Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 September 2011

Mesti Baca !! Surat Zainal Kling Kepada Editor Harakahdaily


“Ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling (gambar).
Namun, jelasnya terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS.
Katanya, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'.
Menurutnya, pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.
“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar,” ujarnya dalam tulisan yang diemel kepada Harakahdaily, petang ini.
Tambahnya, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.
Oleh kerana itu, ujarnya para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah).
Katanya lagi, para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).
“Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga,” jelasnya.

Berikut tulisan penuh beliau...

YBhg. Saudara Editor Harakah Daily,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa agar saudara dan rakan-rakan di Harakah sentiasa dalam barakah dan sihat sentosa.
Sukacita saya merujuk kepada penerbitan Harakah, Edisi Jumaat, 18-20 Syawal 1432 bersamaan 16-18 September 2011 berkaitan pelbagai berita, ulasan dan pandangan pada halaman N1, N2, N4, N11, N13, N14, F3, F4, F11, F17, N21, N26, N29, yang terdapat di dalam penerbitan pada hari itu.
Saya amat berterikasih dan syukur jika Saudara dapat menyiarkan petikan dari apa yang dirakam dan diedarkan dalam 'Kenyataan Akhbar' dalam persidangan media Majlis Profesor Negara pada Hari Jumaat September 2011 itu.
Tujuannya sekadar menjelaskan dan memaklumkan catatan sebenar agar perselisihan pandangan mungkin dapat dibetulkan. Saya akan mengutip edaran Kenyataan Akhbar yang dimaksudkan itu.
Berkaitan isu Tanah Melayu ukan Koloni tetapi Naungan, Kenyataan Akhbar itu ditulis, antara lain, seperti berikut :

Video : Mansuh ISA, Petanda Pilihan Raya Makin Hampir




SHAH ALAM 16 SEPT : Akhirnya Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Demikian menurut Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Johor, Suhaizan Kayat yang juga menyifatkan bahawa pengumuman ini merupakan petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

"Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang diluar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (UMNO/BN) keatas rakyat selama lebih 50 tahun."

Suhaizan melalui satu kenyataan medianya, mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta- akta yang lain.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, beliau memberitahu keputusan yang dibuat Najib ini merupakan langkah agresif dengan ‘merobohkan’ perisai yang mereka gunakan selama ini, disaat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat-maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, menegaskan rakyat jangan mudah tertipu dengan janji-janji manis ini, kerana tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar UMNO-BN dalam PRU-13 nanti seperti penipuan-penipuan pilihanraya sebelum ini.

"Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh UMNO/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan ‘Mykad klon’ sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!"

Suhaizan tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemansuhan ini, berikutan Najib masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan.

Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan selain 8 tuntutan Bersih 2.0 juga belum dilihat akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan dalam PSC nanti.

"Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan diatas padang Pilihan Raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga ‘berat sebelah’. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan ‘diratakan’ dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!"

Justeru itu beliau memberi amaran kepada Najib jangan menjadikan pengumuman malam tadi sebagai salah satu ‘umpan’ kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13 kelak.TVS

Mansuh ISA : Reaksi Tok Guru Nik Aziz

Gambar fail

Reaksi Tok Guru Nik Aziz yang dipetik dari Facebook beliau...


Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?


Adakah hari ini keadaan sudah aman sehingga ISA boleh dimansuh?Jika begitu, tidak benarlah apa yang digembar-gembur sebagai ancaman terhadap perpaduan dan usaha menghidupkan semula ideologi komunis pada hari ini?


Atau sememangnya ISA sejak dahulu lagi sebenarnya zalim atau apa yg digembar-gembur sekarang hanyalah khabar angin sahaja?

Perutusan Presiden Pas Sempena Hari Malaysia

Adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.

Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.

PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.

PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.

Mereka ini telah meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri.

Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT.

Apa pun, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.

Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya.

Pada saat ini, kita sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat dengan daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama melakukan perubahan.

Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Jangan kita membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....