Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Demo ISA-Keganasan Polis


Mengasari walaupun mereka (polis) tidak dikasari..


Tidakberperikemanusiaan..menghala pancutan air walaupun tahu 'mangsa' terhimpit ke pagar yg membolehkan mangsa terjatuh kebawah..


Bertindak ganas setelah mendapat 'arahan'..


Wajah polis Malaysia..'Polis Raja Di Malaysia'..


Ditembak gas pemedih mata ketika orang ramai baru selesai menunaikan solat berjemaah..


dikepung bagaikan penjenayah..


Disepak perut, dihentak dan dilanyak beramai2..(ada video)


Seorang orang awam terjatuh ketika cuba selamatkan diri dari gas pemedih mata..


Ditolak dan dibelasah walaupun tidak melawan..


Seorang kanak2 pengsan akibat terhidu bau gas pemedih mata..


Peniaga mengalami kerugian akibat tindakan ganas polis..(bakas air tersebut pecah akibat terkena peluru gas pemedih mata)..

VIDEO

orang awam/peniaga marah polis..(barang perniagaan rosak akibat disembur water conan)


polis bertindak kasar terhadap orang awam..


tindakan ganas/kasar Polis di Malaysia


Sumber:http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Zamri lawan Nizar: Permatang Pasir milik Pas-Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi mahukan PAS meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir sekali lagi.

Menurut beliau kawasan Dun Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS semenjak ia diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman setelah berjaya merampasnya dari tangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999 yang lalu.



Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis kenduri salah seorang penduduk dalam Parlimen Permatang Pauh.

Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia Jumaat lepas ketika menerima rawatan jantung di Intitut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham Hamdan adalah Adun tunggal PAS di Pulau Pinang dan telah memenangi kawasan itu sejak tahun 1999 lagi.

Sehingga kini, dua nama disebut untuk gantikan Hamdan iaitu AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

"Secara peribadinya laluan diberikan kepada PAS untuk bertanding dikawasan itu. Dun Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Oleh itu saya menghormati kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahlinya di Permatang Pasir sejak ia diwakili oleh Allahyarham selama ini," kata Anwar mengulas isu ini.

Anwar juga berkata, cadangan beberapa pemimpin PKR supaya parti itu diberi peluang untuk bertanding di Dun Permatang Pasir akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti memandangkan cadangan sudah dikemukakan kepada parti sebelum dirujuk kepada Pakatan Rakyat untuk pertimbangan.

"Pandangan dan cadangan akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai menghormati permintaan mereka. Namun begitu kita memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan tetapi keputusannya adalah terletak pada persetujuan yang dicapai antara Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau lagi faktor calon adalah perkara penting dalam memastikan kejayaan dalam pilihan raya.

Oleh kerana itu maka semua pihak perlu menerima siapa sahaja yang akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir yang akan datang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi di Parlimen Permatang Pauh termasuklah kawasan Dun Permatang Pasir ini sudah bijak dan dapat menilai serta membezakan apa yang telah berlaku dalam negara setakat ini. Mereka dapat menentukan siapa calon yang boleh bekerja untuk rakyat dan sebaliknya.

Zamri lawan Nizar: Pro ISA menipu???

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi."Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum," katanya.Jelas Wan Abdul Bari, apabila Khairul cuba untuk melepasi sekatan jalan yang dikenakan, beliau telah dibawa ke pusat subtaktikal berhampiran dan maklumat peribadinya diambil.Katanya lagi, Khairul telah dilepaskan kemudian kerana beliau tidak memperlihatkan sebarang ciri-ciri mengancam keselamatan.Kelmarin kumpulan pro-ISA berkata pihaknya bangga kerana berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui pintu masuk belakang.Kumpulan anti-ISA walaupun dikatakan berjaya mengumpulkan 20,000 peserta dalam perhimpunan di ibu negara, juga kelmarin tetapi gagal menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.Perhimpunan dianjurkan kumpulan pro dan anti-ISA tidak mendapat permit polis dan ia berakhir dengan tindakan pencegahan termasuk dilepaskan gas pemedih mata dan air kimia.
Sumber:MstarOnline

Zamri lawan Nizar: ISA hina martabat manusia-Tok Guru



KUALA LUMPUR -Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghina martabat manusia di muka bumi ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, manusia merupakan makhluk terbaik ciptaan Ilahi dan penggunaan ISA tidak ubah seperti ‘melayan haiwan’ yang boleh diperlakukan pelbagai cara oleh manusia.

“Penggunaan ISA, bukan manusia melayan seperti manusia, (tetapi) ia seperti haiwan yang (boleh) dipukul dan diperlakukan dengan pelbagai cara,” katanya ketika ditemui selepas hadir di Kelantan Delight, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perarakan yang dilakukan oleh penyokong Gabungan Man�suhkan ISA (GMI) yang diadakan di beberapa lokasi di ibu negara semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ISA tidak seharusnya dipinda seperti mana yang dinyatakan oleh pimpinan BN, sebaliknya harus dihapuskan dan diganti dengan penambahbaikan undang-undang jenayah.

“(Jika) Nak pinda, ertinya ISA masih ada dan menteri masih lagi berkuasa daripada undang-undang, kuasa menteri lebih, itu tidak betul, menteri juga terletak di bawah Allah, tidak boleh,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku kini, undang-undang di negara ini hanya berkuat kuasa kepada rakyat sebaliknya ia tidak diperuntukkan kepada menteri yang melakukan kesalahan.

Mengulas mengenai kenyataan pimpinan UMNO yang menyuarakan keyakinan tinggi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Nik Aziz berharap parti tersebut tewas dalam pilihan raya itu.

“Saya harap UMNO tidak akan naik (kembali) sampai bila- bila, tidak perlu ada UMNO tetapi jika tidak ada Pas tidak boleh. Kalau orang UMNO masuk Pas lagi baik, selagi ada UMNO selagi itu tindakan karut berlaku.

“Di Manek Urai, undi (Pas) turun sebab duit, orang kampung kelabu mata. Jika tidak ada duit UMNO tidak akan wujud di muka dunia ini,” katanya. Sinar Harian.

Zamri lawan Nizar: Pas wajar sedari kekuatan sendiri




SEBAHAGIAN besar perserta himpunan dan perarakan rakyat membantah ISA mungkin sudah selamat sampai di rumah masing-masing. Masing-masing balik membawa cerita dan kenangan tersendiri. Yang terkena semburan, dipukul polis merasa seronok dan megah bercerita dengan kawan-kawan.Bengkak dan luka dijadikan bukti perjuangan untuk mendapat keadilan. Darah yang mengalir di medan himpunan akan menjadi saksi di Mahsyar besok! Dan mereka ini akan datang lagi bagaikan burung hereng untuk meratah bangkai kezaliman disediakan UBN.
Himpunan itu sudah berakhir. Natijahnya, 589 orang ditangkap. Dari jumlah itu sebanyak 40 orang wanita. Seramai 44 orang remaja bawah umur. Manakala tujuh pelajar IPTA turut sama digiring. Nampaknya angka mereka yang berani dan sanggup ditangkap polis meningkat berbanding siri-siri tunjuk perasaan yang lalu. Syabas!Apakah ini menunjukan kejayaan Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri yang berjaya menjadikan polis lebih berani, lebih zalim dan lebih tidak bertimbang rasa?Dengan penangkapan remaja bawah umur dan pelajar IPTA menunjukkan semangat rakyat untuk menumbangkan UBN sudah melata ke akar umbi. Ia tidak boleh dihalang dan disekat dengan ancaman dan kata-kata lagi. Kesediaan mereka menanggung risiko itu menjelaskan mereka tidak gentar dengan amara, ugutan dan risiko yang bakal diterimanya.Bagaimana pun pengkapan pelajar itu tentu merungsingkan ibubapa mereka. Ibu bapa yang mengharapkan kesuksesan anak-anak di IPTA mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Lainlah kalau kedua ibu bapa mereka turut sama berhimpun dan berarak. Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin sudah memberi amran keras tidak akan bertolak ansor dengan pelajar yang terlibat dengan himpunan itu. Mereka akan dikenakan hukuman keras.Wajarkah mereka dikenakan tindakan? Mungkin Khalid boleh fikir semula dan ugutan itu sekadar gertak saja. Kalau mereka ditahan atau dikenakan tindakan yang ruginya orang Melayu juga. Pasti ketujuh-tujuh pelajar itu orang Melayu yang asalnya dari kampung. Jarang sekali pelajar dari bandar dan keturunan Cina atau India menyertainya. Mereka biasanya berhati-hati dan tidak suka mencampuri urusan politik yang dikira cara begitu tidak bijak dan profesional. Selalunya begitulah.Barangkali GMI atau parti Pakatan Rakyat boleh bela mereka kalau mereka dikenakan tindakan nanti. Misalnya ditahan dan memerlukan jaminan, parti Pakatan boleh tolong membayar wang jaminannya.Atau kalau mereka takdir dipecat Pakatan dan GMI boleh bayar yuran persekolahan mereka di IPTA swasta. GMI kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana mereka adalah tuan kerjanya dan mereka turun kerana terpanggil dengan seruan menuntut keadilan dan kebenaran.Dikira dari sasaran awal himpunan tidak itu mencapai sasaran. Target untuk menghimpunkan 100 ribu tidak kessampaian bila mana hanya suku dari jumlah itu saja yang berhimpun. Mereka yang waras tidak mudah menerima angka yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Menurutnya himpunan itu disertai 80,000 orang. Itu angka politik. Manakala menurut Anwar Ibrahim pula himpunan berjaya mencapai 100,000 orang. Itu juga perkiraan politik lebih besar.Begitu pun angka yang diberikan media seperti Utusan Malaysia makin tidak boleh dipercayai dan mengarut. Utusan menganggarkan hanya lima ribu sahaja yang hadir. Jelas angka itu diberikan oleh wartawan atau editor yang buta huruf tidak tahu menghitung dan dibuat atas rasa kebencian melampau kepada Pakatan Rakyat.Tidak kira berapa bilangannya yang sebenar. Yang pentingnya himpunan semalam berjaya menyampaikan masej tertentu dan menggetarkan pihak UBN. Samada desakan itu dilaksanakan atau tidak nanti, tidak penting. Yang mustahaknya himpunan itu menunjukkan rakyat rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. Himpunan semalam tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pembankang mungkin himpunan dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke sesama.Secara umnya himpunan semalam memberi beberapa masej yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak;
Kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas ISA. Kenyataan beberapa menteri mengatakan ISA tidak akan dihapuskan kurang bijak dan telah menimbul provokasi kalangan rakyat dan ianya tidak wajar dilakukan. Sepatutnya menteri membuat kenyataan lebih lunak bersifat responsif yang positif. Kenyataan itu menimbulkan lagi kemarahan rakyat kepada UBN dan meneggelamkan jaminan Najib untuk sedia memindanya. Perlu bagi Najib menubuhkan jawatankuasa khas atau pun forum khas melibatkan semua pihak teemasuk pembangkang bagi mendapat input untuk tujuan meminda akta berkenaan.
Himpunan itu menjelaskan ianya disertai orang Melayu saja. Orang Cina dan India dalam Pakatan tidak begitu menonjolkan diri dan mereka lebih menjadi penyokong dari belakang. Walaupun isu ISA adalah kepentingan bersama, namun mereka tidak mudah untuk dikerah turun ke lapangan seperti Melayu. Jelas dalam hal ini orang Melayu Pas menjadi alat kepada komponennya dalam Pakatan.
Himpunan semalam menyaksikan kekuatan dan pengaruh Pas yang sebenarnya. Ahli dan penyokong Pas sedia bila-bila masa saja untuk dikerah. Mereka juga akur dan taat kepada seruan pemimpin mereka atas nama jihad menuju keredhaan Allah.
Walaupun memorandum itu tidak dapat dismpaikan, tetapi sudah pasti Yang di-Pertuan Agong dapat melihat betapa luapan kemarahan dan kebencian rakyat kepada ISA menerusi telivesyen, akhbar dan juga sumber-sumber baginda sendiri. Jika diambil kira dari segi perangkaan maka jelas pihak GMI lebih berjaya dari pihak Magaran.
Akhirnya indikasi kepada himpunan semalam menjelaskan bahawa pengaruh Pas dari peringkat bawahan kalangan Melayu sangat besar. Kedudukan ini Pas berpotensi untuk menerajui Pakatan ataupun menjadi parti alternatif. Sekiranya himpunan semalam tanpa disertai Pas atau dimobilisasikan Pas mungkin ianya tidak berjaya dan memberi impak besar kepada UBN.Seharusnya Pas mengenali keupayaan mereka ini untuk menjadi pemangking politik Malaysia di masa depan dan bukannya merendah diri berada di belakang atau mengikut telunjuk tokoh-tokoh tertentu saja.Seperkara lagi yang perlu juga dianalisa oleh Pas secara sarwanya ialah melihat apakah himpunan dan tunjuk perasaan itu tidak menimbulkan kemarahan rakyat lain yang mana kesannya menyebabkan mereka akan merasa kurang selesa dengan Pas. Kajian ini perlu terutamanya dalam siri-siri himpunan yang tidak terkhusus mengenai isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya jika isu berhubung kepentingan Melayu dan agama mungkin ia wajar diadakan itu pun dalam penuh beradab. [wm.kl. 8:00 am 02/08/09]
Sumber:detikdaily

SPRM tahan Adun Terengganu:Zamri lawan Nizar

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....