Logo rasmi sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com. Tentu Rais Yatim jeles!!Nampak agak menarik dan tak menampakkan milik sesiapa, hanya milik rakyat Malaysia!!
A - Pakatan Rakyat (PR) sepakat menggunakan tema dan logo alternatif iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.Perikatan itu akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Selangor, 30 Ogos ini.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, PR sepakat menggunakan tema dan logo yang sama bagi sambutan peringkat kebangsaan PR dan empat negeri di bawah pemerintahan PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sedia menyambut menggunakan tema dan logo yang sama.
"Bagi sambutan Hari Malaysia pula, PR menetapkan sambutan akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak," katanya.


