Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 April 2011

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman


KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Betapa Cemasnya BN Hadapi Pilihanraya Sarawak




KUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Analisis Zentrum : BN,Taib Mahmud Diramal Tumbang PR Menang 31 Kerusi Dun Sarawak

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.
Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.
Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.
Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.
Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum.
Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.
Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Pilihanraya Sarawak : Taufan Wan Mokhtar 1999 kini landa Taib Mahmud


KUCHING, 14 April: AGAM, sama usia dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau tinggal di Kampung Batu Boya. Anehnya Agam seperti menyesal tidak sudah kebelakangan ini. Tanahnya seluas seekar sudah terlepas ke tangan pemaju.

Kini dia hanya ada tapak rumah sahaja. Namun apa yang dimusykilnya sehingga ke hari ini tanah itu dibayar hanya RM25,000, sedangkan kenalannya Uncle Lim, mendapat hampir RM1 juta.

Tanah Lim juga diambil pemaju. Keluasannya serupa. Agam sedih mengenangkan nasib keluarganya. Hari ini barulah dia tahu tanah kenalannya ada ’land title’. Agam hanya mengaru kepalanya yang semakin licin.
(Gambar kanan: Doa untuk kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak)
Tanah seekar itu diwarisi sejak turun temurun. Biar pun tanah itu hak milik keluargannya tetapi tiada ’land title’.

Rupa-rupanya bukan hanya Agam yang mengalami nasib begitu, sebaliknya ramai lagi penduduk peribumi termasuk Iban, Bidayuh dan Melayu-Melanau. Lebih-lebih lagi Orang Ulu yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak.

Malang sungguh bagi Agam kerana Taib yang acap kali ditonton di televisyen sekarang sudah kaya raya. Taib, 75 juga ada isteri muda lagi cantik pula.
Taib menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Yaakob.

Selepas mengangkat sumpah, Taib menubuh lembaga yang dinamakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (Pelita). Ketua Menteri menjadi pengerusinya. Beliau juga bertindak sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber.

Sesiapa sahaja yang menerajui jawatankuasa tersebut dikatakan mempunyai kuasa ’ajaib’ bagi mengagihkan tanah kepada sesiapa sahaja.

Berlapik atas nama pembangunan tanah-tanah tradisi penduduk asal hari ini semakin berkurang sedikit demi sedikit. Lebih malang lagi adapenduduk mendakwa tanah tradisi mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan.

Ramai juga penduduk tidak menyedari tanah adat Bumiputera (NCR) mereka telah disukat orang lain.

Di Batu Boya, Samarahan ramai orang seperti Agam dirundung nasib malang. Namun saban hari Taib menjaja melalui media harian kehidupan rakyat sudah jauh terbela sekarang.

Gambar : Ceramah PR Terus Dapat Sambutan Luarbiasa Rakyat Sarawak


Masih ada kurang daripada 72 jam untuk Rakyat Sarawak menentukan harapan negeri mereka, ceramah Pakatan Rakyat di bandar-bandar besar terus membara...

Selain daripada itu, derma kepada Pakatan Rakyat terus meningkat setiap hari. Kebiasaannya derma boleh ditafsirkan sebagai sokongan kepada Pakatan Rakyat. Lebih tinggi kutipan derma Pakatan Rakyat maka peluang untuk menang menjadi semakin cerah.





Gambar ini diambil daripada twitter pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurut mereka bilangan penduduk yang datang telah mencecah hampir 10,000 orang!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....