Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Disember 2012

Musa Hassan Disaman RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.TMI

Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka

 

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan."Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.

Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

Lagi Perkembangan Kes Gaduh Di Sungai Petani

ALOR STAR, 20 Dis – Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim( gambar ).

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya, polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.

Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya, apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

“Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta,” katanya.

Gambar : Lagi Artis Terkenal Di Program Pakatan Rakyat


Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.

Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....