Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 April 2010

Giliran Ahli Umno Pula Masuk PKR

BUKIT BERUNTUNG: Walaupun ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan meninggalkan parti berkenaan, hari ini sebaliknya berlaku.

Seramai 150 ahli Umno Bahagian Selayang keluar parti dan menyertai PKR dengan alasan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah di kawasan itu sejak hampir 25 tahun yang lalu.

Ketua Penaja PKR Ranting Bukit Botak, Satar Md Saman berkata, tindakan itu dilakukan selepas masalah setinggan penduduk di kawasan Bukit Botak dapat diselesaikan dalam masa dua tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

“Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang prihatin terhadap masalah penduduk.

“Dengan komitmen inilah menjadi daya penarik kita menyertai PKR dan percaya lebih 200 lagi dikawasan Bukit Botak akan menyertai PKR,” katanya yang menyerahkan 150 borang keahlian PKR kepada Abdul Khalid dalam satu majlis hari ini.

Menurutnya, pada masa sama, mereka akan menubuhkan PKR Ranting Bukit Botak dalam masa terdekat ini.Mstar

Isu Najib Altantuya : Tian Chua Dipanggil Beri Kenyataan


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dipanggil ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung gambar Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Altantuya Sharibuu hari ini.

Beliau sebelum itu telah dihubungi Asisten Superitenden Polis (ASP) Tan dari Balai Polis Sentul semalam yang memintanya untuk hadir bagi memberi keterangan mengenai gambar Altantuya bersama Najib Razak di restoran Perancis yang disiarkan dalam blognya sekitar tahun 2007.

"Saya terperanjat sebab kes ini sudah lama iaitu pada tahun 2007. Satu waran tangkap akan dikeluarkan jika saya gagal hadir sebelum jam 3 petang hari ini," kata Tian kepada erapakatan.com

Beliau yang juga Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat isu ini mungkin menjadi kemarahan sesetengah pihak sehingga mereka boleh membuka semula kes ini walau setelah lebih 3 tahun.

"Kes ini sudah tiga tahun berlaku, tetapi baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan," tegas Tian.

Menurut beliau, berkemungkinan ini merupakan tekanan daripada pemimpin negara dan berkemungkinan juga ia berkait rapat dengan laporan di perancis mengenai pembelian kapal selam yang berkemungkinan membabitkan rasuah.Erapakatan

Mahkamah Bebaskan Jamaluddin Dan Osman Jailu Dari Tuduhan Rasuah


IPOH, 23 April — Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. — Bernama

Zaid ajak rakyat Hulu Selangor lawan rasuah

HULU SELANGOR, 23 April: Walaupun Umno/BN dalam pusingan akhir berkempen melambakkan wang rasuah kepada para pengundi, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan jentera dan rakyat supaya terus komited menolak gejala rasuah.
“Sekali lagi, saya nak ingatkan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu bimbang, kita tak perlu takut untuk terus memupuk kepercayaan kepada pengundi.
“Rakyat di Hulu Selangor pun, saya yakin tidak bersedia menerima rasuah,” jelas beliau pagi tadi di Pusat Media dan Informasi, Kuala Kubu Baru.
Beliau yang juga seorang Koordinator Pakatan Rakyat berkata, sekiranya kuasa rasuah dan politik wang Umno berkesan dalam pilihan raya tanah air, maka sudah tentu kesemua 222 kawasan Parlimen di Malaysia telah pun dimenangi oleh Umno/BN.
“Kalau rasuah boleh memenangkan mana-mana calon BN, maka kesemua Parlimen jadi milik mereka, mengapa ada ahli Parlimen pembangkang sekarang ini,” soalnya.

Hulu Selangor:PR dahului 60 peratus - Penyelidik

Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.

Perkasa Konon Juang Hak Melayu Tapi Baik Dengan Tauke Judi

KUALA LUMPUR 23 Apr - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail menyeru rakyat Malaysia mengenali peribadi pemimpin Umno-Barisan Nasional supaya dapat mengetahui hakikat bahawa golongan 'pejuang Melayu tulen' inilah sebenarnya yang membolot kemewahan secara luar biasa kerana hubungan rapat mereka dengan golongan elit pemerintah negara.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyangkal dakwaan Saifuddin berhubung penglibatan beliau di dalam syarikat milik Tan Sri Vincent Tan, seorang tauke judi terkenal di negara ini semasa mencelah perbahasan Rang Undang-undang
Suruhanjaya Persaingan 2010 di sidang Dewan Rakyat Rabu lalu.
"Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan dan pembabitannya di dalam syarikat perniagaan yang ada kaitannya dengan Tan Sri Vincent Tan, seorang tauke judi," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu.
Saifuddin juga menyifatkan Ibrahim yang digambar sebagai pejuang agama dan pejuang Melayu tulen itu seorang yang pelik kerana mempunyai kaitan bersama tauke judi itu.

Betulkah Kamalanthan Terlibat Nak Kalungkan Kasut Di Leher Mahathir?

APABILA Dr Mahathir Mohamad mengatakan Samy Velu sudah tidak relevan lagi menjadi presiden MIC dan memimpin masyarakat India di negara ini, sesetengah ahli MIC yang menganggap Samy Vellu sebagai dewa bingkas memarahi Mahathir. Mereka merasa ulasan ikhlas dan berfakta oleh Mahathir itu menghina mereka.
Lantara itu ada yang lantang mahu meyarung kasut ke gambar Mahathir. Penyarungan kasut itu sebagai protes dan meluapkan rasa marah kepada bekas PM itu.

Dalam budaya kaum itu berbuatan melontar kasut ke arah seseorang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Jadi mereka yang dilontar kasut adalah satu penghinaan.

Budaya itulah nampaknya hendak ditiru oleh sebuah NGO Perkakas kepada sebuah parti politik menjelang kunjungan Tony Balir ke negara ini seperti mana dirancangnkan itu. Katanya Ngo Perkakas itu akan melontarkan ribuan selipar ke arah Tony Blair.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....