Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 April 2014

Bendera Israel Berkibar Megah Di Sabah


KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara ‘World Stewardess Contest’.

“Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.  Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

“PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut,” tegasnya.Hrkh

Dr Wan Azizah angkat sumpah ADUN Kajang


SHAH ALAM 7 APRIL: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang di hadapan Speaker Hannah Yeoh dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-13, hari ini.

Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi di bangunan Dewan Negeri Selangor, disaksikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam persidangan itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK) Datuk Mohamed Khusin Munawi, ahli exco negeri dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional.

Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil berkenaan selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah menang dalam PRK tersebut apabila menewaskan calon daripada BN iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....