Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Mac 2014

Foto2 Aksi Terkini Warga Maya Sindir Bomoh Cari Pesawat MH370 Part II

Selepas digemparkan dengan teropong dan bubu bomoh Ibrahim Mat Zain tampil sekali lagi di KLIA.Kali ini beliau tampil dengan ritual menggunakan permaidani pula.Tindakannya mendapat respon pantas warga maya.Saksikan foto dibawah :



Teresa Kok beri tempoh Zahid Hamidi betulkan jawapan Parlimen mengenai videonya


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memberi tempoh kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membetulkan jawapan Parlimen berhubung laporan polis mengenai video Sambutan Tahun Baru Cina "Onederful Malaysia" sehingga 19 Mac ini.

Kok yang merupakan naib pengerusi DAP itu menyatakan perasaan terkejutnya apabila Zahid dalam jawapannya menyatakan video tersebut menghina dan memperlekehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walhal ia langsung tidak menyentuh mengenai pemimpin tersebut.

"Bagaimana jawapan Parlimen tersebut menyatakan bahawa video klip menghina dan memperlekehkan perdana menteri walhal nama beliau langsung tidak disebut," katanya pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, tindakan Zahid itu jelas memesongkan maklumat yang benar di Parlimen di mana ianya melanggar peraturan mesyuarat.TMI

Full Video : Aksi Terkini Raja Bomoh Cari Pesawat MH370


Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.



Saya bukan boneka - Wan Azizah


KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Khairy adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, dekat sini hari ini.

Semalam Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.

Wan Azizah juga menegaskan, tindakan beliau bertanding di Kajang adalah untuk membela nasib Anwar dan menentang kezaliman."Bagi orang Islam, menentang kezaliman itu satu jihad," katanya.

Beliau menggantikan Anwar sebagai calon Kajang selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat 2.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....