Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Oktober 2010

Video : Kecoh !!! Sidang Akhbar Rahimi Dihentikan Kerana Gangguan Penyokong Anwar


Rahimi Osman (dua dari kanan) ketika muncul pada sidang media di Klang hari ini. – Gambar oleh Choo Choy May

KLANG: Sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan selepas diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja bermula.

Semasa para wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan oleh Muhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira pada pukul 4.05 petang tadi, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali.

Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan daripadanya.

Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang akhbar itu pada pukul 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada 30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu.

Pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran itu untuk mengawal keadaan.

Sementara itu, di luar restoran pembantu khas kepada Anwar mengenai kaum India Suresh Kumar berkata tindakan Muhamad Rahimi itu akan meningkatkan lagi tekanan kepada kes Anwar.

Bila ditanya kehadiran beliau pada hari ini sebagai penyokong Anwar, beliau berkata:"Sudah tentu, saya mahu lindungi Datuk Seri (Anwar), kami kenal Rahimi, saya kenal baik Rahimi dan (Mohd) Saiful."Dia mendakwa Muhammad Rahimi mempunyai hubungan istimewa dengan Mohd Saiful.

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa tandatangan akuan sumpah kaitkan PM, Rosmah BACA DISINI

Maki Hamun Tok Guru Gilo : Pas Besut Buat Laporan Polis

YDP Pas Kawasan Besut Ust W Azhar W Ahman dan Ketua Pemuda Pas Besut Ust Zulkifli Kadir menunjukkan salinan laporan Polis yang dibuat
Antara yang mengiringi YDP Kawasan Besut membuat laporan Polis

BESUT
- Tempoh 24 jam telah tamat dan Umno Besut gagal membuat sebarang permohonan maaf kepada Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar negeri Kelantan.

Ekoran ceramah yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Besut bertajuk DAP Anti Islam pada 1 Oktober, yang bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah', PAS Kawasan Besut hari ini telah membuat satu laporan polis.Imbang Penuh

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar semalam telah memberi kata dua kepada Umno Bahagian Besut, minta maaf atas keceluparan penceramah undangan yang menghina Mursyidul Am PAS sebagai 'Tok Guru Gilo' atau menghadapi sebarang tindakan undang-undang.

Justeru hari ini 6 Oktober, Wan Azhar (Gambar - berbaju kuning) sendiri telah membuat laporan polis di balai polis daerah Besut pada jam 11.30 pagi.

"Ada kecenderungan yang sangat merbahaya, berbaur perkauman yang mampu mengheret masyarakat kepada perbalahan yang serius berasaskan tuduhan melulu tanpa asas kukuh dan bukti yang benar,"jelas Wan Azhar dalam laporan yang dikemukakan merujuk kepada perlakuan penceramah undangan Umno Besut, Abdullah Saamah.

Terkini : Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi Dun Galas


PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 4 November ini.
Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.
Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.
“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Che Hashim Sulaima pada 27 September lalu.
“Kita telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.
“Dengan ini saya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Galas akan diadakan pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula pada 4 November (Khamis),” katanya ketika sidang media di pejabat SPR.
Beliau berkata SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
“Sebanyak 11 buah sekolah, satu balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan satu dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 25 saluran tempat mengundi.
“Seramai 323 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini,” katanya.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim dari PAS akibat barah usus, Isnin minggu lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.
DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
SPR telah melantik Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid sebagai pegawai pengurus pilihan raya manakala penolong pegawai pengurus pula terdiri daripada Mohammad Yusoff Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang), Mohd Helmi Mat Zin (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Hasnul Hariz Abd Llah (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Tok Guru Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura

SINGAPURA, 6 Okt:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.
Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.
Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.
Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.
Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....