Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar: Najib putarbelitkan kehadiran Tok Guru


Di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan "terkejut kerana kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut ketibaannya di Kota Baru".

Pada lawatan hari ini, peristiwa yang saya tidak duga ialah antara orang pertama yang sambut saya di lapangan terbang, selain pemimpin Umno ialah tok guru Nik Aziz. Saya terima (pertemuan itu) kerana hormat beliau sebagai pemimpin.

Berita Harian 2 Ogos 2009


Kita jadi hairan dengan "rasa terkejutnya" Najib dengan kehadiran Nik Aziz walhal beliaulah yang menjemput Nik Aziz menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam.



Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.

"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.


Sepatutnya Mohd Najib melahirkan terima kasih kerana kesudian MB Kelantan menerima jemputannya tetapi apa yang diucapkan oleh Najib seolah-olah Tuan Guru yang terhegeh-hegeh menyambutnya di Kota Baru.

Demikian satu contoh kaedah dimana Najib memanipulasikan kehadiran dan keikhlasan Nik Aziz.

Harakahdaily seterus melaporkan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.

"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.

"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.

Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.

Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.

"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.

"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.

Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah berniat untuk mengacau sesiapa.

"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.

Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.

"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.

Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009.-muslimeen

http://kraiutara.blogspot.com/

Zamri lawan Nizar: Himpunana Anti ISA rugikan negara?




KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.....Bernama


PEERAH,MERUGIKAN NEGARA KONON....



Oleh Zolkharnain Abidin
Katakan saja berapa ribu pun jumlah penunjuk perasaan kelmarin, kemarahan mereka kepada Umno semakin memuncak. Kalau jumlah itu ialah 20,000, maka 20,000 itu pulang dengan kemarahan yang membuak-buak. Kepada siapa? Tentu kepada Umno.
Mereka tidak pulang dengan tangan kosong, tetapi pulang dengan buah tangan. Mereka yang pengsan, termuntah-muntah, koyak baju, terpelecok kaki dihambat, akan menyebarkan berita apa yang berlaku di KL itu kepada rakan dan taulan masing-masing. Paling kurang kepada saudara-mara terdekat
Versi mereke berbeza dengan versi media Umno. Versi mereka versi kedua atau ketiga. Mereka bercerita apa yang polis buat, sembur, pukul, tangkap dan sebagainya dan cerita itu ada sambungannya. Polis buat semua itu dengan arahan dan restu pemimpin Umno.
Ya, tanpa restu Najib atau Hishammuddin, semua itu tidak akan berlaku.
Benar, memorandum kepada SP YDP gagal diserahkan kelmarin, tetapi itu tidak bermakna isyarat kepada SP YDP mengenai hasrat himpunan kelmarin tidak sampai kepada baginda. Baginda boleh membaca isi hati mereka yang berhimpun.
Para pemimpin Umno dan para pengampunya kini sedang berlagak warak dan baik. Kata mereka, himpunan sebegitu tidak menguntungkan negara, merugikan rakyat. Huh, nak termuntah mendengar dendangan lagu-lagu berlagak warak itu.
Peeeraaah…, merugikan negara konon, tidak menguntungkan rakyat konon. Janganlah jadi ayam jantan, berkokok mendayu-dayu mengejutkan manusia bangun solat Subuh, tetapi dia sendiri tidak solat dan sambung tidur selepas berkokok. Dasar ayam jantan…
Mereka yang berhimpun kelmarin tidak mendapat habuan kebendaan apa-apa, tetapi mereka mendapat semangat baru, kekuatan baru dan hujah baru untuk terus menyahkan Umno. Mereka yakin negara ini lingkup kerana sikap bodoh sombong para pemimpin parti itu.
Saya percaya, kalau negara ini diceroboh oleh orang luar, mereka yang berhimpun kelmarin sedia ke hadapan untuk mempertahankan bumi mereka. Sedangkan para pengampu pemimpin Umno itu akan turut berlindung di bawah ketiak pemimpin yang mereka ampu untuk lari menyelamatkan diri.
Kemana? Hah, kalau jadi pengampu pemimpin Umno tetapi tidak tahu kemana, baik jangan jadi pengampu. Jadi pencacai lagi bagus.
Kepada para pengampu dan pengipas pemimpin Umno, kalau takut beritahu saja, “Saya takut”. Usah berlagak warak
http://bongkarsauh.blogspot.com/

Zamri lawan Nizar:Demo ISA, Pimpinan Pakatan di siasat


ALOR GAJAH: Kerajaan sedang menyiasat sejauh mana penglibatan pemimpin pembangkang dalam penganjuran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Negeri (ISA) di Kuala Lumpur semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan dijalankan sama ada pemimpin pembangkang itu bertindak secara langsung atau sebagai dalang dalam penganjuran perhimpunan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat sini hari ini, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata siasatan itu berdasarkan prosedur biasa dan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undangundang jika mereka melanggarinya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman semalam bahawa pemimpin tertinggi pembangkang telah berucap di hadapan penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) di pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Katanya antara yang disiasat ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anggota Veteran DAP Lim Kit Siang. Hishammuddin juga berkata penyokong ISA, Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) tidak akan terkecuali daripada siasatan polis mengenai penglibatan mereka pada perhimpunan haram GMI.
Kira-kira 10,000 orang menyertai perhimpunan itu yang mendesak kerajaan memansuhkan ISA dan 589 telah ditahan untuk disiasat.
Hishammuddin berkata modus operandi kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram membantah ISA itu sama seperti mereka yang mengadakan demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Turut hadir pada perasmian mesyuarat perwakilan itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah. BERNAMA

Zamri lawan Nizar: Lagi Video Himpunan Mansuh ISA











Zamri lawan Nizar: Royalti Minyak Kelantan dalam kajian-Najib



KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.
Beliau berkata kajian itu masih dijalankan oleh kerajaan pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu.
"Royalti minyak masih dalam kajian kerajaan pusat. Bila hasil kajian selesai saya akan menghantar wakil untuk menyampaikan (hasil kajian) kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kota Baharu, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbincangan antara beliau dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berlangsung selama 20 minit apabila beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini semalam.
Selain Nik Aziz, Najib dalam rangka lawatan kerjanya sehari ke Kelantan hari ini turut disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.
Nik Abdul Aziz sebelum ini telah menghantarkan surat kepada Perdana Menteri mengenai tuntutan bayaran royalti sebanyak 5 peratus daripada hasil petroleum dan gas cecair yang dijalankan di perairan Kelantan yang berjumlah RM1 bilion.
Kerajaan negeri membuat tuntutan itu pada tahun ini setelah mengetahui melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula daripada 2004 sehingga kini.
Najib berkata pada perjumpaan singkat dengan Nik Abdul Aziz itu, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah cadangan membina pelabuhan di Tumpat, pembinaan flyover dan sektor pelancongan.
Beliau berkata untuk pembinaan pelabuhan itu, adalah elok perkara itu dikaji di dalam projekprojek pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), manakala projek pembinaan flyover telahpun diluluskan cuma ada beberapa masalah perlu diselesaikan termasuk isu pembekalan bahan pembinaan. Beliau juga berkata tiada sebarang dokumen rasmi daripada kerajaan negeri diserahkan kepadanya pada pertemuan hari ini dan beliau menyambut baik perbincangan yang tidak dirancang itu dengan Nik Abdul Aziz kerana ia merupakan titik permulaan kerjasama yang baik.
"Saya sempat memberitahu Nik Abdul Aziz supaya elok kita mengelak daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.
Pada sidang media itu juga, Najib mengingatkan sekali lagi kepada semua pemimpin dan ahli Umno supaya mengambil tindakan cepat dalam pemulihan Umno secara dalaman dan menumpukan untuk mendapat keyakinan rakyat.
Beliau mahukan semua pihak memberi komitmen yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau mahukan tindakan Umno kini supaya mencerminkan hasrat parti untuk meraih keyakinan rakyat sekaligus memperolehi kedudukan yang lebih baik pada pilihan raya umum nanti.
Najib kemudian menghadiri majlis Jamuan Rakyat pada waktu tengah hari bersama 5,000 anggota masyarakat setempat sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada sebelah petang. BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....