Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Mei 2010

Lelaki Disyaki Ugut Bunuh Tok Guru Nik Aziz Ditahan Polis


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rakan Aminulrasyid pertikai versi polis

SHAH ALAM, 3 Mei — Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar (gambar, kiri) yang menemaninya pada hari kejadian.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.

Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.

“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pula terus bergerak,” katanya.

Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.TMI

Saya tiada niat jadi Timbalan Presiden PKR – Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR : Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim menolak andaian kononnya beliau mahu bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan parti itu pada tahun ini.
Menurutnya, misi politik beliau ketika ini lebih kepada memperkukuhkan PR seterusnya membantu gagasan itu bagi membentuk dan menghuraikan soal-soal dasar secara bersama.
“Adalah menjadi harapan saya supaya keyakinan rakyat akan bertambah terhadap Pakatan Rakyat dalam usaha kita untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.
Soal dalaman PKR dan soal siapa memegang jawatan-jawatan penting dalam parti bukanlah perkara yang penting kepada saya,” kata beliau dalam blognya.

Tok Guru Nik Aziz pertahankan masjid boleh diguna tujuan politik


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh diguna untuk tujuan berpolitik.
Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membidas sesetengah individu yang tidak mahu menerima realiti itu dengan menyifatkannya sebagai “bodoh”.
“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru dekat sini.
Katanya, penyampaian khutbah dalam sembahyang Jumaat adalah sebahagian daripada politik Islam yang juga membawa maksud ceramah.

Ugut Tok Guru Nik Aziz: PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan

PULAU PINANG, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kini sedang berusaha mengesan kediaman seorang pemuda, Safuan Hilmi yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook beliau.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad menegaskan, kediaman Safuan terletak di Kampung Lahar Tabut, dan pemuda PAS mahu menziarah keluarganya bagi memaklumkan perbuatan itu kepada ibubapanya.

"Buat masa ini kita sedang mengesan rumahnya dan bila bertemu Insya Allah kita akan melakukan ziarah ke kediamanya untuk memaklumkan kenyataan bahaya Safuan.

"Kemungkinan besar keluarganya tidak mengetahui langsung bahawa anak mereka betindak begitu yang mungkin boleh membahayakan dirinya, " tegas beliau.Imbang Penuh

Dalam pada itu, Pemuda PAS Pulau Pinang juga semalam membuat laporan polis berhubung perkara sama di Ibu Pejabat Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam.

turut serta dalam laporan polis itu ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang Amir Ghazali dan Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim.

Selain mendesak siasatan segera dilakukan, mereka juga turut meminta Safuan agar berani tampil ke hadapan dan tidak menyembunyikan diri.Hrkh

Ibrahim Ali kena minta maaf kepada semua raja

KOTA BARU, 3 Mei — Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya memohon ampun kepada semua raja negara ini di sebalik isu penggunaan masjid untuk berpolitik.
Gesaan itu sebagai reaksinya terhadap kenyataan Ibrahim, Presiden Perkasa, memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kemurkaan baginda terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mengingkari larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik.
“Pada pandangan saya tok guru sebenarnya tidak menyanggah titah tuanku Sultan Selangor, dia (Nik Aziz) cuma menyatakan pandangan dari sudut agama, yakni makna Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
“Sememangnya kita tidak boleh mengehadkan perbincangan di masjid itu hanya dalam aspek agama yang sempit kerana politik itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....