Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Julai 2009

Aktiviti ekonomi PAS Caw. Beris Pak Abu.

Kumpulan pertama sedang bergotong royong
Sumbangan tenaga untuk jamaah,terima kasih daun keladi


Alhamdulillah,syukur kehadhrat ilahi segala perancangan berjalan lancar.Usaha kami untuk menambahkan sumber kewangan cawangan kami nampaknya mula berjalan.Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama,sedikit sedikit lama lama jadi bukit,jika tak dipecahkan ruyung bagaimana hendak mendapat sagunya.Jika projek ini berjaya,dapatlah caw.kami bergerak dengan lebih aktif lagi,tidak hanya bergantung pada kutipan derma dan sumbangan ahli untuk menambah sumber kewangan,kata orang ada padi semua jadi,ada beras semua deras.Kami akan berusaha sedaya upaya untuk berdikari dan projek ini adalah projek perintis kami.

Untuk tujuan ini kami sepakat membahagikan ahli kami kepada beberapa kumpulan,yang akan bergilir2 mengadakan gotong royong setiap petang.Semoga usaha kami ini mendapat restu dan kurnia dari Yang Maha Esa.Tujuan kami bukan semata mata untuk kepentingan caw. kami tapi demi kepentingan Parti yang kami sayangi dan dokongi,PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT









Pemansuhan PPSMI,strategi UMNO untuk menang di Manek Urai.




Keputusan Kabinet yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini menyebut tentang pemansuhan PPSMI.

Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.

Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.

Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.

Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.


Nampaknya begitulah,tiap2 kali ada pilihanraya kecil ada saja kebaikan untuk menarik perhatian rakyat ditunjukkan oleh UMNO.Contohnya masa PRK Permatang Pauh,harga minyak diturunkan.Kini PPSMI digunakan oleh UMNO untuk menarik perhatian pengundi Manek Urai.Di Malaysia sekarang jika rakyat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan,mudah saja jangan tunggu lama2 pakat paksa wakil rakyat anda letak jawatan atau berdoa dan smbahyang hajat minta wakil rakyat anda mati he..he...Kalau perlu pakat2 culik wakil rakyat anda hantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN,ooops!! sorry yang ni tak boleh pakai laa,ambo lupe speker tak ada kuasa sekarang SPR yang berkuasa menentukan kekosongan kerusi DUN.Jika cadangan ambo dilaksanakan,harusss masaalah rakyat Malaysia akan selesai he..he..betul tak?
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....