Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 25 Oktober 2010

Elaun Yang Dipertuan Agong,Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Video : PRK Galas,UMNO Seperti Kambing Gurun Tanduk Bukit-Tok Guru Nik Aziz



Ceramah Tok Guru Nik Aziz sempena Majlis Pengisytiharan Calon bagi Pilihanraya Kecil N 45 Galas....

Video : Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam



LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

PRK Dun Galas : Sikap Berat Sebelah SPR Terserlah !!!

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.
Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok., lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.
Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.
Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok.M'kini

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Berat sebelah,itulah yang boleh dirumuskan dari kenyataan SPR ini.Persoalannya kenapa parti komponen BN boleh menggunakan lambang parti masing2 di Galas sedangkan bagi PR hanya lambang Pas yang boleh digunakan.Untuk berlaku adil sepatutnya hanya lambang rasmi ' dacing ' BN yang boleh digunakan kerana Umno bertanding atas tiket BN bukanya atas tiket parti itu.
Yang peliknya lambang2 komponen BN diiktiraf SPR sedangkan lambang2 komponen PR tidak diiktiraf.Apa kriteria yang SPR gunakan,sedangkan parti2 PR adalah parti politik yang sah dan diiktiraf Pendaftar Pertubuhan yang berkuasa meluluskan pendaftaran parti2 politik.
Sikap SPR ini menyerlahkan lagi tembelang sebenar mereka yang sepatutnya bebas dari dipengaruhi mana mana pihak seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Tapi dipergunakan sewenang wenangnya oleh BN demi kepentingan politik mereka.Benarlah SPR adalah anggota tidak rasmi Komponen Barisan Nasional yang akan berusaha memenangkan parti itu dalam apa juga keadaan sekalipun....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Elia Suhana Hilang Hak Lawat Sultan Ismail Petra

KOTA BHARU - Isteri kedua Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad hilang perintah hak lawatan terhadap suaminya selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menerima permohonan bantahan awal Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid.

Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya bersetuju dengan permohonan isteri pertama bekas Sultan Kelantan itu berhubung dengan hak lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana pada 4 Februari lalu.

Dalam keputusan itu, mahkamah memutuskan Elia Suhana hilang hak lawatan tersebut kerana penyampaian atau perintah hak lawatannya ke Singapura tidak sah kerana mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa melangkau sempadan dua negara.

"Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk penyampaian (melaksanakan perintah) di luar Kelantan tetapi masih dalam Malaysia.

"Mahkamah turut menerima permohonan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana sebelum ini tanpa memberikan penjelasan lanjut," katanya.Kosmo

Fitnah: Calon Pas Dun Galas Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

UNTUK BESARKAN ' KLIK PADA GAMBAR '

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau bersama peguamnya, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.
“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.
“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya pada sidang media semalam.
Turut hadir Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Hadir sama ialah Peguam Abu Daud Wan Abdul Rahim dari Azmi & Co.
Terbaru selepas diisytiharkan calon PAS bagi Dun Galas, Dr Zulkefli dilaporkan media Umno-Online bahawa Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang itu pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....