Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 Januari 2013

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Disabotaj

KUALA LUMPUR 4 Jan: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato’ Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.

“Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah,” kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut untuk persiapan Ceramah Mobilisasi HKR yang akan diadakan di sana malam ini.

Menjelang HKR di Stadium Merdeka, SAMM menganjurkan Jelajah Anak Muda Menuju #KL112- 1 juta rakyat di seluruh negara, bermula 26 Disember lalu.

“Program ‘countdown’ menuju hari bersejarah 12 Januari akan tetap berlangsung malam nanti,” tegasnya.

Pada malam ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan van bergerak yang disediakan SAMM untuk memperhebatkan mobilisasi menjelang himpunan itu.

“Van itu akan bergerak tanpa henti ke segenap Lembah Klang sebagai kempen kita untuk menjayakan HKR,” kata Chegu Bard.

Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi 12 Jan’ akan dibentangkan.

Rakyat diberi pilihan memakai baju kuning sempena tuntutan pilihan raya adil dan bersih, merah sebagai tanda ‘Royalti’, hijau pula untuk ‘Lynas’ dan oren sebagai membantah penyenaraian FGVH.

Pengarah HKR, Mohamad Sabu turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.KD

Pencacai UMNO Meroyan Bila Ust Azhar Muncul Di Astro


Artikel ini aku copy dari sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Menyokong UMNO ataupun MyKMU.Net juga dikenali sebagan MyKemut oleh Forumer dari Tranung.kite..

Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara...

Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak)

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Keluarga remaja mati ditendang polis tuntut keadilan

PETALING JAYA 4 Jan: Keluarga Mohd Azrul Zulkifli menuntut keadilan di atas kematian remaja itu selepas motosikalnya ditendang polis.Dalam kejadian awal pagi 25 Disember lalu, motosikal yang ditunggang Mohd Azrul, 19, dikatakan terbabas selepas ditendang anggota polis berpakaian preman.

Bapa mangsa, Zulkifli Hashim, 49, dan rakan allahyarham, Khairul Azrisham Abu Kassim, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, 11.30 pagi tadi kepada ASP Lim Chee Koon.

Peguam mewakili keluarga Mohd Azrul, Yusmadi Yusuf menempelak kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom yang membela kesalahan anggotanya.

“Saya kecewa kerana kenyataan tersebut dikeluarkan ketika siasatan masih belum lengkap dan saksi penting masih tidak memberi keterangan, namun polis membuat kesimpulan sendiri, sepatutnya ia disiasat dulu.

“Polis juga menyatakan bahawa laporan keluarga mangsa adalah fitnah untuk memburukkan imej mereka.

“Saya ingin tegaskan, tidak ada siapa yang memfitnah. Kita hadir untuk menuntut keadilan bagi pihak keluarga mangsa dan mempunyai bukti kukuh dalam kes ini,” katanya ketika ditemui.

Yusmadi berkata, polis sebelum ini turut mendakwa tidak dapat memanggil Khairul Azrisham untuk memberi keterangan kerana alamat yang diberi salah.

“Dakwaan ini tidak benar, kerana Khairul pada waktu itu sedang mengalami rawatan akibat kecederaan parah. Setelah itu beliau dijaga di rumah kakaknya berhampiran Taman Medan.

“Hari ini kita bawa saksi untuk bantu pihak polis dan polis tidak boleh berdolak dalih lagi. Siasatan yang profesional dan telus harus dilakukan.

“Kes ini diletakkan dalam Sesyen 30A, membunuh tanpa niat berbeza dengan siasatan awal pada 31 Disember lalu apabila diletakkan di bawah kes trafik,” ujar Ahli Parlimen Balik Pulau itu.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....