Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 Mac 2011

Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin,Mufti Kedah Tegur Sikap Biadab Farahhana

Farahhana Jamaludin

Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu dengan beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah: ayat 11)

Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.

Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.

"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.

"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.

Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak.Hrkh

Video : Rosmah Lawat Negara Luar Tanpa Kelulusan Kabinet?




KUALA LUMPUR 9 MAC : Lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga negara Timur Tengah dan Bangladesh baru-baru ini menelan belanja RM134 ribu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.

Lawatan rasmi itu dibiayai dengan duit rakyat sungguhpun Rosmah tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Nazri , dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, tidak menyenaraikan isteri Perdana Menteri itu sebagai antara yang diberi kelulusan oleh Jemaah Menteri untuk melakukan lawatan berkenaan Januari lalu.

Yang diberikan kelulusan berkenaan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan, kata Nazri.

Menurut beliau, Rosmah melawat Riyadh, Arab Saudi, dari 6 hingga 10 Januari lalu untuk menyampaikan ucapan di seminar mengenai pengurusan kualiti pendidikan atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran negara itu.

Rosmah memberitahu pengundi di Kerdau baru-baru ini, beliau dijemput ke Arab Saudi kerana dianggap orang yang paling layak bagi menyampaikan ucaptama berkenaan.

Dari 16 ke 18 Januari pula, Rosmah melawat Muscat, Oman dengan alasan dijemput oleh Menteri Pembangunan Sosial, Oman sebelum ke Dhaka, Bangladesh.TVS

Gambar Menantu Taib Mahmud Yang Fail Tuntutan Fasakh Bernilai RM 400 Juta

Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu. - THE STAR/NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.
Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.
Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.
Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.
Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.
Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.
“Pihak kami tidak dapoat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah,” tambahnya.
Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini.
Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.

Video : Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta




KUALA LU
MPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.

"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.

Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.

Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.

"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.

"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.

"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR."Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.

"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.

Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat."Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.

"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.Hrkh

Terkini Krisis Libya : Penentang Beri Tempoh 72 Jam Untuk Gaddafi Letak Jawatan


KAHERAH, 8 Mac — Puak pemberontak tidak akan mengambil tindakan ke atas pemimpin Libya Muammar Gaddafi (gambar), berhubung jenayah yang didakwa dilakukannya, jika beliau sedia berundur dalam 72 jam.

Kata dua itu diberikan oleh Majlis Kebangsaan Libya hari ini.

“Jika beliau meninggalkan Libya dengan segera, dalam tempoh 72 jam, dan menghentikan pengeboman, kami sebagai rakyat Libya tidak akan mendakwa beliau,” kata Mustafa Abdel Jalil, bekas menteri kehakiman, kepada stesen Al Jazeera pada pukul 9.30 malam tadi (waktu Malaysia).

Katanya, tempoh 72 jam itu tidak akan dilanjutkan.

Majlis itu kini berpusat di Benghazi yang berada dalam kawalan puak pemberontak. — Reuters

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....