Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 20 Julai 2012

Pok Yo Nafi Bercerai Kerana Fahaman Politik



PASIR MAS: Selepas Harakahdaily, Sinar Harian pula telah menebual sendiri Yahya Ibrahim, 78, atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama Pok Yo bagi mengetahui kesah penceraian beliau dengan isterinya, Mok Yam.

Ia dibuat selepas media pro Umno melaporkan Pak Yo menceraikan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.

Menurut Pok Yo, beliau mengahwini Mok Yam ketika wanita itu sudah bergiat aktif dalam Umno.

"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini," kata Pok Yo kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily telah melaporkan, Pak Yo menceraikan Mok Yam setelah dia dicabar agar menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, Mok Yam menafikannya. Dalam wawancara ini, Pok Yo berkata, dia ada saksi apabila mendakwa hal ini.

Berikut adalah temubual sepenuhnya.
Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Video : Artis Abby Abadi Secara Rasmi Sertai Pas




Semalam 19/Julai/2012 Artis Abby Abadi secara rasmi menyertai Pas.Beliau menyerahkan borang keahlian seumur hidup pada Tok Guru Nik Aziz dalam satu majlis ceramah di Padang YIK Nilam Puri,Kota Bharu.

Khamis, 19 Julai 2012

Full Video : Ceramah Terkini DS Anwar Di Jln Kebun



Ceramah ini diadakan pada 18 Julai 2012 di Padang Rakyat, Kg Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.

Video : Hudud Johor,Sah !!! Umno Memang DiTunggang MCA




MARANG
– Tidak seorang pun pemimpin Umno termasuk Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang tampil membela ADUN Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat apabila beliau di hina oleh pemimpin MCA.

Menurut ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah, Datuk Ayub telah mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Beliau telah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Malangnya, cadangan mahu melaksanakan undang-undang Islam itu telah dihina oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang menggelar Ayub sebagai sudah hilang akal.

“dia (datuk Ayub) dituduh oleh pemimpin MCA sebagai hilang akal atau pun gilalah maknanya (tetapi) tidak ada seorang pun pemimpin umno yang (bela) wakil rakyat Umno termasuk Perdana Menteri mempertahankan wakil rakyat Umno,

“biarlah orang hina pun.....maknanya MCA memang sedang menunggang kuda........ Umno memang memang ditunggangi oleh MCA,”tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Ceramah Sempena Kemenangan Mesir di perkarangan masjid Rusila pada Selasa 17 Julai.

Beliau menyelar, dalam isu perlaksanaan Hudud yang dibangkitkan oleh wakil rakyat itu membuktikan sebenarnya pemimpin Umno takut kepada MCA.

Menurutnya, ia juga menunjukkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP tidak benar sama sekali.BO

Rabu, 18 Julai 2012

4 tokoh sertai PAS Negeri Sembilan

KUALA PILAH: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini.

Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.

Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’ semata-mata.

“Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran

Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Qura

1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).

3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am [6]: 92).

4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad [90]: 1-2).

5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml [27]: 91).

6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin [95]: 1-3).

7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah [2]: 126).

Sumber :www.republika.co.id/

MB Kedah arah jual saham Felda Global dibeli PKNK

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.

"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pendirian Azizan dalam isu berkenaan adalah selari dengan kepimpinan Pas yang lain iaitu menentang penyenaraian syarikat Felda di bursa saham.

Isnin, 16 Julai 2012

Video : Pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' sertai PAS




KUALA LUMPUR:
Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.Hrkh

Jumaat, 13 Julai 2012

Penjelasan Berita Kematian Blogger Tinta Hijau DKB

Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan dan salah maklumat tentang berita kematian blogger Tinta Hijau Dari Kaki Bukit ( Tinta Hijau Dkb ) yang tersebar.

Yang meninggal dunia sebenarnya ialah Nik Hazman Nik Hashim yang juga facebooker Tinta Hijau bukannya Tinta Hijau DKB.

Saya sebenarnya masih hidup dan dalam keadaan sihat walafiat.Cuma agak lama tak update blog ni akibat berlaku kecurian kabel TM.Sampai hari ini pihak TM masih belum menggantikan kabel yang dicuri.

Nak guna broadband pun buat sakit ati je,lambat gile beb,terpaksalah tunggu dia orang gantikan kabel yang dicuri tu.Sebulan,2 bulan,setahun,sepuluh tahun entahlah !!!!!!!!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....