Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 Mac 2012

Penyelesaian Kemelut Pas Kedah,Kenyataan Tok Guru Nik Aziz


1. Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

4. Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!



HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Gambar & Video : Sekitar Demo Bantah Rampasan Tanah SRIDB Oleh K'jaan Umno



Imam baling kasut pada hakim dipenjara setahun

PUTRAJAYA, 8 Mac: Imam Haji Hoslan Hussin yang membaling kasut kepada barisan hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dijangka akan dibawa ke penjara Kajang.

Beliau kini di tempatkan di lokap Balai Polis Putrajaya, kata isterinya.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.
Hoslan minta maaf

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Menurut isterinya, sepanjang setahun ketiadaan suaminya, beliau terpaksa menyara tujuh orang anak yang sedang membesar.Hrkh

MB Kedah tak hilang kuasa: Mahfuz


ALOR SETAR - Pas Pusat belum membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah, seperti diumumkan parti itu, Isnin lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti itu, Isnin depan di Kuala Lumpur.

“Kita belum adakan apa-apa mesyuarat selepas sidang media mengumumkan keputusan kemelut Exco Kedah. Setakat ini, kita bercadang memasukkan ia dalam agenda mesyuarat bulanan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pihak luar perlu memahami dengan jelas peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemandu sebelum membuat spekulasi, konon ia antara usaha untuk mengurangkan kuasa mutlak Menteri Besar.

“Jawatankuasa ini hanya untuk membantu ahli dan pemimpin Pas yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, daripada Menteri Besar hinggalah anggota Exco. Ia bertindak sebagai menasihatkan pemimpin bukannya dalam urusan pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, penubuhannya bertujuan untuk melancarkan kepimpinan negeri dan tidak sesekali bertujuan mengurangkan kuasa eksekutif pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Menurutnya, ianya bukan mesyuarat khas bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa itu, sebaliknya pelbagai agenda lain juga akan dijadikan tajuk perbincangan.

“Jangan pula ada andaian konon wakil Jawatankuasa Pemandu akan berjumpa Azizan dalam masa terdekat untuk bincang hal berkaitan, sebab ianya belum diwujudkan, macam mana sudah ada wakil,” katanya.SH

Mesti Baca !!! Fakta Kesesatan Pas Dan Kebenaran Umno


Di Terengganu :

Pas sesat kerana tukar sumber tertinggi undang2 di Terengganu kpd al Qur'an, Hadis, Ijma' dan Qias. Pas sesat kerana tutup akaun riba kerajaan dan pindah kepada akaun Islamik.

Pas sesat kerana menutup premis2 judi. Pas sesat kerana luluskan tanah kepada rakyat lebih 60ribu lot. Banyak lagi bukti Pas 'sesat'.

Umno bawa 'kebenaran' bila Masjid Bujal diroboh. Umno bawa 'kebenaran' bila tanah rakyat dirampas. Umno bawa 'kebenaran' bila bazirkan duit rakyat pada Monsoon Cup.

Umno bawa 'kebenaran' bila buat stadium habis ratusan juta, kemudian roboh. Umno bawa 'kebenaran' bila rampas tanah sekolah darul bayan dan beri kepada JKKK.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....