
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 8 Mei 2010
Polis Nafi Bertindak Kasar Terhadap Kerabat Diraja Kelantan

Lagi Remaja Ditembak Polis Dalam Kejadian Kejar Mengejar
BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar. Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi. - Foto BERNAMAPencuri Minta Maaf,Tersilap Curi Kereta Rasmi Ketua Polis Selangor
AYA: "Sorry PDRM tersilap sapu."Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.
Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.
Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.
Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.
Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).
Raja Nazrin perkenan menerima menghadap Pakatan Rakyat Perak
Rhu Rendang, MARANG – Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Razak telah memberikan projek besar pertahanan kepada sebuah lagi syarikat yahudi, APCO International.
Projek tersebut yang bernilai lebih RM900,000,000 adalah untuk membangunkan satu kawasan tanah lebih 1000 ekar di Sungkai, Perak Darul Ridzwan, dianugerahkan Najib kepada syarikat tersebut ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah di perkarangan masjid Rusila disini semalam.
Beliau juga memaklumkan, Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah telah memperkenankan permohonan ADUN Pakatan Rakyat untuk menghadap baginda.BO
PRK Sibu : SNAP Kembali Menyokong BN?

Peguam Negara Akan Jawab Afidavit Tengku Temenggong Kelantan
G JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail akan menjawab kandungan afidavit difailkan oleh sekumpulan peguam dalam permohonan habeas corpus untuk membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.


