Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 28 Julai 2011

Panas !!! keluarga dakwa video polis di TV bukan arwah Baharudin

Video versi Polis lihat DISINI

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.
Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.
“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.
“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.
Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.
“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.
“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,” kata beliau.
Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.
“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

Polis sebenarnya gagal buktikan 'keganasan' peserta Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 28 Julai: PAS mendakwa polis gagal mengaitkan Bersih 2.0 dengan keganasan apabila sehingga kini tidak mendedahkan hasil siasatan penemuan senjata berbahaya dan t-shirt kuning berlogo Bersih beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin dakwaan penemuan senjata tersebut hanyalah propaganda Umno BN yang menggunakan pihak polis untuk memburuk-burukkan Bersih 2.0.

"Apa yang berlaku sebelum perhimpunan Bersih itu hanyalah propaganda Umno BN untuk menggambarkan peserta Bersih satu kumpulan militan untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.Ini matlamat sebenarnya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Awal pagi 4 Julai lalu, polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut yang didakwa akan digunakan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Bahan letupan itu didakwa ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan t-shirt berlogo bertulisan Bersih yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo.

Salahuddin berkata, apa yang menghairankan, polis gagal membuktikan senjata tersebut digunakan peserta perhimpunan Bersih 2.0, malah perhimpunan berlangsung aman melainkan gangguan daripada pihak polis sendiri.

"Ternyata pada hari itu kita berjaya mengadakan perhimpunan yang ternyata aman dan tidak pernah sekali-kali mencderakan atau merosakkan harta awam.

"Memang kita berjaya membuktikan kita tak bawa apa-apa senjata dan bahan-bahan bukti itu perlu diisytiharkan oleh pihak keselamatan apa statusnya.

"Lepas perhimpunan Bersih kita tak tahu status barang-barang tersebut dan ke mana pergi baju kuning yang dirampas polis," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

'Cerita' yang diada-adakan

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyifatkan dakwaan penemuan barang-barang tersebut sebagai "cerita" yang sama dengan kes penemuan parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis April tahun lalu.

Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15, sedangkan dalam keterangan tiga saksi selepas itu, mereka mendakwa tidak pernah meletakkan parang itu di dalam kereta dan tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa senjata itu.

Menurut Nizar, polis sengaja mengada-adakan cerita untuk memfitnah peserta Bersih 2.0.

Akhirnya Pemuda Umno Terpaksa Akur Tuntutan Bersih 2.0 Relevan

PUTRAJAYA 28 JULAI : Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu terus memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak yang sebelum ini seolah-olah tidak mengakui tuntutan gabungan NGO itu, kini bersedia menimbang dan memperhalusinya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid mengakui penambahbaikan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil.

Beliau turut bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pihak Bersih dalam dialog umum dan terbuka serta diskusi melibatkan pihak lain dalam menuju ke arah matlamat itu."Ramai pengundi berdaftar di Putrajaya sendiri ada alamat sama. Kita mahu jumpa SPR mengenai hal ini.

"Pemuda Umno juga mahu daftar pemilih disemak. Malah saya setuju pendapat Saifudin (Abdullah) agar struktur SPR perlu dikaji. Hakikatnya kami mahu tapi semua ini boleh dilakukan tanpa protes jalanan," kata beliau dalam Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda Umno Putrajaya di sini, semalam.

Selain Zaki, panelis lain ialah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Nawwar Ariffin.

Forum ini adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Pemuda Umno yang membincangkan tentang himpunan Bersih dan tuntutan terhadap sistem demokrasi di Malaysia.

Lebih 100 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan bersama mengikuti debat ini tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Malah Zaki turut menyatakan betapa platform seperti ini merupakan peluang bagi rakyat yang tidak berpihak kepada parti tertentu untuk menilai hujah masing-masing.

Ulama muda Umno,sudah jatuh ditimpa tangga

Saya masih ingat, antara maklumat yang diterima ramai orang dan bertiup pula ke serata ruang tatkala mengiringi kemasukan 40 ulama' muda ke dalam Umno baru-baru ini ialah kerana mahu mengelak dari dilabel sebagai pengganas atau terroris. Kebetulan, pada masa itu terdapat usaha dari beberapa pihak yang giat menyerang fahaman wahabi dan lebih nekad mengaitkannya dengan kumpulan pengganas.
Antara yang dipalit dan diseret ke kancah wahabi dan pengganas ialah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis. Namun alhamdulillah, Dr. Mohd Asri tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengantuk biarpun telah dihulurkan bantal empuk buat beliau.
3. Buat beberapa purnama, isu pengganas ini reda, demikian juga isu wahabi surut seketika. Sementara itulah, ulama' Muda Umno giat menyerang usaha yang dilakukan oleh PAS terutama dalam beberapa isu seperti isu Majlis Fesyen Islam yang dinaungi oleh Rosmah Mansur di Monte Carlo. Ketika DPP Malaysia membantah, ulama' Muda Umno tampil mempersoalkan tindak DPP Malaysia ketika itu tanpa pula mempersoalkan penganjuran majlis tersebut.
4. Terbaru isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan beberapa tokoh Ulama' Muda UMNO ini gigih mempertahankan kerajaan dan sekaligus menempelak penganjuran himpunan BERSIH 2.0 sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.
5. Tidak semena - mena, setelah Ulama' Muda Umno mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas.

Video Dan Gambar Terkini Mohamad Sabu Yang Masih Bertongkat Dan Berkerusi Roda




Terpaksa bertongkat dan dibantu orang ramai
Dipapah YDP Kawasan Besut,Ust Wan Azhar
Abang Mat diatas kerusi roda,masih melayan orang ramai dengan ramah
Peminat abang Mat termasuk kaum Tiong Hua kiri sekali

Rupanya Timbalan Presiden Pas,Hj Mohamad Sabu masih terpaksa bertongkat dan berkerusi roda ekoran insiden dengan Polis pada 9 julai lalu.Sedih beb !! tengok keadaan abang Mat.Sampai begitu sekali mereka memperlakukan pada pemimpin Pas.Dahlah langgar orang pastu tak mengaku pulak,kenyataan yang keluar pun berbelit2 berbohong lak tu BACA SINI.

Beliau hadir di Besut ni memenuhi tuntutan Pas Kawasan yang mahu bang Mat melancarkan program Operasi Tawan Besut BACA DISINI.

Tapi aku respek kat Bang Mat ni,walaupun dalam keadaan uzur tapi masih lagi sudi hadir memenuhi tuntutan parti.Pemimpin yang macam inilah yang diperlukan Pas.Mempunyai semangat juang yang tinggi dan kental.Memang sepatutnya Bang Mat menang Tim. Presiden Pas dalam pemilihan aritu.Dan ahli Pas tidak salah memilih Timbalan Presiden mereka takbirrr!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....