Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 Mei 2011

Senarai Penuh Calon Layak Bertanding Dewan Pemuda/Muslimat PAS Pusat Sesi 2011-2013

Jawatan Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat mungkin ditandingi pada pemilihan kali ini berikutan ada beberapa pencalonan kedua-dua jawatan itu.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain Ustaz Nasrudin Hassan, turut dicalonkan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, ketua penerangan, Suhaizan Kaiyat dan exco, Firdaus Jaafar.
Sementara jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, selain Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut dicalonkan ialah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusof, serta dua ajk muslimat PAS Pusat Dr. Siti Mariah dan Dr. Asiah Ali.
Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Bagaimanapun kelputusan muktamad calon yang bertanding akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran.
Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

Tuan Guru Hj Hadi Awang Kekal Presiden Pas Tanpa Dicabar

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua kawasan mengadakan mesyuratnya.

Semua kawasan diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan.

Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu.

Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan.

“Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya,” kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama.

Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu.

Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang.

Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi.

Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan.TMI

PM Malaysia Kristian Bila Presiden UMNO Kristian

Oleh: ruhan

"Ramai orang beranggapan bahawa usaha Utuseks Meloya memainkan isu kristian ganti Islam hanya untuk menjatuhkan imej DAP dan PAS yang didakwa bersekongkol dengannya. Tanpa melihat kepada faktor-faktor lain yang menyelubunginya, memang itulah sangkaan kita. Utuseks sememangnya sudah dimakan sumpah laknat. Kebodohan mereka terserlah dengan isu ini. Mereka sebenarnya menikam tuan sendiri dari belakang. Mungkin mereka tidak sedar tetapi itulah hakikatnya.

Pelbagai pihak telah menyatakan bahawa tidak ada kemungkinan langsung untuk Kristian menjadi agama rasmi Malaysia bagi menggantikan Islam dan seorang yang beragama Islam menjadi PM Malaysia. Alasannya ialah jumlah penganutnya agak kecil dan kerusi penganut Kristian di Parlimen Malaysia juga sangat kecil. Di samping itu, tidak payahlah kita berdebat tentang kesahihan dakwaan itu kerana semuanya bisa diatur. Lagi pun UMNO sudah mahir dengan tipu-menipu ini - dulu, kini, dan selama-lamanya.

Namun demikian, peringatan itu sebenarnya dikenenkan oleh Utuseks kepada UMNO. Pada masa ini parti itu mempunyai ahli-ahli yang beragama Kristian. Kesemua mereka berasal dari Sabah. Kita perlu sedar bahawa jumlahnya semakin hari semakin besar kerana pembawaan masuk ahli-ahli UMNO yang beragama Kristian dipergiatkan secara bersungguh-sungguh. Tidak mungkinkah bahagian UMNO yang berketuakan penganut Kristian akan menjadi lebih daripada satu seperti sekarang ini? Anda tentu boleh menjawabnya.

Jika demikian halnya, dengan strategi yang mapan dan sokongan badan Kristian antarabangsa, mungkin lima tahun lagi UMNO akan mempunyai seorang presiden yang beragama Kristian. Pada masa itulah PM Malaysia yang beragama Kristian akan terlantik. Semua pemimpin Sabah yang beragama Kristian dalam parti-parti seperti PBS, UPKO, LDP, SAPP, dan sebagainya akan menganggotai UMNO. Jangan sekali-kali perlekehkan andaian ini.

UMNO dan PERKASA perlu menghalusi kemungkinan ini. Merekalah yang menjadi punca kepada kebenaran dakwaan Utuseks itu jika UMNO/BN terus memerintah. Mampukah mereka menghalangnya? Kesemuanya terserah kepada pemimpin Melayu-Islam dalam UMNO. Lancarkanlah jihad ke arah menangkis realiti itu. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....