Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 21 Ogos 2012

PRU 13 : Salahuddin Ayub Bertanding di Pulai ?


JOHOR BAHRU – Teka-teki berhubung kerusi yang akan ditandingi YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS seakan terjawab apabila Pengerusi PKR Johor, Dato` Chua Jui Meng membayangkan Parlimen Pulai merupakan pilihan ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau dilaporkan berkata menerusi petikan berita akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini,bahawa pihaknya percaya kawan lamanya daripada PAS YB Salahuddin Ayub akan bertanding di kawasan penyandangnya yang bernama Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Beliau berkata begitu semasa jamuan makan malam diadakan oleh Keadilan Pulai hari itu. Beliau juga secara khusus “mempromosikan” Timbalan Setiausaha Agong PKR Steven Choong. Steven Choong adalah seorang Forensic Accountant dan memang dipercayai oleh Anwar.

Oleh demikian Steven Choong diberi jawatan yang sungguh penting dan sudah dianggap salah satu calon pada PRU akan datang.

“Dato’ Chua juga berkata selepas PR memegang kerajaan, memanglah kita perlu banyak lagi Forensic Accountant untuk siasat kewangan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Sementara itu, PAS YB Salahuddin berkata jikalau PR berjaya menang di Johor, kedudukan kaum Cina dan semua orang akan dijanji adil.

Beliau juga berkata, dulu memang susah bagi kaum Cina pilih pembangkang, tetapi suasana sekarang sudah ubah, dan Johor/Sarawak/Sabah tidak dianggap sebagai Deposit Tetap BN lagi,” lapor akhbar itu yang dipetik melalui facebook Keadilan Johor.

Melayu Masih Lagi Berkuasa Bila Umno Tumbang

PUCHONG 21 AUG : Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.

Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.

Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.“Kalau betul melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

“Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah,” katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.TVS

Perpaduan bersama Umno buang masa

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno.

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja.

Tetapi katanya, Umno sampai sekarang masih menganggap mereka adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan.

"Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu.

"Umno sering mendakwa penubuhan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. Padahal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno," katanya.

Hudud : Amaran keras MCA,di mana suara ulama Umno

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

“Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....