Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Mei 2010

PRU pada April 2011?


KUALA TERENGGANU – Tdak mustahil PRU Ke-13 akan datang diadakan pada April depan bersekali dengan pilihanraya di Sarawak, walaupun kebiasaanya pilihanraya negeri itu dibuat secara berasingan. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ekoran kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu 16 Mei lalu.

“Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku ini (Sibu) pilihan raya Sarawak akan dilewatkan sikit.
“Saya lihat, tidak mustahil PRU Ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihanraya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di bilik mesyuarat pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, semalam.
Menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang dari tempoh tiga tahun.

Jangan sensasikan kematian Ashaari,kata anaknya

RAWANG, 20 Mei — Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengaku mengadakan pantomin memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lau tetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata.
Malah mereka juga tidak mahu orang ramai mensensasikan kematian bekas pemimpin Al-Arqam itu.
Mohd. Ikramullah, 44, anak keenam Ashaari berkata, program tersebut hanya satu bentuk kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
“Pantomin itu hanya untuk sampaikan nasihat kepada masyarakat supaya sentiasa meninggalkan segala amalan yang negatif termasuk nafsu.
“Tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang maksud bahawa Allahyarham akan hidup balik, pulang bermaksud kembali ke tempat asalnya.
Mohd. Ikramullah berkata, perjuangan Islam akan tetap diteruskan sampai bila-bila walaupun tanpa Allahyarham.
“Lagipun sebelum Allahyarham meninggal beliau berpesan supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
“Allahyarham juga berpesan dunia ini hanya sementara dan semua amalan negatif dan nafsu buruk perlu disingkirkan sebelum hari kiamat,” kata Mohd Ikramullah lagi.
Satu pantomin bertajuk “Kalahkan Nafsu, Abuya Pulang” telah diadakan selama dua mulai Isnin lalu bertujuan sebagai satu kesedaran kepada kepada masyarakat.

Utusan Disaman RM10 Juta

KUALA LUMPUR : Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu di Mahkamath Tinggi Kuala Lumpur.
Syed Husin, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor juga menamakan, pengarang akhbar milik Umno itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim sebagai defendan.
Dalam kenyataannya, Syed Husin mendakwa artikel pada 6 Mac, Utusan Malaysia yang berjudul 'RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis' adalah berunsur fitnah.
Artikel berkenaan yang dipetik berdasarkan sebuah blog mendakwa Syed Hussein telah dibeli oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibayar RM500,000 bagi membubarkan Parti Rakyat Malaysia, yang mana beliau adalah presiden dan kemudiannya menyertai PKR.

Mahkamah benarkan isteri kedua lawat Sultan Kelantan

Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.— Gambar fail

KOTA BAHARU, 20 Mei — Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lepas.
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Daud berkata keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lepas adalah tidak sepatutnya memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.
Pada 4 April lepas, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal bagi melawat suaminya ke 13 Jun.

Polis Boleh Tembak Hingga Mati Jika Nyawa Terancam -Musa Hasan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menembak sehingga mati atau menggunakan kekerasan sekiranya nyawa anggota berkenaan atau orang awam terancam dalam usaha menangkap penjenayah demi memastikan keamanan negara terjamin.
Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, setiap anggota itu perlu mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO), undang-undang serta prosedur berkaitan sebelum mengambil tindakan terhadap penjenayah berkenaan.
“Dalam menghadapi penjenayah, polis ada hukuman tetap sendiri. Kita ada peraturan undang-undang dan polis tidak boleh bertindak dengan cara mereka sendiri.
“Setiap anggota polis boleh menggunakan kekerasan sehingga membawa kepada kematian apabila dalam keadaan dia mempertahankan diri dan orang awam terutamanya dalam kes-kes jenayah seperti bunuh, rogol, rusuhan dan sebagainya,” katanya dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3 malam tadi.
Pengarah Eksekutif Berita Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib merupakan perantara rancangan tersebut.

Kes Altantuya: Bala sedia temu SPRM Julai ini

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini.
Meskipun SPRM dikatakan belum memberikan sebarang maklum balas selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kira-kira sebulan lalu, penyiasat persendirian itu sedia menemui SPRM dalam dua bulan lagi.
Sebelum ini Balasubramaniam (gambar) menolak syarat SPRM agar keterangannya diambil di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
“Ingin dimaklumkan bahawa Bala mahu interviu (sesi ambil keterangan) dijalankan di London sekitar bulan Julai ini,” kata peguamnya Americk Sidhu dalam satu kenyataan media.
Justeru, peguam itu menambah, Balasubramaniam juga mahukan kos penerbangan dan penginapan hotel bagi diri dia dan penguam-peguamnya dibayar balik oleh SPRM, dengan elaun makanan dan sara diri yang dibayar disediakan lebih awal

Gambar : Sekitar Pertempuran Berdarah Antara Kumpulan Baju Merah Dan Tentera Thailand






Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....