Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 12 Januari 2012

Video : Menarik !!! Lagu 1 Malaysia Versi Pakatan Rakyat




Lagu Satu Malaysia - video klip yang pasti tidak akan disiarkan TV Malaysia

Gambar : Model Terbaru Toyota Avanza 2012




Fitnah : Aziz Bari Saman Zulkifli Nordin Dan Utusan

KUALA LUMPUR: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.
Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.
Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Dis tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.
Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Feb ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli pada 17 Okt tahun lepas telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk “Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari”.
Abdul Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel itu.
Beliau berkata kata-kata fitnah itu di dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan profesor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.
Abdul Aziz menuntut ganti rugi am, teladan, melampau, kos dan satu perintah supaya defendan-defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah itu.
- Bernama

Fitnah Jumpa Hasan Ali,Ismail Kamus Akan Saman Media

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

“Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.Hrkh

Fitnah II: Pendakwa tiada asas kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 12 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pihak pendakwaan dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai asas mengemukakan rayuan.

Beliau mengulas tindakan pihak pendakwa yang mahu membuat rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, Isnin lalu.

Dalam laporan Buletin Utama, TV3 semalam, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Saya menyatakan adalah amat tidak munasabah bagi peguam negara untuk memfailkan rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang,” ujar Surendran.

“Tidak ada keterangan munasabah yang dipercayai atau apa-apa asas untuk memfailkan rayuan terhadap Datuk Seri Anwar. Keputusan hakim Zabidin adalah betul melihat kepada keterangan yang telah disampaikan kepada mahkamah,”  tegas beliau.

Justeru itu, Surendran meminta peguam negara tidak menurut arahan politik daripada Umno-BN untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Andainya Aku Ahli Perkasa

Blog Khairul Faizi

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Siapa tidak kenal Datuk Ibrahim Ali, seorang ahli politik yang terkenal dengan kelantangannya. Pernah menjadi pemimpin Umno dan kini menjadi wakil rakyat bebas setelah berjaya menang kerusi Parlimen Pasir Mas di atas tiket PAS.

Kerana sukar untuk diterima oleh Pas dan sukarnya mencari tempat untuk meneruskan perjuangan maka Datuk Ibrahim Ali membentuk satu Badan Bukan Kerajaan yang dipanggil Perkasa yang dilabelkan sebagai NGO memperjuangkan Melayu dan kemelayuannnya.

Perkasa sangat digeruni oleh kaum bukan Melayu kerana banyak kenyataan daripada Perkasa menggerunkan mereka. Kelantangan Perkasa menyebabkan adakalanya Perkasa dilihat lebih Melayu daripada Umno itu sendiri sehingga berjaya menawan hati golongan veteran Umno untuk sama-sama duduk bersila dalam satu pasukan.

Datuk Ibrahim Ali sering mendapat tempat dalam media lebih-lebih lagi jika kata-kata beliau itu menyelar dan menghiris pembangkang walaupun di Parlimen beliau bukanlah Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional. Semakin kuat beliau menghentam pembangkang maka semakin mudahlah beliau muncul di kaca televisyen.

Kehebatan Ibrahim Ali walaupun sering dicop sebagai 'katak' kerana kekerapan beliau melompat parti dapat dilihat dalam media baru-baru ini dengan mengancam untuk menggerakkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk turun berhimpun di Masjid Wilayah bagi berdepan dengan penyokong DS Anwar Ibrahim.

Video : Koleksi Demo 901,Penyokong PR Berbangsa Cina Berpantun Depan Zaid Ibrahim

Aksi pantun yang menarik perhatian Zaid Ibrahim



Menarik !!! uncle bangsa Cina ini menggunakan pantun dalam memterjemahkan sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat ketika demo 901 yang lalu.Menurut sumber,beliau pernah berpantun di atas lori pada hari penamaan calon Dun Permatang Pasir.

Tapi setelah beberapa minit berpantun beliau akhirnya diarahkan polis untuk hentikan berpantun! pantun pun kena mohon permit jugak ke ! kih..kih..Cuma satu je,aku rasa tajuk video ni tidak menggambarkan keadaan yang berlaku.Takde pun uncle ni kutuk Zaid.Apa apa pun terima kasih kepada yang upload video ni.

Secara jujur aku berpandangan,kita sepatutnya menghormati tindakan Zaid yang sanggup turun menentang ketidakadilan walaupun berbeza pandangan politik.Tak macam Berahim Ali yang cakap berdegar degar tapi batang hidung pun tak nampak.

Menarik !! Gambar Ust Azhar Idrus Yang Tak Pernah Kita Lihat


Seperti jugok hamba2 Allah yang lain..Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengharungi kehidupan hariannya seperti biasa..tiada protokol..tiada batasan ini dan itu..semestinya tidak menyalahi hukum syarak.

Sesetengah mereka yg waraq akan sentiasa memberikan pandangan yg tidak menyokong dgn penampilan dan cara Al Fadhil menyampaikan dakwahnya.

Begitulah sifat orang yg merasakan segala tingkah laku dan perbuatannya di terima Allah Ta'ala..mereka rasakan ilmu yang mereka ada sudah cukup hebat utk berkata ini dan itu.

Ada jugak yang mengatakan walaupun ramai yang hadir dalam kuliah Al Fadhil Ustaz, bila pulang ke rumah mereka tidak mendapat apa2 pengajaran dan mereka tidak akan berubah..mereka hanya dapat ketawa dan kegembiraan saja..benarkah begitu saudara2 semua?

Mereka lupa akan rahmat Allah, mereka lupa akan hidayah Allah yang amat luas. mereka lupa dengan rahmat Allah jugalah kite di masukkan ke syurga.

Zaman berubah, cara penyampaian dakwah jugok boleh berubah, "ASALKAN HUKUM2 ALLAH TIDAK DI UBAH2"Iri hati untuk buat lebih baik itu jauh lebih baik dari iri hatikan kejayaan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mendekati anak2 muda dan mendekatkan mereka dgn ISLAM ALLAH S.W.T..TAKBIR!

credit to : abang jaf
(gambar candid do johor haritu)

Sumber : Facebook JKKK Fan Club

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....