Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 September 2011

PRU 13 : Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat hampir selesai

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat hampir muktamad, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini, Anwar memberitahu perbincangan di peringkat negeri sebahagiannya sudah selesai dan hanya menunggu laporan untuk tindakan selanjutnya di peringkat pusat.

Menurutnya, tidak timbul bahawa pembahagian kerusi di dalam Pakatan Rakyat menimbulkan banyak masalah.

"Hari ini kita telah berbincang tentang isu pembahagian kerusi dan semuanya telah selesai dan kita minta setiap negeri memberi pandangan kepada jawatankuasa peringkat pusat sehingga akhir bulan ini.

"Tidak benar mengatakan rundingan pembahagian kerusi ini gagal dan kita tidak nafikan bahawa rundingan ini memang mempunyai perbezaan pendapat peringkat parlimen dan dewan undangan negeri, tetapi hari ini selesai serta minta negeri menyatakan laporan untuk pertimbangan peringkat pusat, " jelas Anwar.

Dalam pada itu Setiusaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali juga memberitahu, sebahagian negeri sudah selesai mengemukakan cadangan.

"Sudah ada negeri yang telah selesai mengemukakan cadangan masing-masing dan sekarang dalam pertimbangan peringkat pusat.

"Buat masa ini kita tidak akan mendedahkan negeri mana yang telah selesai, dalam pada itu mana-mana negeri yang tidak mendapat jalan penyelesaian seperti berlakunya pertindihan maka jawatankuasa peringkat pusat akan membuat keputusan," jelas Mustafa.

Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan PAS mahu bertanding di kerusi parlimen PKR yang lompat.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen manakala PAS memenagi 23 kerusi Parlimen.Hrkh

Video : Pakatan Rakyat Kecam Pendakwaan Terpilih Keatas Mat Sabu




KUALA LUMPUR 21 SEPT : Pakatan Rakyat mengutuk pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Mohamad adalah berasaskan interpretasi berbeza memngenai sejarah dan ia seharusnya boleh dibincang secara ilmiah.

Anwar mendakwa, pendekatan keras kerajaan dalam mendakwa Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bercanggah dengan pemgumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, yang membayangkan beliau bersedia untuk berbincang mengenai hal seperti ini.

"Keputusan kerajaan mendakwa Mat Sabu bercanggah dengan apa yang diwar- warkan Najib untuk pembaharuan.

"Mereka nak mansuhkan ISA namun dakwaan ke atas Mat Sabu rakus dan berniat jahat," tegasnya.

Mat Sabu pagi tadi mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober depan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember.

Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.TVS

Mat Indera : Didakwa Di Mahkamah,Komen Mat Sabu




BUTTERWORTH 21 SEPT : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau menyatakan demikian di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Seksyen Butterworth di sini sebentar tadi.

Ikmal menetapkan ikat jamin sejumlah RM 15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober hadapan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kelihatan tenang tiba di mahkamah dan diiring ratusan penyokong yang tiba sejak jam 8 pagi di perkarangan mahkamah tersebut.

Ketika ditanya komen beliau, Mat Sabu menyatakan kesediaan beliau menghadapi kes tersebut.

"Kes ini berkenaan intrepertasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan menerusi dialog dan debat, bukan mahkamah.

"Namun, memandangkan (sudah) jadi kes mahkamah, kita akan hadapinya," kata beliau.TVS

Fitnah 2 : DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’- Pakar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.
Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini :

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.
Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.
Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?
Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: “Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.
“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.
Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.
“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....