Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 November 2013

PRK Sungai Limau: Blogger Umno 'belasah' Khairy

KUALA LUMPUR: Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno.

Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu.

Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa?

"Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisan Alahai Si Luncai dipetik.

Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu".

"Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP.

"Bila pemilehan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan?

"Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calun?

"Bila jawatan sebagai Menteri, Pengerusi Agensi dan GLC, Setiausaha-setiausaha dan pegawai khas Menteri dan lain-lain ... hampir semua jantan belaka!

"Tapi bila berkempen dan meraih undi, berperang dengan kumpulan provokasi pembangkang, perempuan yang berhempas pulas. Kenapa?

Pas Bantah Kenyataan Karpal Singh

PAS secara rasmi membantah cadangan Karpal Singh supaya parti berasaskan agama dan kaum dimansuhkan dan menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Karpal dilihat memberikan masalah kepada Pakatan Rakyat, khasnya PAS.

Sebelum ini, kenyataan Karpal yang berkata, "langkah mayat saya dulu sebelum hudud dilaksanakan" dijadikan senjata oleh musuh Pakatan Rakyat untuk menyerang PAS dan rakan-rakannya.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar),  berkata PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal untuk memahami perjuangan PAS.

"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta Karpal menilai sendiri keupayaan PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008 daripada segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan,” katanya.Katanya, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

"Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak Barisan Nasional dan mulai yakin dengan kepimpinan PR," katanya.

Beliau berkata, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini dan kenyataan seumpama merugikan DAP secara am. – 6 November, 2013.TMI

Terbaik !!! Dialog Antara Hakim Dan Presiden Morsi Di Mahkamah


KEBIJAKSANAAN PRESIDEN MORSI

Dialog hakim dan Dr Morsi di Mahkamah.

Hakim : Kenapa kamu tidak memakai pakaian penjara?!

Morsi : Aku dipenjara ke?

Hakim : Ya, kamu kan dipenjara!

Morsi : Baik, kamu tahu saya dipenjarakan dimana?

Hakim : Persidangan ditangguhkan.

*Mereka terperangkap dengan soalan yang hampir membongkarkan lokasi rahsia Presiden Morsi disembunyikan selama ini.

Sumber : نبض النهضة
#mesirkini
#R4BIA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....