendidikan dan penjelasan khususnya kepada bukan Islam.

“Saya sendiri pernah mengeluarkan buku mengenai hudud, iaitu Hudud dan Perundangan Islam. Dalam kalangan pemimpin Pas juga ramai yang berbuat demikian.

“Ini adalah antara usaha kami menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hudud,” katanya.

Jelasnya, yang menjadi persoalan bukanlah orang bukan Islam yang menolak hudud, sebaliknya orang Islam sendiri menentang hudud, yang seharusnya mempertahankan hudud.

Peranan Pas dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan Pas.

Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian, kelmarin, berkata, Pas sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan sehingga mengelirukan dalam kalangan orang bukan Islam.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....