Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 30 Disember 2010

Putrajaya Dan Jakarta Digesa Siasat Kes Menteri Rogol Pembantu Rumah


SHAH ALAM 30 DIS : Putrajaya dan Jakarta digesa bertindak atas dakwaan seorang Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak merogol pembantu rumahnya dari Indonesia sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan Malaysia tidak harus menutup kes itu, sebaliknya mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan.
Menurut Wikileaks, pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia.
Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama.
k Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.
Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia.
"Dikatakan bahawa menteri itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu," kata Khalid.
"Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan, samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar, mengambil tindakan terhadap menteri tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin," tambah beliau.

Tiada tempoh tertentu lantik Setiausaha Kerajaan Negeri

17383f9195bb44eb45a953e9a4d621dfSHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyangkal kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, "kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

"Tambahan pula, jawatan Dato’ Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.
"Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia," terang beliau.
Panel Pemilihan
Menurut beliau, Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Dato’ Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.
Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab. Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.

Penjaga Gawang Malaysia Khairul Fahmi Kini Popular Di Laman Sosial Facebook Dan Twitter





Sehingga jam 7.12 Fan Khairul Fahmi mencecah 144 721,laju gilerrr.....
Komen peminat dirangkaian sosial Twitter Khairul Fahmi


Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 144 000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki,Apa lagi alasan Indonesia?



APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.
Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.
Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.
Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.
Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.
Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?
Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah.
Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison.
Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca.
Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.
Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.
Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.

MB Kedah Tidak Tahu Mahfuz Letak Jawatan



KUALA LUMPUR, 30 Dis — Datuk Seri Azizan Abdul Razak(gambar atas) berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar kiri) telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini.
Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.
“Saya tidak tahu apa-apa, saya juga tidak terima surat lagi.
“Saya tak dapat apa-apa maklumat mengenai (peletakan jawatan Mahfuz) itu,” kata beliau sambil meminta semua pihak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.
Mahfuz berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato berkuat kuasa serta-merta.
Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

Video : Alasan Kenapa Khusrin Tidak Layak Sandang Jawatan SUK Selangor


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme," katanya ketika ditemubual Harakahdaily.

Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah.

Menerima jawatan itu katanya, hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri.

"Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang.

"Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," katanya sinis.

Khalid sebelum ini antara yang sering mempertikai tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.

Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu.

Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khalid mendakwa Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN.

"Saya rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria," katanya.Hrkh

Azizan : Pertahan Kedah Daripada Dirampas Umno-BN

ALOR SETAR 30 DIS : PAS sesekali tidak akan memberi peluang kepada Umno-Barisan Nasional untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat, tegas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memetik laporan Harakah Daily Online, biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.

"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Rombakan yang dibuat itu juga sebagai salah satu alternatif Umno bagi menguatkan barisan kepimpinan negeri yang terdiri dari pemimpin tempatan menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan bermula tidak lama lagi. TVS

Gambar & Video : Final Piala AFF Suzuki,Malaysia Juara !!!














Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....