Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 24 Oktober 2012

Video : Himpunan bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA



Pemuda Pakatan gesa Musa Aman jawab skandal RM40 juta

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjawab mengenai RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.

Ia ekoran penafian Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam perbahasan Dewan Rakyat Isnin lalu dan mengatakan dakwaan itu adalah ‘imaginasi’ Pakatan yang berterusan mempertegas isu berkenaan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sejak tahun 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah sekalipun menafikan skandal tersebut.

“Apakah Umno Sabah bersedia untuk diaudit secara profesional untuk membuktikan penafian mereka?” soal Shamsul.

Beliau turut mempersoal kemungkinan wang RM40 juta tersebut sebenarnya adalah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan.

“Sekiranya wang tersebut merupakan wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?” soal beliau lagi.

“Bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan mencecah puluhan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah,” kata Shamsul.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Pemuda Kebangsaan DAP (DAPSY), Anthony Loke dan Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria.KD

Ganjaran Kerajaan Kelantan Buat Pemain Bolasepak TRW

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini telah mengumumkan ganjaran menunaikan umrah kepada para pemain The Red Warriors (TRW) setelah berjaya menjuarai Piala Malaysia Sabtu lepas.
Keputusan kerajaan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat exco bertempat di Pejabat Exco negeri sebentar tadi.

"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan Kelantan dan kita kira amat layak kerajaan memberi sebarang bentuk ganjaran dan kali ini untuk kali kedua kita telah memilih untuk memberi pemain untuk menunaikan umrah" ujar beliau.

Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.Sabtu lalu pasukan Bolasepak Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2, sekaligus menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, buat kali pertama juga kerajaan bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat tanda kesyukuran pada 3 November ini akan datang.Ianya akan melibatkan rakyat serta anggota pasukan TRW bagi meraikan kemenangan bersejarah itu.

" Kami harap peminat dan rakyat kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkararangan stadium Sultan Muhammad ke IV nanti yang akan bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang" katanya lagi.

Selain Kerajaan Negeri, ganjaran lot tanah juga menanti pemain TRW yang akan disumbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kejayaan itu.

Difahamkan, setiap lot tanah itu bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000, dengan membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.Hrkh

Pakatan ulangi jaminan beri pendidikan percuma, hapus PTPTN dan tol

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan.

“Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN,” katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.

Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan.

Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.

“Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka,” katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....