Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 9 Mac 2014

Video : Pelajar Terlepas Penerbangan Pesawat MH370 Kongsi Pengalaman




KUALA LUMPUR: Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun  calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu ‘terlepas’ penerbangan MH370 ke Beijing.

"Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir.

"Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu,” kata Jessica.Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya.

Foto Tumpahan Minyak Disyaki Milik Pesawat MAS MH 370

 Foto BERNAMA

 Kesan tumpahan minyak dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali,Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan.Pesawat MH370 bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu.

Penemuan dibuat sebuah pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira kira 20 batu nautika di selatan, lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang menyertai operasi tersebut berkata, pasukannya menemui dua atau tiga tompok sepanjang 10 batu dan berwarna kekuningan kira-kira 11 pagi Ahad.

"Sebuah kapal telah dihantar ke lokasi tumpahan minyak itu untuk mengambil sampel supaya kita boleh mengenal pasti sama ada minyak tersebut adalah minyak dari pesawat tersebut," katanya.Mstar

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

Wan Azizah Calon PRK Kajang

 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

KAJANG: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini. 

Pengumuman berhubung pemilihan Azizah dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Bilik Gerakan Umum PKR, Bangunan Mat Saman, dekat sini, sebentar tadi.

Keputusan itu, ujar Anwar telah mendapat muafakat pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

"Mahkamah Rayuan diperalat oleh Umno untuk halang saya jadi calon maka Pakatan Rakyat telah memutuskan Wan Azizah menjadi calon Kajang," kata Anwar.

Sementara itu Wan Azizah dengan hati terbuka menerima  keputusan  itu dan menyifatkan ianya bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia.

"Saya akan bawa suara rakyat dan ajak bersama-sama saya untuk menolak Umno-BN. Marilah kita bersama-sama jangan tunduk dan kita teruskan perjuangan," kata Wan Azizah.

Malah katanya, inilah waktu yang terbaik untuk bersama-sama mengangkat keadilan bagi rakyat negara ini.

Foto2 Berkaitan Kehilangan Pesawat MAS MH 370

Berikut himpunan foto2 berkaitan kehilangan Pesawat MAS MH 370 yang disiarklan media antarabangsa dan tempatan ~ Tinta Hijau DKB





Dua Individu Menyamar Disyaki Menaiki Pesawat MAS Yang Hilang


PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370.Mstar.

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....