Kenyataan permohonan maaf dari Novandri

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Dr
Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010
lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid
Bishop Samad'.
(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut
supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid
memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah
dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid
Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili
Dr Novandri.Hrkh