Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Julai 2009

Majlis Jamuan Bulanan dan Usrah Mingguan PAS Beris Pak Abu.

Generasi pelapis PAS Beris Pak Abu,melentur buluh biar dari rebungnya

Sepakat membawa berkat
Persaudaraan dalam perjuangan,manisnya tak terkata
Abe baju biru tu nampak ngantuk je,sabar bang kekgi kita makan
Perbincangan demi kemantapan Cawangan
Cik kak yang setia menunggu usrah kami berakhir. Terima kasih daun keladi,bulan depan jumpa lagi.
Adik adik yang bakal meneruskan perjuangan kami
Makan time,sesi yang di tunggu tunggu he..he...
Pertama dari kanan,antara pengasas PAS Ranting Beris Pak Abu(di tubuhkan pertengahan 1960an) yang masih hidup.Nama Madrasah ini di beri sempena nama beliau.

Minggu ini usrah kami di teruskan di Madrasah Hj Husin sempena jamuan bulanan PAS Beris Pak Abu.Naqib kami tidak dapat hadir,maklumlah kempen PRK Manek Urai sedang rancak berjalan. Begitu juga Kuliah maghrib yang beliau sampaikan terpaksa dibatalkan.Majlis jamuan bulan ini nampaknya kurang meriah dengan kehadiran yang berkurangan dari selalu.Tapi majlis ini diteruskan juga seperti biasa demi kemantapan perjuangan cawangan kami.

Sebelum usrah dimulakan kami beramai ramai bersembahyang hajat memohon kemenangan Pas di PRK Manek Urai.Usrah kami tertumpu pada perbincangan tentang projek batu bata kami yang baru dimulakan.Harapan kami semoga projek ini berjaya,seterusnya memantapkan lagi kewangan cawangan kami insyaallah.
SEKIAN DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Kes MB Perak,Datuk Sri Nizar dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan.


Perebutan jawatan menteri besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry, dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lepas, lapor Bernama.

"Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin," kata Alauddin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Nizar, S Ambiga, memberitahu mahkamah bahawa peguam utama, Sulaiman Abdullah, tidak sihat dan tidak hadir pada prosiding hari ini.

Tiga persoalan


Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, kemudian mengemukakan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi itu:

1. Sama ada di bawah Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar Perak kemungkinan atau telah dikosongkan,

2. Sama ada Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar Perak telah dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengenai resolusi kepercayaan atau sebaliknya,

3. Sekiranya menteri besar enggan meletakkan jawatannya, sama ada mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, seorang menteri besar mungkin dipecat daripada pejabat atau jawatan Menteri Besar dianggap kosong atau telah dikosongkan.

Ambiga kemudian meminta mahkamah bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Setelah responden (Zambry) dilantik pada 6 Februari 2009 sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei, 2009, dalam masa tiga bulan, responden dan kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak," kata Ambiga sambil membaca afidavit yang diikrarkan oleh Nizar.

Baca afidavit

Antara tindakan tersebut ialah:

* Responden telah gagal atau enggan melaksanakan program-program kebajikan yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri seperti tabung kifalah, tabung khas kebajikan rakyat, peningkatan kadar bantuan bulanan kepada keluarga miskin dan tabung pinjaman perniagaan kecil.

* Menamatkan perkhidmatan ketua-ketua kampung seluruh Perak dan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung

* Menukar senarai dan menamatkan perkhidmatan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

* Melengahkan projek perkhidmatan bas bersepadu Ipoh Sentral

* Melelong kereta Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Kami membantah penangguhan keputusan. Jika penangguhan dibenarkan, mahkamah yang dihormati ini akan campur tangan dalam kuasa eksekutif menteri besar sedangkan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian," hujah peguam yang mewakili Dr Zambry, Datuk Cecil Abraham.

Mohon perintah penangguhan


"Permohonan penangguhan ini adalah tidak betul. Dasarnya mungkin betul atau salah, terserah kepada ahli politik itu

"Jika penangguhan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi akan dikekalkan semula dan perayu akan menjadi menteri besar. Ini adalah perkara yang mahkamah tidak patut lakukan," kata Abraham dan menambah kata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mempercepatkan perbicaraan kes itu.

Abdul Gani, selaku pencelah, turut mengambil pendirian sama dan membantah permohonan itu.

Ambiga menjawab: "Perintah sementara itu perlu diberikan untuk menghalang prejudis terhadap perayu. Sesetengah dasar itu tidak boleh diubah.

"Semua keputusan yang dibuat perayu dan anggota Exconya perlu diteruskan demi kepentingan rakyat di Perak.

"Responden telah memohon bagi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka kini tidak boleh kata yang kami tidak boleh buat perkara yang sama," katanya.

Pada 13 Feb, tahun ini, Mohammad Nizar memulakan tindakan undang-undang bagi memohon diisytiharkan yang beliau adalah menteri besar yang sah dan injunksi untuk melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugasnya.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.Malaysiakini

KETIADAAN UST NASA SEMASA PENAMAAN CALON PRK MANEK URAI TERJAWAB.

UST NASA DI HOSPITAL SERDANG
Pagi tadi Ust Nasa telah dimasukkan ke hospital Serdang kerana masaalah pendarahan usus kecil.
Perkembangan ini sekaligus melenyapkan spekulasi pihak2 tertentu berlaku masaalah antara beliau dan Tuan Guru Mursyidul Am berikutan isu UG.Sesungguhnya Umno sentiasa mahu melihat perpecahan berlaku dalam PAS demi survival politik mereka.Tapi percayalah impian mereka umpama mimpi di siang hari.Ahli ahli PAS yang sememangnya sentiasa ditarbiah oleh pimpinan,akan sentiasa memelihara perpaduan dalam parti terutama diperingkat bawah.Walau apa cara sekalipun mereka lakukan kita tidak akan terpedaya dengan tipu helah mereka.Bahkan ia menguatkan lagi usaha kita memperkuatkan parti yang kita sayangi ini PARTI ISLAM SEMALAYSIA.Bujur lalu melintang patah,genggam bara api biar sampai jadi arang,alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Tunggulah hai Mat Najib,bala tentera Pemuda kami akan merobek robekkan setiap kubu kamu dan seterusnya Parti Islam kami akan memenangi PRU ke 13 nanti .Insyaallah,tunggulah akan kami humban parti kamu ke Laut China Selatan biar dimakan oleh Yu yang yang ganas hingga parti kamu berkubur tanpa nisan,tunggulah hai Mat Najib tunggu,masanya akan tiba nanti.Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama mereka yang sabar.

Marilah sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan Ust Nasa semoga beliau cepat sembuh dan kembali merancang perjalanan parti kita bersama lain2 pimpinan dalam memertabatkan Islam dibumi yang kita cintai ini.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

PESANAN TOK GURU NIK AZIZ BUAT PENGUNDI MANEK URAI


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....