Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Januari 2013

Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas kerana ramal BN kalah

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.Hrkh

Kutipan Derma Himpunan KL112 Cecah Suku Juta Ringgit

KUALA LUMPUR 14 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohammad Sabu mengesahkan derma yang berjaya dikutip pada himpunan Sabtu lalu mencecah RM289,000.

Jumlah tersebut dikumpul sejurus beliau mengumum dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.

“Alhamdulillah, kita berjaya peroleh suku juta ringgit hasil kerjasama dan keprihatinan orang ramai,” kata Timbalan Presiden PAS itu ketika dihubungi.Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada dalam stadium dan juga di luar stadium

Menurutnya, wang itu akan disalurkan khas untuk membiayai sewa Stadium Merdeka sebanyak RM100,000 dan penyelenggaraan lain.

“Bakinya kita akan masukkan ke dalam Tabung Pakatan Rakyat untuk menampung kegiatan parti,” jelas Mat Sabu.

Beliau berterima kasih kepada semua anggota parti Pakatan, termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Unit Amal serta Pemuda PAS dan NGO yang membantu perjalanan program pada 12 Januari lalu.

“Paling penting kepada rakyat yang begitu semangat hadir dan sudi hulurkan sumbangan, tak lupa juga pihak polis yang beri kerjasama,” katanya.

Dalam himpunan yang mengumpulkan kira-kira 500,000 rakyat itu, Mat Sabu mendedahkan SMS palsu oleh blogger Umno mengatakan semua peserta HKR dibayar RM150 seorang.

Sedangkan katanya, pihak penganjur bukan sahaja tidak membayar mereka, sebaliknya mahu meminta sumbangan daripada para peserta.“Kini terbukti, rakyat yang beri kita wang, bukan kami,” tambahnya.KD

Video : HKR KL112,Suasana Dalam Stadium Oleh Tinta Hijau DKB




Sumbangan Untuk Peserta HKR112 Yang Kemalangan

Seorang peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.

Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan selepas menghadiri himpunan di Stadium Merdeka.

Exco Dewan pemuda Pas negeri, Wan Mohd Faizul Wan Abas ketika dihubungi berkata, Daud kini masih tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh.

Menurutnya, Daud bekerja sebagai penjaja ikan dan mempunyai 6 anak, termasuk bongsu berumur 8 bulan.

Mereka yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 1110029849518290.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....