Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 Disember 2009

Daftar Pakatan:Presiden Pas mungkin salah faham, kata Anwar



malaysianmirror

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.

Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi. themalaysianinsider

Terengganu Darul Runtuh:Perhentian Bas Kuala Berang Pula Runtuh

Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh


HULU TERENGGANU, 21 Dis
: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".

Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.Hrkh

Sidang DUN Trengganu Panas : MB Diasak Wakil Rakyat UMNO


Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak "muram", Isnin bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri, Bernama dipetik.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara tersebut," kata Din.

Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang untuk membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.Greenboc

BN pucat, PR gigit jari



Oleh - Profesor Dr Abdul Aziz Bari


Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi.

Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.

Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Kalau diumpamakan sebuah perlawanan bola sepak, pintu gol BN telah digegarkan sebuah sepakan kencang daripada PR. Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan bola muntah ke tengah padang. PR yang dalam perbahasan mengawal permainan, nyaris menjaringkan gol kemenangan. Bagaimanapun kerana BN adalah juara bertahan ia masih mampu menjaringkan gol meskipun tidak cantik. Tetapi cukup untuk menyambung nyawanya dalam liga. Ini cukup baik untuk meneruskan permainan mempertahankan kejuaraan sehingga permainan tamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.



Runcing

Walau apa pun yang berlaku dalam PRU itu kedudukan BN sekarang memang runcing. Pada petang Isnin itu ahli Parlimennya hilang entah ke mana, dan sebenarnya ketika perbahasan pun mereka jelas kelihatan tenggelam punca. Ahli-ahli Parlimen BN, berbanding kebanyakan Ahli Parlimen PR, jelas terlalu biasa dengan keadaan selesa yang mereka nikmati sejak merdeka. Buat pertama kali Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan bajet mereka, yang dihentam kiri dan kanan sejak dibentangkan dua bulan lalu, selamat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia nyawa kerajaan terletak di tangan parlimen, khususnya Dewan Rakyat. Jika mereka gagal mengekalkan sokongan majoriti di situ, kerajaan itu wajib meletakkan jawatan. Salah satu keadaan di mana sokongan itu perlu ditunjukkan ialah dalam pembentangan belanjawan atau bajet tahunan. Sebab itu di kebanyakan negara kesemua anggota kerajaan dan penyokongnya datang ke Parlimen.

Fenomena yang berlaku di Malaysia memang pelik. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut betapa berbanding dengan negara-negara 'Westminster' yang lain, kita dilihat ganjil kerana selepas belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Kabinetnya tak kisah. Mereka malah membuat lawatan – baik rasmi mahupun kerja ke luar negara. Dalam kata lain tidak pernah timbul kebimbangan yang bajet itu akan ditolak oleh Parlimen.

Tetapi dalam insiden di Dewan Rakyat Isnin lalu, apa yang bagi saya lucu ialah betapa pembangkang sendiri semacam tidak sedar tentang pentingnya peluang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Jadi sepakan yang terkena palang tadi sebenarnya bukanlah perancangan rapi, sekadar satu cubaan.

Sehingga kini saya belum dengar apa-apa komen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai insiden bersejarah itu. Khabarnya Ahli Parlimen PKR yang paling ramai tidak hadir. Ada yang memberitahu Ahli Parlimen Pas kebanyakannya hadir. Tetapi, saya berasa aneh juga kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat lawatan ke luar negara, sakit dan sebagainya.

Saya fikir sebagai parti yang melaung-laungkan negara Islam dan jihad perkara-perkara seperti ini tak sepatutnya menjadi alasan. Mati dalam Dewan pun tak mengapa. Tetapi BN lebih teruk lagi sebab dalam keadaan mereka bergelut dengan hidup dan mati itu ada pula Ahli Parlimen mereka yang sedang bermain cinta dan dilanda gosip!SH

Rasuah sebabkan Umno tidak sesuai lagi untuk perintah negara


Mohamad Sabu disambut ketika menghadiri majlis makan malam anjuran PKR Padang Serai


KULIM, 21 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menegaskan bahawa Umno dan Barisan Nasional(BN) sudah tidak sesuai lagi untuk meneruskan pemerintahan mereka dalam negara ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Padang Serai di Kelab Rekreasi Cina, Kulim, Kedah.

Menurut Mohamad lagi, dengan pemerintahan Umno dan BN rakyat bukan saja menjadi mangsa kepada bentuk pemerintahan yang tidak adil dilaksanakan oleh mereka malah amalan korupsi yang sekian lama diperdebatkan oleh rakyat tidak menjadi satu perkara yang pelik kepada mereka.

"Makin banyak perkara rasuah dan korupsi yang kita utarakan semakin banyak lagi berlakunya amalan tersebut dikalangan pemimpin Umno dan BN.

"Bagi mereka adalah suatu perkara yang tidak pelik apabila memperkatakan rasuah yang menjadi amalan kepada kepimpinan mereka.

"Sepatutnya sebagai pemimpin dalam kerajaan yang memerintah mereka harus peka dan berasa malu dengan amalan rasuah yang menjadi sebahagian daripada hidup kepimpinan mereka. Tetapi ini tidak membawa apa-apa makna kepada mereka," kata Mohamad.

Menurut beliau lagi oleh kerana itu maka rakyat harus menjadi penentu kepada hidupnya Pakatan Rakyat (PR) dalam era pemerintahan kini dan akan datang.

"Justeru itu rakyat harus memberi dokongan yang kuat kepada PR supaya apa yang menjadi hasrat kita bagi mengembalikan keadilan kepada rakyat dan mengenyahkan amalan rasuah dan korupsi yang menjadi amalan kepada Umno dan BN dapat kita hapuskan," tambahnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan kepimpinan PAS, DAP dan PKR Kedah.Hrkh

Ucaptama Presiden Pas di Konvensyen Blogger Pas 2009



LAGI VIDEO KLIK DISINI

Ucaptama oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang di Konvensyen Blogger Pas, Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar pada 20 Disember 200
9.KREDIT UNTUK AZZAM 2

SPRM Perlu Teladani Negara Maju Tangani Rasuah





mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasat selepas waktu pejabat, Menteri Besar, Tan Sri Khalid berkata SPRM perlu mengkaji semula prosedur siasatannya agar tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Sehubungan itu, katanya Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi negara-negara maju menangani masalah rasuah secara professional.

“Oleh kerana nak cari maklumat, mendera ataupun menyusahkan warga kerja jadi pada dasarnya maklumat itu tidak dapat diberikan dengan senang.

“Jadi ada baiknya SPRM dan Kerajaan Persekutuan mengkaji bagaimana usaha yang dilakukan negeri-negeri maju yang dapat membanteras rasuah tetapi tidak mengenakan tekanan yang tidak sepatutnya kepada warga kerja yang ingin diselidik untuk mencari maklumat mengenai rasuah,” katanya. -TVS

PRU 13:Insya Allah PR Check In, BN Check Out


19 Disember 2009 melakarkan satu lembaran baru negara. Pembentukan sebuah gabungan besar antara tiga parti pembangkang terkuat dalam sejarah parlimen Malaysia ; Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) kini bersetuju untuk bekerjasama dalam suatu permuafakatan bagi menggerakkan Massa ke arah mengambilalih penguasaan dan pentadbiran Puterajaya.

Pakatan Rakyat tidak harus dilihat sebagai Gimik Politik Pembangkang menjelang PRU ke 13. PR kini terbina dengan kekuatan tersendiri. Gabungan yang mengumpulkan kekuatan yang dimiliki dari premis yang berbeza tetapi selera yang sama.... Menumbangkan Kerajaan Firaun Barisan Nasional.

PAS berbekalkan Kerajaan Kelantan dan Kedah. PKR mencagarkan kerajaan Selangor dan DAP mempertaruhkan kerajaan Pulau Pinang. Perak dijadikan asas kombinasi awal sebelum PR dibentuk sebagai model sebuah kerajaan Pakatan Rakyat. BN amat bernasib baik kerana Wilayah Persekutuan bukan ditadbir sebagai sebuah kerajaan negeri... Jika tidak pastinya gegaran di Puterajaya semakin kencang.

Seperti ungkapan YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS bahawa "PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa...dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza..." Demikian tegas beliau.

YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am PAS pula turut memaparkan keyakinannya bahawa penyatuan akan berlaku dengan baik di kalangan pimpinan PR. Secara berselora beliau menyatakan bahawa di dada Karpal Singh ada bulan.

Karpal yang berucap turut memecahkan kebimbangan ramai dengan kenyataannya bahawa beliau kini duduk antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi...

Semuga 2 Muharram 1431 menjadi permulaan yang baik dan amat bermakna untuk masa depan generasi akan datang.

Tahniah untuk semua....

"Saya diapit Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" -Karpal Singh



LAGI VIDEO KLIK DISINI


Saya diapit Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" - Ucapan Tuan Karpal Singh di Majlis Penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 19 Disember 2009.Jiwokelate 2009

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....