Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 Oktober 2012

Video : Sekitar Himpunan ' ROYALTI KELANTAN ' Di Istana Kehakiman Putrajaya





Gambar dan artikel berkaitan DISINI

Video : Pakatan anjur himpunan mega 3 Nov tuntut p’raya bersih, adil




KUALA LUMPUR 3 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan.Dengan tema ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’, Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gambar : Sekitar Himpunan ' ROYALTI KELANTAN ' Di Istana Kehakiman Putrajaya



Pakatan tubuh syarikat minyak negeri jika ambil alih Putrajaya

SHAH ALAM 3 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) komited menubuhkan syarikat minyak masing-masing di negeri pengeluar minyak dan gas supaya dapat terlibat secara langsung dan mengelakkan hasil minyak dibolot kroni Umno BN , kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga menjamin jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan, 20 peratus royalti minyak akan diberi kepada empat negeri penyumbang minyak negara iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Saya dan Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha rakyat Kelantan menuntut royalti dan memuji semangat NGO yang gigih menggerakkan usaha itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

“Berbeza dengan kerajaan sekarang, yang hanya bagi lima peratus, yang lain mereka sapu. Baru-baru ini Datuk Seri Najib umumkan lagi insentif kepada syarikat besar, tapi insentif ini dapat pada siapa? Kepada anak-anak pemimpin-pemimpin Umno, kontraknya berpuluh bilion ringgit,” katanya.

“Sebab itu jika kita ambil alih Putrajaya, kerajaan-kerajaan negeri akan menubuhkan syarikat minyak dan gas mereka sendiri supaya mereka turut terlibat dan kerajaan akan menjadi sebahagian daripada projek itu,” kata Anwar menyatakan sokongan terhadap konvoi tuntutan royalti Kelantan yang diadakan pagi ini.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 7,000 penyokong pada Ceramah Mega sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya di Dataran Shah Alam malam tadi.

Dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Anwar Rabu lalu, Pakatan berhasrat menubuhkan syarikat minyak negeri yang dikenali sebagai PetroSabah, PetroSarawak dan Petro Terengganu supaya dapat memulangkan hasil kepada rakyat masing-masing.

Mereka juga akan menyertai pembangunan lapangan kecil yang selama ini dibolot syarikat kroni Umno BN.

Najib Dikritik Teruk Di Twitter

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib  kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib  dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
-------------------------------------------

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....