Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 November 2010

Gambar : Sultan Dan Tengku Mahkota Kelantan Rai Pasukan Red Warriors



Korang tengok pakaian Tuanku Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.Ni majlis rasmi ni beb tapi diaorang nampaknya lebih selesa berjubah dan berkopiah je.Nampaknya Tengku Mahkota pun dah turut jejak langkah Kakandanya,santai dan sederhana.
Mana lagi nak cari Raja yang macam ni kat Malaysia ni.Beruntung betul rakyat Kelantan dapat Sultan yang benar2 berjiwa rakyat.Lagi gambar DISINI

Video : Banjir Di Kedah,Menteri Sokong Pandangan MB

Gambar : Letusan Terbaru Gunung Merapi







Pemilihan PKR : Azmin Terus Dahului Zaid


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terus mendahului Datuk Zaid Ibrahim dalam pemilihan parti itu walaupun sebelum ini Sabah dianggap sebagai kubu kuat Zaid.
Berdasarkan keputusan tak rasmi daripada 77 cabang yang diperoleh setakat ini - 68 sebelum ini dan 9 hari ini - Azmin mendapat 4,146 undi, Zaid 3,402 dan Mustaffa Kamil Ayub 1,189.
Ini bermakna, Azmin unggul depan dengan majoriti 744 undi, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, keputusan berdasarkan sumber dalaman parti menunjukkan perbezaan kecil daripada segi jumlahnya di mana Azmin dikatakan mendapat 4,197 undi, Zaid 3,405 dan Mustaffa 1,186 undi.
Sebanyak 12 cabang dijadual mengadakan pemilihannya semalam.
Dua daripadanya - Silam dan Penampang - ditangguhkan kepada 20 November atas sebab-sebab tertentu.
Manakala satu lagi kerusi, Libaran - antara kerusi terbesar yang mengadakan pemilihannya hari ini - setakat jam 11 malam, keputusannya masih belum diketahui.
Minggu lalu Azmin mengutip 3,051 undi, Zaid sebanyak 2,529, Mustaffa pula mendapat 1,149 undi.
Keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media Isnin ini.

Foto Pertama Yang Merakamkan Imej Manusia

GAMBAR rakaman Louis Daguerre menunjukkan seorang budak sedang mengilat kasut (dalam bulatan) pelanggannya di Boulevard du Temple di Paris, Perancis pada 1838.

PARIS - Gambar hitam putih yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang mengilat kasut pelanggannya di Perancis dipercayai merupakan gambar fotografi menunjukkan aksi manusia pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar tersebut dirakamkan oleh perintis dunia fotografi, Louis Daguerre pada tahun 1838 di Boulevard du Temple di Paris, Perancis.

Ia diketahui wujud sejak lama dahulu tetapi mencetuskan minat di Internet baru-baru ini selepas beberapa ahli akademik dari Universiti Rochester mendakwa gambar fotografi manusia pertama dirakamkan di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS) pada 1848.

Daguerre merakamkan gambar di Paris itu dengan menggunakan teknik daguerreotype (sempena namanya) yang memerlukaan pendedahan selama beberapa minit untuk membentuk imej di atas satu kepingan perak.

Kawasan Boulevard du Temple itu sibuk dengan orang ramai.Namun, dalam gambar itu cuma terdapat seorang lelaki dan pengilat kasut.

Keadaan itu berlaku kerana budak pengilat kasut dan lelaki berkenaan di kawasan itu yang tidak bergerak untuk jangka masa agak lama sekali gus membolehkan imej mereka tertera pada gambar itu.

Imej lelaki tersebut dikesan oleh seorang penulis blog, Gig Thurmond dalam blognya, The Hokumburg Goombah, yang mendakwa gambar itu adalah gambar fotografi pertama di dunia yang menunjukkan aksi manusia. - Agensi


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....